Thursday, 27 July 2023

Rotinis Halal Breakfast, Ratchathewi, Bangkok

Sebelum ke Chatuchak Weekend Market, kami bersarapan di Rotinis Halal Breakfast. Iaitu tempat di mana kami menikmati hidangan jamuan pada pagi hari raya Aidiladha. Tetapi saya tak pasti sama ada Bang Li (lelaki budiman yang menjemput kami makan) merupakan pemilik tempat ini atau tidak. Sewaktu kami bersarapan di sini, tak kelihatan kelibat beliau.

Kembali kepada cerita makan di Rotinis, pelanggan agak ramai pada pagi tersebut. Syukur masih ada meja kosong, bolehlah kami bersarapan di sini.

Rotinis Halal Breakfast, Ratchathewi, Bangkok
Kad menu dan borang pesanan tersedia di atas meja. Kita pilih dan tanda pada borang tersebut, lepas tu serahkan kepada pekerja kedai. Konsep layan diri.

Walaupun saya tergoda nak mencuba nasi kerabu, tapi kena tahan diri. Saya cuma memesan roti telur, risau pulak kalau makan beria (nasi kerabu) waktu pagi nanti perut meragam habis rosak program sehari 😅. Encik Suami pula memesan roti bakar sapu kaya.

Tapi lepas tu pekerja kedai datang ke meja kami, memaklumkan pesanan kami yang berasaskan roti tak dapat dibuat. Stok roti habis. Akhirnya kami pilih hidangan Set C, kongsi berdua.

Rotinis Halal Breakfast, Ratchathewi, Bangkok
Minuman panas pilihan kami - teh tarik dan teh hijau. Tapi bila sampai, dapat empat cawan begini. Kami tanya pekerja kedai, katanya air teh o tu ‘free’. Oh, percuma rupanya. Tak pasti percuma sebab beli dua jenis minuman tersebut atau sebab termasuk dalam hidangan set C. Mujur juga dapat air teh o, bolehlah saya tambah pada air teh tarik yang sangat manis pada deria rasa saya.

Rotinis Halal Breakfast, Ratchathewi, Bangkok
Hidangan Set C - dua keping roti canai, telur mata, kuah (macam kuah kari) dan hirisan bawang, cili & tomato. Bukan roti canai yang biasa kami makan. Satu warna kehijauan dan satu warna hitam 😀

Rotinis Halal Breakfast, Ratchathewi, Bangkok
Beginilah rupa roti canai pandan dan roti canai arang (charcoal). Roti pandan tu memang ada rasa pandan, tapi roti arang tu tidaklah rasa arang pun (eh, macam mana rasa arang? 😄). Saya rasa biasa je, tak ada rasa pelik. Walaupun ini cuma roti canai segera, Alhamdulillah lembut dimakan.

Kalau ada kesempatan, teringin juga saya nak mencuba hidangan lain. Tapi nampaknya cuma sekali itu sajalah kami sempat makan di Rotinis.

Rotinis terletak bersebelahan dengan Masjid Darul Aman, satu lorong dengan hotel Noursabah dan Asma Kitchen. Dibuka mulai pukul 7 pagi, mudahlah bagi yang nak mencari sarapan halal di awal pagi.

————————————————————————

ROTINIS HALAL BREAKFAST

Lorong Phetchaburi 7,
Ratchathewi, Bangkok,
Thailand.






.

22 comments:

  1. terkejut tengok roti charcoal tu kak...nasib sedap ye&boleh masuk tekak

    ReplyDelete
  2. Makanan dalam set itupun banyak.
    Alhamdulillah dapat cuba roti canai yang berbeza. Rasanya tiada lagi jumpa roti canai arang dan pandan di sini.

    ReplyDelete
  3. Oo dieorg pakai roti canai instant ye Kak Ujie? Kenapa tak buat roti canai je, macam kureng je makan roti canai instant kat kedai 😅 Bagusnya set ni sekali dgn teh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ingatkan macam tempat kita, tebar roti canai. Pastu baru perasan, dia ambik dari bungkusan.

      Kita ambik pengalaman tempat orang, lain tempat lain cara 😀

      Delete
  4. wah..unik ada color2 roti canai nya.. MA pun x pernah try ni.. nice!!

    ReplyDelete
  5. unik mcm2 roti canai skrg ni. he hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah bosan nak mencuba, ada macam-macam pilihan 😁

      Delete
  6. Nampak enak roti canai pandan tu...cuma yg charcoal tu mungkin sy serahkan sepenuhnya kpd en suami, jika ada rezeki mencubanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😄 takde sebarang rasa pelik pun PH. Boleh cuba makan.

      Delete
  7. Jauh berjalan luas betul pemandangan, seronok baca entry ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh sikit je pun ni, terus boleh nampak roti canai berwarna 😀

      Delete
  8. Tak sangka lembut roti tu... nampak tak lembut

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😄
      Iya...lembut dimakan. tapi tak rapuh. Kalau lembut & rapuh, itu lebih sedap.

      Delete
  9. First time nampak roti charcoal.. teringin cuba..
    Seronok baca cerita sis travel, so inspiring..

    ReplyDelete
  10. kenapa teh hijau tu nampak sedapppppppp?????

    ReplyDelete
  11. first time tengok roti canai pandan & arang..pandai depa improvise roti canai..pengalaman baru..tapi roti canai malaysia lg byk jenis...hihi...

    ReplyDelete
  12. Unik tempat hidangan air tu. untung juga ye dapat air teh o percuma. Seram pulak nak makan roti canai arang tu.

    ReplyDelete
  13. Kalau mau cari makanan halal, memang daerah ratchathewi nih banyaaak yg halal. Bisa dibilang muslim area. Sayapun kalo ke Bangkok lebih suka stay di sana kak ujie, Krn mudah cari makanan halal 👍

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****