Wednesday, 19 July 2023

Asma Kitchen Som Tum Yum Sap, Ratchathewi, Bangkok

Kedai makan Asma Kitchen terletak di hadapan bangunan hotel penginapan kami iaitu Noursabah Boutique Bed Bangkok. Hanya dipisahkan dengan sebatang jalan kecil (lorong). Sepanjang berada di Bangkok, sudah tiga kali kami makan di sini.

Seawal hari pertama tiba, di sinilah kami menikmati hidangan masakan Thai yang pertama di kota Bangkok. Sudah pasti Tom Yum menjadi pilihan utama kami. Sekali cuba, lepas tu Tom Yum menjadi hidangan wajib setiap kali makan di sini. Sedap!

Asma Kitchen Som Tum Yum Sap, Ratchathewi, Bangkok
Klik foto untuk paparan lebih jelas.
Buku menu dengan tulisan bahasa Thai dan bahasa Inggeris.

Kali Pertama | Rabu, 28 Jun 2023

Asma Kitchen Som Tum Yum Sap, Ratchathewi, Bangkok
Hidangan makan malam kami.

Asma Kitchen Som Tum Yum Sap, Ratchathewi, Bangkok
Minuman Teh Bunga ais, Teh Hijau panas, Tom Yum seafood dan Pad Kra Pao.

Kali Kedua | Jumaat, 30 Jun 2023

Asma Kitchen Som Tum Yum Sap, Ratchathewi, Bangkok
Pad Kra Pao sekali lagi, layan selera Encik Suami. Dan Tom Yum sekali lagi, kali ini kami cuba Tom Yum Salmon. Rasa tulang/kepala ikan Salmon dimasak Tom Yum ini tidaklah begitu sedap seperti Tom Yum seafood yang kami makan sebelumnya.

Asma Kitchen Som Tum Yum Sap, Ratchathewi, Bangkok
Minuman Teh Hijau ais dan Longan ais.

Kali Ketiga | Sabtu, 1 Julai 2023

Asma Kitchen Som Tum Yum Sap, Ratchathewi, Bangkok
Malam terakhir kami di Bangkok, haruslah makan sekali lagi Tom Yum seafood yang sedap ni. Warna kuahnya tidak begitu merah dan rasanya pula tidak pedas. Macam ada letak santan. Isi udang dan sotongnya pun cukup memuaskan, juga tak banyak bawang dan serai seperti yang biasa kami dapat bila memesan Tom Yum di Malaysia.

Asma Kitchen Som Tum Yum Sap, Ratchathewi, Bangkok
Mencuba Som Tam (kerabu betik muda). Sedap!

Alhamdulillah…syukur jumpa tempat makan sedap dan dekat dengan hotel. Walaupun pada malam ketiga tu kami dah pindah hotel di lokasi lain, tetap juga kami datang makan di sini. Kebetulan pula, kedai Muslim Thai yang lain masih bercuti sempena Aidiladha.

Kalau kalian ada ke Masjid Darul Aman di Lorong Phetchaburi 7, bolehlah mencuba makan di sini. Tempatnya agak tersorok, dari Jalan Phetchaburi menuju masjid tu perlu jalan ke hadapan lagi untuk sampai di Asma Kitchen.


**********************

ASMA KITCHEN SOM TUM YUM SAP
(Krua Assma Somtum Yumzab)

Lorong Phetchaburi 7,
Ratchathewi, Bangkok,
Thailand.

Waktu operasi :
Isnin - Sabtu | 11 pagi - 9 malam
Tutup | Ahad






.

20 comments:

  1. Bagus juga bagqimana rasa Tom Yum Salmon. Sini memang tidak jumpa. Ulang 3 kali memang sedap sangat itu.

    ReplyDelete
  2. Ingatkan gambar terakhir tu taugeh...
    baru nak komen tk suka taugeh..

    Som tam rupanya....sedap2!

    ReplyDelete
  3. Macam-macam jenis tom yam di Bangkok ye Ujie.
    Seronoknya dapat mencuba walaupun rasanya ada yang sedikit berbeza dengan yang biasa kita makan di negara sendiri.

    ReplyDelete
  4. Warna tomyam dia pun nampak lain .. sedap bila tgk gmbr tgh lapar nie..:D

    ReplyDelete
  5. ini br tomyam ori.. pad kra pao nya kaler gelap sikit kan

    ReplyDelete
  6. Rugi ya kalau datang ke suatu tempat enggak ngerasain kuliner khas nya...mantab deh liat masakannya

    ReplyDelete
  7. lapar tgk menu2 tu..wah tomyam salmon menarik tu

    ReplyDelete
  8. Teringin jugak nak cuba tomyam asli di Thailand.

    ReplyDelete
  9. ini baru betul tomyam,dekat malaysia kita minta tomyam seafood dia bagi tomyam serai

    ReplyDelete
  10. mesti sedap tomyam situ kak.... tempat asal usul dia kan

    ReplyDelete
  11. Sukanya masakan Thai. Lama pulak rasanya tak masuk sana. Kalau gi pun bila balik kg suami kat Kedah.

    ReplyDelete
  12. Mesti sedap, sebab ulang makan banyak kali di sini. Saya masih ingat rasa tomyam yang saya pernah cuba di kedai siam Padang Besar. Tak pernah lagi saya makan tomyam sedap macam tu. Memang ori la, orang siam yang masak, kan Ujie, tak sama macam makan di Malaysia.

    ReplyDelete
  13. Ratchathewi ini memang banyak muslim, dan kuliner di sana mostly halal. Dulu saya stay di daerah sana juga, Krn teman ada yg ambil PhD di bangkok. Dia yg sarankan utk stay di daerah sana.

    Memang kak ujie, kuliner Bangkok juaraaaa sangat 😍😍🤤👍. Rasanya hanya ada 2 pilihan untuk makanan, enak banget, atau enak aja 🤣

    ReplyDelete
  14. Wah...tomyam salmon..
    Kerabu betik/ somtam jarang mengecewakan kan...kombinasi rasa dan tekstur yang menggoda selera walau hanya bahan sederhana

    ReplyDelete
  15. emm..dapnye tom yam kat sana. Fav Ian la tom yam ni, balik sini complain tom yam sini x leh lawan kat sana.. of coz la kan

    ReplyDelete
  16. sedapnya...rasa nak repeat Bangkok...

    ReplyDelete
  17. Tom Yum seafood, Pad Kra Pao dan som tam tu buat kecur air liur. Saya penyuka makanan Thai lagi lagi tom yum tu, nampak kaw betul. Barulah sedap makan tom yum ori Thai.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****