![]() |
| Klik foto untuk paparan lebih jelas. |
Tuesday, 23 September 2025
Penentuan Waktu Solat Dalam Penerbangan dengan Halal Trip dan Panduan Berwuduk serta Solat Dalam Pesawat
Friday, 14 June 2024
Doa Perlindungan Diri Daripada Segala Kejahatan Makhluk
Friday, 1 March 2024
ุจููู ุฏฺฉุงฺููฉู، ู ุงุชูุงุฑู ุฏฺฉูุฑู ฺฉู
Setakat tajuk entri je saya mampu tulis jawi, isi entri tetap tulisan rumi. Itu pun bila saya semak di aplikasi rumi ke jawi, ada beberapa kesalahan ejaan. Maklumlah jarang menulis tulisan jawi ๐
Berbalik kepada tajuk entri (pandai baca tak tajuk tu tulis apa? ๐), dah beberapa pagi saya perasan kehadiran bulan di langit siang (daytime moon). Pagi tadi keluar rumah untuk ‘morning walk’ saya pandang ke langit, nampaklah dua objek berikut :
ZIKIR MELALUI PENGLIHATANZikir melalui penglihatan bermakna pada saat kita melihat apa sahaja ciptaan Allah SWT di bumi ini, ia akan menghadirkan kita akan kebesaran-Nya dan membawa kita untuk menyeru kekuasaan serta memuji indahnya ciptaan Allah SWT. - (sumber dan bacaan lanjut di bharian.com)
Saturday, 16 September 2023
Laungan Azan Subuh Dua Kali di Pulau Pinang
![]() |
| 5.32 pagi, 14 September 2023 | Pemandangan dari balkoni rumah PP, masa ni azan pertama sedang berkumandang. |
- Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menerusi surat pekeliling pada tarikh 6 Julai 2017, menggalakkan masjid dan surau di seluruh negeri Pulau Pinang melaungkan azan sebanyak dua kali pada waktu Subuh.
- Ia bertujuan bagi menghidupkan semula sunnah Nabi Muhammad SAW.
- Bagi pelaksanaan ini, azan pertama akan dilaungkan sekitar 30 minit sebelum masuk waktu Subuh dan azan kedua akan dilaungkan apabila masuk waktu Subuh dengan kedua-dua azan tersebut sunat menyebut kalimah ุงูุตูุงุฉ ุฎูุฑ ู ู ุงูููู yang bermaksud solat itu lebih baik daripada tidur.
- Pelaksanaan ini hanya digalakkan, tidak wajib dilakukan.
- Pihak jawatankuasa masjid dan surau hendaklah memaklumkan terlebih dahulu kepada ahli kariah berkaitan pelaksanaan ini agar tidak timbul kekeliruan.
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-60 ๐ฒ๐พ16 September 1963 menjadi detik bersejarah pembentukan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura (keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965). Marilah bersama kita menjaga keharmonian di antara rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia demi kemakmuran negara.
.
Sunday, 16 April 2023
Tunaikan Zakat Fitrah Secara ‘Online’
Syarat bagi mewakilkan bayaran zakat fitrah orang yang bukan tanggungan kita adalah mesti mendapatkan keizinan daripada individu tersebut. Kalau tidak, bayaran yang kita buat sekadar menjadi sedekah, bukan zakat fitrah. Ini kerana zakat fitrah adalah satu ibadah, ibadah perlu kepada niat tuan punya badan.
Tuesday, 21 March 2023
Cerita Baju Raya
Friday, 10 March 2023
ุฅุฎูุงุตฺฉู ฺฉูุช؟
Wednesday, 21 December 2022
Doa Dijauhkan Daripada Gelisah, Sedih, Lemah, Malas, Takut, Bakhil, Beban Hutang & Tekanan Manusia
Thursday, 27 October 2022
Alam Tercemar Apabila Iman Tercalar
Penjagaan alam sekitar mesti diterima sebagai sebahagian daripada dakwah dan jihad di jalan Allah. Lebih kuat iman, kuatlah kita menjaga alam sekitar.
Sunday, 24 April 2022
Kadar Zakat Fitrah Negeri 1443H/2022M & Cara Bayar Zakat Fitrah ‘Online’
WAKTU TERBAIK TUNAI ZAKAT FITRAH
Hari ini dah pun 22 Ramadan, antara perkara yang perlu kita ambil perhatian adalah berkenaan pembayaran zakat fitrah. Bilakah waktu terbaik untuk kita menunaikan zakat fitrah? Jom kita baca info pada poster di bawah :
![]() |
| Poster oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan |
KADAR ZAKAT FITRAH NEGERI 1443H / 2022M
Kadar minimum bagi semua negeri adalah sama, iaitu RM7. Cuma yang berbeza ada negeri-negeri yang menetapkan kadar lain mengikut jenis beras yang dimakan. Sila rujuk poster di bawah untuk info lanjut :
![]() |
| Poster oleh The Inspirasi. |
JOM BAYAR ZAKAT FITRAH SECARA ‘ONLINE’
Nak bayar zakat fitrah secara online? Boleh klik pautan di bawah mengikut negeri di mana kita bermastautin atau bekerja. Berkenaan persoalan di mana (tempat) zakat fitrah perlu dibayar, saya sertakan petikan jawapan dari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan :
Setelah meneliti pendapat makanya zakat fitrah wajib dibayar berdasarkan kepada di mana seseorang itu berada ketika masuknya waktu wajib untuk zakat fitrah iaitu bermula pada malam hari raya sehingga sampai sebelum solat hari raya. Walaupun begitu, melihat kepada realiti semasa, saya lebih cenderung kepada pendapat ihtiyat iaitu kita mengawalkan sedikit masa pembayaran sama ada sehari atau dua hari mengikut apa yang dilakukan oleh para sahabat.Justeru jika ketika itu beliau masih berada di tempat kerja dan belum pulang ke kampung, lebih elok baginya untuk dia bayar di tempat kerjanya kerana ia bersifat yakin dan tahqiq sedangkan kepulangannya ke kampung masih lagi dalam bentuk sangkaan dzan yang mungkin tidak berlaku.Begitu juga dengan pembayaran awal boleh menyelesaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan bukan dalam bentuk tergopoh gapah atau mungkin berlaku sebarang halangan yang menyebabkan terlepasnya daripada menunaikan zakat fitrah pada waktu wajibnya.
Thursday, 24 March 2022
Normalisasi dan Hilangnya Sensitiviti Beragama
Friday, 26 November 2021
Menutup Aurat Itu Satu Kekangan?
Friday, 25 June 2021
Tadabbur Surah Al-Fatihah
Wednesday, 12 May 2021
Persediaan Raya - Ulangkaji Amalan Sunat Aidilfitri, Kaedah Pelaksanaan Solat Sunat Aidilfitri dan Teks Khutbah Aidilfitri (di Rumah)
![]() |
| Panduan dah diberi, tinggal ikut saja. Malam ni kita dah boleh mula bertakbir. |
![]() |
| Sila klik poster untuk paparan lebih jelas. |
![]() |
| Sila klik poster untuk paparan lebih jelas. |
![]() |
| Sila klik poster untuk paparan lebih jelas. |
![]() |
| Untuk teks penuh, sila klik DI SINI. |
Monday, 21 December 2020
Mama Tak Reti Tutup Aurat?
Kisah minggu lalu, sewaktu saya duduk menunggu suami di lobi sebuah hotel di Putrajaya. Datang satu keluarga - emak ayah dan anak-anak, mereka duduk di set kerusi berhampiran saya.
Wednesday, 21 October 2020
Solat Jenazah Ghaib dan Cara Ringkas Solat Jenazah
SOLAT JENAZAH GHAIB
Cara melaksanakan solat jenazah ghaib adalah sama saja dengan solat jenazah biasa. Cuma bezanya jenazah tiada di hadapan kita.
Boleh baca huraian lanjut mengenai solat jenazah ghaib dan cara solat jenazah di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan DI SINI.
CARA RINGKAS SOLAT JENAZAH
Solat jenazah dilakukan dengan cara berdiri tegak menghadap kiblat (tanpa rukuk, sujud & duduk) dan bertakbir empat kali (termasuk takbiratul ihram).
Rujuk poster di bawah untuk cara ringkas solat jenazah :
![]() |
| Gambar terakhir saya bersama nenek. |
Wednesday, 30 September 2020
Kecelaruan Berfesyen : Muslimah dan Seluar Dedah Betis
- menutupi seluruh tubuh, kecuali muka dan bahagian tangan (dari pergelangan ke jari)
- tidak jarang
- tidak ketat
- tidak menyerupai lelaki





































