Monday, 17 July 2023

Sekat Paparan Iklan Blog di ‘Ad Review Center’

Pagi tadi semasa saya buka blog sendiri, terpapar iklan AdSense ‘Nikah Thailand…’ di bahagian bawah entri. Ishh…tak suka pulak saya tengok ada iklan gini di blog saya 🙄

Hidup jangan lari dari masalah, juga jangan cipta masalah baru (‘nikah lari’).
Apa-apa iklan yang menurut saya menjurus kepada perkara tak bagus dan juga iklan memaparkan model dengan pakaian tak sopan, saya akan buat sekatan.

Bagi yang belum tahu, begini caranya :
Buka dashboard blogger ➡️ klik Earnings ➡️ klik View Earnings ➡️ klik pada tiga garisan atas kiri ➡️ klik Brand Safety ➡️ Content ➡️ Ad Review Center

 

Paparan pada Ad review center.
Ada banyak cara untuk kita cari balik iklan yang kita tak suka tadi. Biasanya saya buat carian teks - taip satu perkataan yang ada pada paparan iklan. Contoh di atas, saya taip ‘nikah’. Terus keluar iklan yang dicari. Lepas tu kita klik pada 🚫. Selesai.

Antara iklan yang saya dah sekat (selain iklan ‘Nikah Thailand…’) - iklan Bible percuma dan iklan percutian dengan model berpakaian renang yang tidak sopan.

Selain membuat sekatan pada iklan yang dah terpapar di blog, saya juga buat sekatan bagi iklan yang bakal dipaparkan. Yang ini boleh dibuat pada bahagian Blocking Controls (Sensitive categories & general categories). Nak tahu lanjut? Baca DI SINI.

Hal begini terpulanglah kepada pendirian kalian ya, nak benarkan iklan macam mana yang terpapar di blog. Bagi saya, selagi boleh kawal maka saya kawal apa yang terpapar. Pernah suatu ketika saya rasa leceh nak pantau dan sekat iklan tertentu, maka saya ‘tidurkan’ saja AdSense.

Boleh beritahu saya jika kalian buka blog saya keluar paparan yang kurang manis ya. Tinggalkan komen atau isi contact form di bahagian bawah blog.






.

26 comments:

  1. Agaknya kata kunci Thailand di post Kak Ujie baru2 ni tu yang keluar iklan nikah di Thailand.

    ReplyDelete
  2. Nah. Iklan tak senonoh bikin pemilik blog repot.

    ReplyDelete
  3. Bagus buat begini, jika tidak entah apa2 iklan yg keluarkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah…kita kawal mana yang boleh jelah.

      Delete
  4. Saya pun selalu block iklan, terutama iklan forex trading.

    ReplyDelete
  5. Saya belom ada iklan...kesal juga ya kalau tiba-tiba ada iklan ga senonoh kayak gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak pasang iklan, kita terpaksa rajin sikit untuk block iklan yang tak sesuai.

      Delete
  6. Baguslah Puan Ujie pantau iklan.
    Selalu perasan macam tiada iklan dalam blog Puan Ujie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya set untuk letak di kanan dan bawah blog je, lepas tu pulak banyak kategori saya sekat..itu yang kadang tak keluar langsung 😅

      Delete
  7. terima kasih untuk kongsi kak, memang serabut kadang iklan macamni, lagila kadang iklan perempuan berbikini pulak dah

    ReplyDelete
  8. Iklan ni saya dah block sesiap dengan iklan sihir santau bagai tu. Cuma ada sesetengah iklan tu, kita dah block. eh eh dia keluar lagi pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi melampau tu…iklan sihir pun ada 😂
      Betullah Fiza, ada iklan yang akak dah sekat tapi nampak keluar lagi. Entah ler..

      Delete
  9. Ada betul juga komen Carneyz tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang penting, semua iklan yang gitu…kena sekat 😄

      Delete
  10. Biasanya iklan yang dipaparkan memang ada kaitan dengan perkataan yang digunakan dalam entri kita. Terima kasih perkongsian Ujie untuk sekat iklan yang tak senonoh.

    ReplyDelete
  11. Setuju .. Biar tak ada iklan2 yg tak manis.. mengarut dan yg ntah apa apa tu.. Btw terima kasih share info kat sini :D

    ReplyDelete
  12. Terus tgk iklan kt blog sendiri... x perasan pulak iklan apa... hehehe...tq kak share tips

    ReplyDelete
  13. Saya pun pernah guna blocking control, iklan game online, yang orang perempuannya pakai syeksi, you. Huhu...tak syuka.

    ReplyDelete
  14. good sharing... mcm pelik2 jugak iklan ni yer

    ReplyDelete
  15. Ada jg block iklan yg pelik2..kena review lg iklan2 lain..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****