Sunday, 23 July 2023

Telur Dadar Cha Om

Kelmarin (hari Jumaat), saya ikut Encik Suami ke Perlis atas urusan kerja. Sekejap je, cuma satu malam. Hari Sabtu awal pagi dah bergerak kembali ke Pulau Pinang (PP). Tak sempat nak berjalan-jalan, tapi sempatlah kami menikmati hidangan makan malam di Mee Mee Authentic Thai Empire, Kangar.

Selain hidangan yang biasa (tomyam dan daging bakar), kali ini kami mencuba telur dadar Cha Om. Pertama kali kami nak mencubanya.

Telur Dadar Cha Om
Telur dadar Cha Om - telur dadar yang dicampur dengan daun Cha Om.

Telur Dadar Cha Om
Rupa telur dadar yang menarik. Rasanya sedap, rangup. Ianya sedap dimakan panas. Bila dah sejuk, jadi kurang rangup.

Sumber foto : asian-ingredients.com
Hasil carian berkenaan Cha Om, beginilah rupa pucuk daun pokok Cha Om atau dikenali juga sebagai daun pokok Petai Siam yang digunakan dalam masakan telur dadar tadi.

Cha-om, botanically classified as Senegalia pennata, is an herbaceous tropical plant belonging to the Fabaceae family. The fast-growing shrub is native to Southeast Asia and can reach up to five meters in height, found along roadsides, in forests, and cultivated in home gardens.
Cha-om is a productive plant that develops new leaf growth year-round, providing a steady source of tender greens for foragers. The plant is harvested for its young and tender leaves, and the dark green leaves are cooked and used as a favored vegetal flavoring. Cha-om is also botanically known under the scientific name Acacia pennata and has several common names, including Climbing Wattle, Khang, Stinky Leaf, Petai Duri, and Rau Thoi. The slender leaves have a pungent odor, especially when raw, and are most commonly cooked to reduce their smell and develop a pleasant, subtly crisp texture. - sumber info : specialtyproduce.com

Walaupun katanya ada bau, saya dan Encik Suami tak perasan sebarang bau atau rasa daun Cha Om dalam telur dadar tadi. Yang pasti, masakan telur dadar Cha Om memang sedap.






.

12 comments:

  1. Oh, kita ingatkan Cha Om tu nama orang, hihi. Nampak menarik tu menunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. πŸ˜„ saya pun baru pertama kali tau Cha Om.

      Delete
  2. Ooh daun petai cinakah ?...kalau benar itu daun petai cina/mirip memang enak buat campuran bahan makanan..campur di bumbu pecel pun enak...telurnya cantik ada warna kuning kehijauan yaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugak daun yang sama, memang ada banyak nama lain mengikut tempat.

      Delete
  3. belah2 sana senang nak dapat Cha Om kan dekat dengan siam...dah lama juga mencari cha om tp dekat sini tak ada orang jual..

    ReplyDelete
  4. Baru tahu daun cha om. Hehe cuba ketika di Perlis bukan di Bangkok

    ReplyDelete
  5. Cha om diambil dari nama daun ... ok ok faham :D

    ReplyDelete
  6. Jadi teringin nak cobaaaa 😍😍. Kliatan sedap memang telur dadarnya kak πŸ˜„. Saya suka model telur dadar yg rangup di luar, tapi dalamnya masih lembut macam nih. Sayuran yg dipakai saya tak pernah coba, tapi rasanya pernah melihat πŸ˜…

    ReplyDelete
  7. Wah.sedapnya...

    Kat sini jarang jumpa.Pernah sekali dua saja jumpa kat pasar tani..1 ikat lebih kurang secekak tu RM15...
    telan ayaq lioq..baik beli petai terus🀣

    ReplyDelete
  8. menarik...try cari kt malaysia kot2 ada telur dadar ni..hihi

    ReplyDelete
  9. Menarik dan nampak sedap telur dadar cha om ni. Seingat saya kalau petai kecik kecik tu memang kurang bau sikit. Mungkin dah dimasak lagi kurang bau dia kot. Tak tahu pulak daun dia boleh dimakan.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****