Monday 8 August 2016

PHILIPS Pressure Cooker : Nasi Impit @ Ketupat Segera

Sejak ada PPC (Philips Pressure Cooker) ni, makin mudah untuk saya memasak ketupat segera. Eh, memanglah masak ketupat segera senang je! Rebus je pun. 

Tapi...biasanya akan ambil masa paling kurang 60 minit untuk kita rebus, dan kita kena jaga air dalam periuk jangan sampai berkurangan....hangus! Pastu kena jaga jugak jangan sampai air rebusan mendidih melimpah kat dapur masak kita. Pendek kata tak boleh tinggal gitu je.

Bila ada PPC ni, ketupat segera boleh dihasilkan lebih cepat dan tak payah duduk dapur jaga periuk. Bab tak payah duduk dapur tu yang saya suka! Ok, macam mana caranya? 

1. Saya masukkan 15 pek mini ketupat ADABI. 
Letak air melebihi paras ketupat, saya letak pada paras 1/3 periuk.

2. Tutup periuk. Tombol pusing ke SEAL.  Tekan mode RICE - START. 'Default time' untuk mode Rice adalah 14 minit. Dah boleh tinggalkan dapur, tak payah risau. Dah siap nanti pandailah dia berbunyi 'beep'.

3. Dah bunyi 'Beep', tekan OFF. Saya biarkan sekitar 20 minit untuk pressure release sendiri. Tujuannya untuk mengelakkan air mercik dari tombol dan juga melimpah keluar semasa kita buka tutup periuk. TIPS ni terpakai untuk semua jenis masakan yang berkuah/banyak air.

Lepas 20 minit tadi, bukak periuk (tanpa perlu tolak tombol ke VENT) sebab periuk dah takde pressure. Keluarkan ketupat, toskan dan sejukkan dulu ya.

4. Ketupat dah sejuk, baru boleh potong elok.  Nampak? Memang cantik hasilnya. Padat, kembung dan lembut isinya. Bab kembung dan lembut, rasanya sebab saya guna ketupat ADABI. Pernah masak ketupat NONA, agak leper dan tak lembut macam ni. Itu pendapat saya jelah.

5. Alhamdulillah....menu hujung minggu saya dan suami - Soto!


Nota PPC : Paling maksima saya pernah masak ketupat segera menggunakan PPC adalah sebanyak 33 pek mini. Insya Allah, ok je! Selamat mencuba!


Tuesday 2 August 2016

Cerita TANDAS...Kenangan Masa Lalu

Tandas Lama

Inilah tandas lama yang masih berdiri teguh di rumah Nyai (nenek) suami saya. Terletak di bahagian belakang rumah, dengan kedudukan terasing sedikit jauh (dah masuk kawasan kebun sawit). Tiada bekalan elektrik, tiada bekalan paip air. Sebelum nak gunakan tandas ni, kenalah angkut air barang sebaldi dua ya. 

Sebenarnya, saya tiada kenangan peribadi dengan tandas ni. Biarpun dah menjadi cucu menantu sekian lama, dan tentunya pernah tidur di rumah Nyai. Saya main ngelat, bila ada keperluan maka saya akan ke stesen Petronas berhampiran. Hehee...

Tapi itu dulu, sejak beberapa tahun lepas rumah Nyai dah dibuat yang baru. Lengkap tandas di dalam rumah. Tandas lama ni pulak masih dikekalkan, untuk kegunaan di masa sesak bila ramai anak cucu cicit balik.

Korek Lubang
Sebelum wujudnya tandas seperti di atas, cara yang mungkin terawal digunakan adalah mengorek lubang pada tanah sebelum menunaikan hajat. Yang ni saya pernah alami, masa zaman kanak-kanak sewaktu berkunjung ke rumah nenek di kampung. Masa tu sekitar awal tahun 80-an. Jangan kata tandas, nak mandi pun masih perlu ke 'parit' (seakan aliran sebatang sungai di hadapan rumah). 

Setiap kali berhajat, kenalah menuju ke semak-semak di belakang rumah nenek. Korek dulu, dan timbus setelah selesai hajat. Paling saya ingat, kalau terkena waktu malam. Malam di kampung nenek saya masa tu gelap dan sepi. Masih tiada bekalan elektrik. Memang serammm...

Dinding Plastik Guni 
Selepas tu, ada sedikit kemajuan. Dah disiapkan tempat khas, lengkap berdindingkan plastik guni warna putih tu. 'Dinding' yang cuma boleh melindungi kita sewaktu cangkung je tau! Kali ni dah tak perlu menggali tanah, dah ada mangkuk tandas yang sekadarnya. Tempayan disediakan untuk sumber air.

Begitulah cebisan kenangan masa lalu, hasil imbasan memori bersama adik dan kakak-kakak saya. Maaf kalau catatan hari ini mengganggu selera korang. Sengaja saya abadikan di blog untuk kenangan sendiri dan rujukan generasi yang tak pernah merasa tandas tanpa bekalan elektrik/air atau tandas tanpa dinding! 


...terasa sukarnya sewaktu melalui detik itu, 
namun terasa manisnya untuk dikenang selepas ia berlalu...


Monday 1 August 2016

Terima Kasih DBP!

Buat pertama kalinya, dapat 'hasil' selepas mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa. Ini adalah hadiah SAGUHATI untuk cabutan bertuah pembeli di reruai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sempena Pesta Buku yang telah diadakan di MAEPS, Serdang.

Hasil tukaran BAUCER RM300...masih perlu menambah beberapa RM.

Ok, sebenarnya bukan saya yang menang pun tau. Sedih.
Hadiah baucer ni milik suami. Tumpang suka jelah.
Tapi...disebabkan dia lebih suka baca judul buku je,
dia serahkan baucer kepada saya!

Kalau dah namanya rezeki, memang tak ke mana.
Memang betul-betul sukaaaa!
Alhamdulillah. Terima kasih suami yang baik hati.
Terima kasih DBP!




.