Tuesday 18 July 2023

Bahagian 2 | Naik ‘Hop-On Hop-Off Tourist Boat’ di Sungai Chao Phraya

Sambungan catatan Bahagian 1.

Hop-On Hop-Off Tourist Boat Sungai Chao Phraya
Para penumpang sedang menunggu untuk naik feri.
Beginilah rupa luaran feri yang kami naiki, cantik elok luar dan dalam. Kita bebas memilih nak duduk tingkat bawah atau duduk tingkat atas. Feri ini datang tepat masa dijanjikan bagi kekerapan perjalanan setiap 30 minit. Terbaik!

Saya kongsikan beberapa foto yang sempat saya rakam di sepanjang perjalanan pusingan kedua ini :

Hop-On Hop-Off Tourist Boat Sungai Chao Phraya
Tha Maharaj - pusat membeli-belah.
Pemandangan di salah satu lokasi tarikan pelancongan - Tha Maharaj. Feri singgah berhenti di sini untuk ambil/turunkan penumpang.

Hop-On Hop-Off Tourist Boat Sungai Chao Phraya
The Grand Palace dan Wat Pra Kaew tersergam di pesisiran Sungai Chao Phraya. Tiket lawatan masuk sebanyak 500 Baht bagi pelancong asing dan percuma bagi warga Thailand.
Located at the heart of Bangkok, Thailand, The Grand Palace was a former residence for King Rama I to King Rama V of the Rattanakosin Kingdom. Today, the place is used for hosting royal ceremonies and welcoming the king's guests, State guests, and other foreign dignitaries. It is also a place where remains of kings and high-ranked members of the royal family were situated before cremation. The grand palace is divided into two main zones, which are the Temple of the Emerald Buddha and the royal residence.
Wat Phra Kaew, commonly known in English as the Temple of the Emerald Buddha and officially as Wat Phra Si Rattana Satsadaram, is regarded as the most sacred Buddhist temple in Thailand. The complex consists of a number of buildings within the precincts of the Grand Palace.
 
Hop-On Hop-Off Tourist Boat Sungai Chao Phraya
Ada bermacam-macam jenis bot penumpang dari yang bersaiz kecil hingga yang besar. Juga ada yang nampak moden (macam feri yang kami naiki), ada juga bot dengan ciri-ciri klasik dan ada juga bot yang nampak macam kurang selamat dinaiki.

Selain itu, sungai ini juga sibuk dengan kapal tunda tongkang yang sangat panjang. Boleh lihat dalam video di hujung entri, tapi tidaklah saya rakam sampai bahagian belakang tongkang. Bukan satu dua ya, ada banyak kapal tunda tongkang di sini. Satu pengalaman baru bagi saya menyaksikan kesibukan aktiviti ekonomi di sungai yang lebar dan panjang ini.

Hop-On Hop-Off Tourist Boat Sungai Chao Phraya
Bangunan rumah ini bukanlah tarikan pelancongan, tetapi ia menarik perhatian saya kerana kedudukannya yang berada di pesisir sungai. Ia menjadi sebahagian cerita kehidupan di Sungai Chao Phraya.


Jadi, di lokasi mana kami nak turun berjalan-jalan? Kalau ikut perbincangan awal, kami akan memilih dua atau tiga lokasi. Tetapi nampaknya dengan cuaca panas terik maka badan jadi cepat letih, tambahan pula kami kesuntukan masa. Kami akhirnya memilih untuk turun di ICONSIAM. Dan rupanya, memang hampir kesemua penumpang turun di sini. Masing-masing nak cari tempat sejuk, agaknya dah puas berpanas di luar 😄

Hop-On Hop-Off Tourist Boat Sungai Chao Phraya
ICONSIAM - pusat membeli-belah terbesar dan paling mewah di Thailand.
Pemandangan dari tingkat atas. Dekorasi gaya mewah, sesuai dengan deretan kedai produk jenama mewah yang terdapat di sini. Kami tak masuk mana-mana kedai pun, sekadar jalan-jalan memerhati sekitar.

ICONSIAM
Semasa nak ke tandas, saya ternampak papan tanda tertera ‘Muslim Prayer Room’. Alhamdulillah, ada kemudahan bagi pengunjung Muslim. Tapi kami tak solat di sini, jadinya tak tau bagaimana rupa ruangannya. Yang pasti, kalian tak akan ada masalah nak solat dengan selesa kalau berkunjung ke sini.

ICONSIAM
Encik Suami pilih Hot Matcha Latte, saya pula pilih minuman sejuk Lychee Fizzy Tea.
Ingatkan nak makan di sini sambil duduk berehat. Tapi kami cuma jumpa sebuah restoran halal, tak minat pulak saya sebab bukan restoran masakan Thai.

Kami akhirnya memilih untuk duduk minum di Pacamara Coffee. Seorang perempuan bertudung dengan seragam hitam mengambil pesanan kami di kaunter kafe. Tapi nampaknya dua jenis minuman ini tak menepati cita rasa kami. Pembelian yang kurang berbaloi dengan harga yang agak tinggi.

ICONSIAM
Cuaca semakin redup, kami jalan-jalan di bahagian luar ICONSIAM.

ICONSIAM
Walaupun ramai pengunjung, tempat ini tak terasa sesak sebab ruang dalam dan luar cukup luas.

Menghampiri pukul 5.30 petang, kami beredar menuju ke jeti. Kawasan jeti penuh sesak dengan pengunjung lain yang nak naik feri.

Suasana di bahagian atas feri.
Bagi perjalanan balik, kami pilih naik ke bahagian atas feri. Memang seronok dapat melihat pemandangan luas kota Bangkok. Masing-masing sibuk memotret dan merakam video. Suasana meriah!

Suatu pengalaman yang menarik bagi saya kerana dapat menyusuri sungai yang menjadi nadi penggerak ekonomi dan pemacu pertumbuhan Thailand. Sungainya bebas sampah (mungkin ada sedikit tapi tak begitu ketara) dan tiada bau yang tak menyenangkan.

Menurut saya, Hop-On Hop-Off Tourist Boat ni lebih berbaloi jika kita mulakan di awal pagi. Ada lebih masa bersantai turun/naik dan jalan-jalan di banyak lokasi tarikan pelancongan tanpa rasa terlalu penat. Tapi kami tak dapat nak mulakan awal sebab sebelah pagi meraikan Hari Raya Aidiladha. Sebelah petang baru boleh jalan-jalan. Kononnya nak sambung sampai waktu malam untuk menyaksikan suasana malam di sini, tapi badan dah minta berehat. Maka kita balik sajalah.


Video berdurasi 1:13 minit memaparkan suasana sekitar perjalanan feri menyusuri Sungai Chao Phraya.






.

19 comments:

  1. Bestnya Ujie dapat menyusuri Sungai Chao Phraya. Nama sungai ini pernah saya dengar... rasanya dalam buku teks geografi sekolah menengah rendah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul…ada dalam teks pelajaran Geografi.

      Delete
  2. To travel and visit and meet this incredible places and cities are really fabulous.

    ReplyDelete
  3. Saya hanya pernah menontonnya di YouTube aja tentang tempat "wisata ini😀 seru banget ya perjalanan keliling naik feri, ramai juga di atasnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lewat petang, jadi ramai nak balik. Bahagian bawah dan atas feri semuanya sesak 😄

      Delete
  4. Tidak sesak pula dengan bot/feri. Memang nampak sungainya bersih. Memang Sungai Chao Phraya jadi pengangkutan utama juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungainya luas, walaupun banyak kenderaan air tapi tak nampak sesak.

      Delete
  5. saya agak terkejut kerana lihat ada orang yang muka kena blur heheheha...BTW seronok sangat dapat melancong kerana dapat melihat negara orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau biasa ke blog ni, memang akan biasa nampak muka kena blur atau kena tepek emoji 😄

      Delete
  6. Nampak bersih di sekitar sungai 👍
    Seronoknya dapat merasai pengalaman sebegini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sempat merasa walaupun tak dapat berlama, cuma 3 jam.

      Delete
  7. Dua kali naik naik loncat naik loncat ni hahaha.. sebelum kawen dgn selepas kawen bawa isteri ... not bad byk tmpt jugak boleh cover just naik ferri ni :D

    ReplyDelete
  8. mcm river cruise kt melaka tp hop on hop off kt tempat² menarik mcm bas kt kl... bestnya dpt stop di shopping mall terus

    ReplyDelete
  9. Wah..sungai lejen ni .
    Kalau dalam buku Geo masa sekolah dulu Menam Chao Phraya ni dikira nadi untuk pertanian kan....

    ReplyDelete
  10. Saya punya pengalaman berkesan sangat di sungai ini. Waktu itu naik HOHO boat chow Praya dengan teman2, dari pagi, sampai malam. Puaaas sangat. Tapi pas tengah hari tuh ada kejadian, di mana saya terpisah dengan teman2, dan bag saya dipegang oleh salah satu teman 🤣. Saya dah bingung nak hubungi teman tak bisa, Krn hp pun di dlm bag itu 😅. Uang di bag juga. Lagi takntau nak apa, tiba2 ada bhiksu muda yang menghampiri, dan ternyata dia tahu saya terpisah dengan teman, dan bingung nak kemana. Akhirnya dia KSH tau saya harus turun di Jetty apa, dan yg bikin saya terharu, dia KSH uang 20 bath utk beli tiket 🤧. Sejak itu tiap kali ke Bangkok, saya teringat dengan bhiksu muda itu. Semoga lah di manapun dia berada, selalu dilindungi dan baik2 saja.

    ReplyDelete
  11. best naik bot.. MA pernah jugak la. And ada jugak majlis makan2 dlm bot.. pening jugak sbb bangun duduk bangun duduk.. x minat sgt..

    ReplyDelete
  12. cantik ICONSIAM..meriah suasana di tingkat atas feri...

    ReplyDelete
  13. Bestnya dapat pilih mana nak duduk. Duduk atas lagi luas permandangannya kan kak. Menariknya mall dia, memang nampak luas luar dan dalam. Okaylah kan rasa selesa walaupun ramai. Permandangan persisiran tu kira jadi daya penarik juga.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****