Catatan kisah semalam - hari Ahad 16 Julai 2023.
Semalam pagi saya dan Encik Suami bersarapan di IKEA Batu Kawan, PP buat kali pertama. Sebenarnya tak begitu jauh jarak rumah dengan IKEA, sekitar 13 km je. Tapi sangat jarang kami pergi kecuali ada keperluan nak membeli barang.
Restoran IKEA dibuka mulai pukul 9.30 pagi. Kami sampai awal beberapa detik sebelum pengawal keselamatan membenarkan pengunjung masuk. Saya sangka bila datang awal, orang tak ramai. Eh, rupanya dah ramai yang menunggu detik 9.30 pagi untuk masuk makan di IKEA 😄
Nampak ada menu Nasi Lemak Pandan. Selaku peminat nasi lemak, haruslah saya mencuba nasi lemak IKEA ni. Besar saiz hidangan nasi lemaknya, sedap sambal tumis dan ayam goreng tu. Berbaloi saya mencuba, harganya cuma RM5.90. Berpatutan sangat harganya untuk satu set nasi lemak begini.
Encik Suami memilih hidangan bebola daging, saya pulak kurang gemar. Saya lebih suka makan bebola daging jenama Marina (tapi dah lama tak nampak di pasaran).
Lepas makan, kami membeli beberapa barang di IKEA. Antaranya microwave lid ni, harganya RM6. Kegunaannya untuk tutup makanan yang kita panaskan dalam microwave supaya pemanasan lebih sekata dan mengelakkan percikan makanan pada microwave. Selama ni saya guna apa-apa penutup bersesuaian bila panaskan makanan di microwave, tapi belum pernah beli khusus begini. Yang ini lebih bagus dan sesuai untuk tutup semua jenis pinggan/mangkuk.
Entah sejak hujung tahun lalu atau awal tahun ini, IKEA Batu Kawan dikenali sebagai Klippa Shopping Centre. Katanya ia berkonsep intergrated shopping mall. Beberapa tahun dulu semasa namanya belum bertukar, di sini cuma ada Harvey Norman dan beberapa kedai lain. Tak banyaklah. Sekarang ni dah meriah (boleh klik foto di atas untuk lihat senarai kedai yang ada).
Ada TMG Plus juga di sini. Kami masuk membeli beberapa keperluan. Tak begitu banyak pilihan, tapi ada jugaklah yang boleh dibeli tanpa perlu ke tempat lain. Sekali jalan gitu, makan dan membeli di IKEA lepas tu beli barang dapur sikit di TMG Plus.
Harga jualan terung di sini. Saya pun tak pasti berapa harga jualan semasa, tapi tertarik tengok sebab beberapa hari lalu ada orang bermurah hati beri kami seplastik besar terung bulat dan terung mini dari ladangnya. Saya suka makan terung bakar, jadinya memang seronoklah bila dapat terung banyak-banyak.
Ke sana ke sini dalam Klippa Shopping Centre, tak sedar hampir tiga jam jugak kami menghabiskan masa di sini 😀. Oh ya, satu lagi perubahan - tiada lagi diskaun parkir bagi IKEA Family member.
.
Tempat paling best window shopping bagi sy, Ikea. Tapi tak boleh selalu, nanti jemu. Sebelum WS, kena makan di cafe dulu, hihi.
ReplyDeletenot bad harga nasi lemak kat ikea..reasonable la
ReplyDeletemenarik nasi lemak pandan tu. cantikk hijau. masa adik lelaki ciknur rumah di bt kwan sempat jga singgah masa baru buka tu. skrg dia dah pindah
ReplyDeletesaya, tak pernah sekalipun makan di cafe IKEA. Nak order pun tak tau. pergi IKEA Johor pun baru dua kali. itupun cari frame besar untuk projek. Dapat frame terus balik. entah pape je
ReplyDeleteMurah nasi lemak pandan.
ReplyDeleteSaya rindu hendak makan bebola di IKEA.
wah xtau kat ikea pun ada nasik lemak rupanya... sy pun suka meatball marina kak... kalau jumpa mst beli buat stok... pastu buat gravy sendiri
ReplyDeleteAda nasik lemak? Wah!
ReplyDeleteBesor portion nasi lemaknya. Harga pun berpatutan. Bestnya, jalan-jalan di Ikea. Saya dah berkurun tak pergi.
ReplyDeleteLama tak menjengah IKEA. Murah harga nasi lemak tu. Memang berbaloilah beli nasi lemak. Ehh, tak perasan pulak penutup microwave tu. Bolehlah membeli nanti. Biasa juga bekas tupperware yang boleh masuk microwave tu je.
ReplyDeletePelik juga tu bertukar namanya.
Saya dulu banget pernah ke IKEA ..luas banget yaa...sampai kaki pegal rasanya berkeliling 😁
ReplyDeleteSaya pulak yang terliur melihat gambar nasi lemak IKEA tu.
ReplyDeletemenarik breakfast IKEA, belum pernah makan2 di sini....cantik buah terungnya..
ReplyDelete