Monday, 28 June 2021

10 Tahun Berblog dan ‘Top Commentators’

10 TAHUN BERBLOG
Semalam pada 27 Jun 2021, genap 10 tahun usia blog saya ini. Alhamdulillah, masih diberi rasa nak menulis walaupun jarang-jarang ada entri baru.

Sahabat blog pun datang dan pergi. Kadang-kadang bila saya baca entri lama dan komen yang ditinggalkan pada entri tersebut, datang rasa rindu. Bila dah kerap tinggal komen, kita dah rasa ada ikatan. Dan bila tiba-tiba mereka menghilang (sama ada dah tak berblog atau blog sudah dipadam), tertanya juga khabar tentang mereka. Ada yang masih menjadi sahabat di media sosial lain dan ada juga yang hilang tanpa khabar. Semoga mereka semua dalam keadaan baik-baik saja.

‘TOP COMMENTATORS’
Tanpa sahabat blog yang datang meninggalkan komen, blog pastinya terasa suram. Terima kasih buat semua blogger yang pernah meninggalkan kata-kata di blog saya ni. Sesungguhnya, itulah jalinan kemesraan antara kita.

Inilah ‘Top 10 Commentators’ blog saya sepanjang kira-kira 365 hari lalu. Saya screenshot semalam. Jomlah ke blog mereka juga, tekan je pautan nama mereka yang terdapat di bahagian kanan blog saya ni.

Kepada sahabat-sahabat ‘Top 5 Commentators’ di atas, ada sedikit cenderahati daripada saya. Mohon berikan butir-butir pengeposan ke e-mail saya - halifa02@gmail.com ya.

10 tahun sudah berlalu, moga saya dapat terus berblog untuk tahun-tahun seterusnya.


34 comments:

  1. Alhamdulillah. Tahniah atas ulangtahun ke-10 blog. Hehe saya punya blog umur 10 tahun pada Oktober tahun lepas.
    Wah tidak sangka masuk 5 teratas. Dugaan juga telefon Lenovo masuk wad dan kena guna telefon lama. Nanti saya emel. Dah terima nanti balas balik emel saya ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih NA 😊
      Tahniah jugak untuk NA masih terus berblog sehingga sekarang.

      OK saya dah dapat email tersebut.

      Delete
  2. Tahniah buat semua pengomen yang sporting. Nama saya pun tersangkut juga di situ. Terima kasih Ujie. Nanti saya e-mail details ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama Amie 😊, ok saya dah terima email nya.

      Delete
  3. pantas masa berlalu 10 tahun dah. cikda pulak baru semalam buka balik blog sendiri.. Ya Allah banyak kenangan sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tersenyum sendiri baca entri lama dan komen sahabat blogger kan..hehe

      Selamat kembali berblog cikda.

      Delete
    2. tahniah tau. susah tau nak istiqomah. wa caya lu lah!!! hehe

      Delete
    3. Terima kasih Cikda 😊
      Alhamdulillah..hehe

      Delete
  4. lamanya, kitanya punya baru ada nyawa, sekejpa xda nya, sekejap bernyawa aduhhh pening tatau macam mana nak maintain ber blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetapkan..mesti ada entri kurang-kurang seminggu sekali.
      Ni cakap pandai, tapi sebenarnya saya buat entri pun ikut bila rajin je πŸ˜„

      Delete
  5. Waa.. tahniah. Blog menyambut ulang tahun ke 10..

    ReplyDelete
  6. Tahniah... selamat ulang tahun ke 10 berblog.

    ReplyDelete
  7. tahniah..10th anniversary blog Titian Perjalanan..

    betul..rindu pada rakan2 blogger yg dah tak aktif..mereka yg memeriahkan blog kita dulu..rakan baru kita rai..

    nanti saya emel..inshaaAllah..

    ReplyDelete
  8. Hai, saya rabia
    done follow blog kak dan dtg singgah komen ke sini
    selamat berkenalan
    jom komen2 di blog sy
    tq

    ReplyDelete
  9. 10 tahun dah ye kak, dah otai tu...
    tahniah pada yang tersenarai top 5... dana dah merasa jadi top 5 heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kategori otai tak berbisa Dana πŸ˜„

      Delete
  10. Selamat ulang tahun ke 10 blog kak Ujie. Terima kasih juga sudi singgah dan tinggalkan komen di blog saya. Maaf kak, baru sempat jengah sini. Jap lagi saya send details ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fiza 😊
      Ok dah terima emailnya.

      Delete
  11. wahh 10 tahun blog dah ye.. happy anniversary :)

    ReplyDelete
  12. Betul ramai yg dh tak berblog, meninggalkan dunia blog yg masih bertahan tu alhamdulillah tak putus ikatan

    ReplyDelete
  13. salam tuan rumah..

    blogwalking... dah lama tak aktif berbelog nih..

    tetiba rasa nak berbelog semula... tanpa pk pjg buat rumah baru huhuh

    anyway btl tu..bila baca smula apa yg ditulis dan kawan2 pernah komen.. rasa rindu plak... tp malang link mereka pun dah diprivate atau ....entah la....

    terus kan bertahan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang elok berblog time pandemik ni, semacam terapi jiwa jugak.
      Selamat kembali berblog ya.

      Delete
  14. tahniah semua kaki komen.
    10 tahun? tahniah.
    aida da 12 tahun. alhamdulillah.
    tapi tak la aktif sgt.
    sesekali bila free.

    aida mostly blogwalking dari kotak komen.
    sape yg kerap singgah di blog aida, dpt la sumbangan terjahan aida.
    kalau kalau free, dpt la aida blogwalking.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Aida pun berjaya bertahan.
      Tak aktif sangat tak apa, yang penting hari ini masih kekal menulis..hehe.

      Delete
    2. tu la kan. rasa bersyukur juga.
      ramai friends blogger yg lama2 da pencen blogging.
      kebetulan semlm refresh bloglist, ramai yg da more than 4 years tak blog, blog mereka da tak wujud dah.
      mungkin mereka beralih ke wahana yg lain ekk.
      ig. youtube.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****