[Catatan Hari Sabtu, 16 Disember 2023]
Sejak berpindah ke negeri Perlis pada bulan lalu, baru kali ini saya dan Encik Suami berkesempatan mengunjungi nat.
NAT = PASAR PAGI
Kalau merujuk kepada Kamus Dewan, nat bermaksud pasar harian atau pekan sari (sehari). Tetapi bagi masyarakat tempatan, nat bermaksud pasar pagi. Selaku orang yang berasal dari selatan tanah air, perkataan ‘nat’ sememangnya asing bagi saya. Jadinya bila dah berpindah ke utara ni, eloklah saya belajar dan biasakan diri menyebut sesuatu ikut kebiasaan masyarakat setempat.
NAT BALAI BARU, BESERI
Perjalanan dari rumah kami ke Nat Balai Baru mengambil masa kira-kira 15 minit dengan jarak 14 km. Kami tiba di sini sekitar pukul 7.40 pagi. Saya sangkakan dah agak lewat, Alhamdulillah rupanya masih awal. Kenderaan tidak sesak memenuhi bahu jalan, mudahlah kami cari ruang parkir kereta yang selamat dan tak mengganggu lalu lintas.
Pasar Beseri atau lebih dikenali sebagai Nat Balai Baru ini terletak di dalam sebuah bangunan tidak berdinding. Terdapat deretan binaan meja konkrit untuk para peniaga mempamerkan barang jualan.
Suasana ketika ini tidak sesak. Pengunjung belum ramai dan kelihatan sebahagian para peniaga masih sibuk membawa masuk dan menyusun barang jualan di meja.
Memandangkan masih awal pagi dan perut kami masih belum berisi, kami menuju ke suatu sudut yang menjual makanan sarapan. Gerai ini turut menyediakan beberapa buah meja panjang dan bangku kayu panjang, bolehlah kami mencuba makan di sini sambil memerhati suasana sekitar.
Kalau nak beli bawa balik, boleh terus ambil yang sudah siap dibungkus begini. Bagus peniaga dah siap letak tanda harga dan nama makanan dengan jelas.
Dah makan sebahagian, barulah boleh merakam foto sebab tadi depan saya ada orang lain sedang makan. Ala-ala mesra gitu, walaupun tak saling kenal tetapi masing-masing duduk makan bersama di meja dan bangku panjang ni 😁
Sarapan pilihan saya - nasi lemak, sambal ikan masin (orang tempatan panggil ikan kering), sambal ikan bilis dan telur dadar. Encik Suami pilih bihun goreng dan beberapa jenis lauk. Gelas minuman teh tarik saya dihidang beralaskan pinggan kecil dan beberapa ketul ais di sekelilingnya. Unik cara begini.
Perut dah kenyang, jomlah kita jalan-jalan ‘cuci mata’ dan membeli-belah.
Apam balik biasa dan special. Yang biasa tu nipis dan sedikit isinya. Apam balik special lebih tebal dan banyak isinya, memang puas makan.
Pertama kali membeli bahan asas memasak sejak berada di Perlis. Kami ambil bawang besar, bawang putih, halia dan kentang.
Suasana di bahagian luar bangunan. Kanopi dan payung para peniaga memenuhi ruangan. Agak padat dan tidak tersusun. Masa ni masih ramai peniaga yang baru tiba dan sedang bersiap bagi memulakan aktiviti jualan.
Nampak sedap pulak bawang goreng yang dijual ni. Kami membeli satu bekas bawang putih goreng harganya RM13 dan bawang merah goreng harganya RM12. Semasa entri ini ditulis, kedua-dua bekas bawang goreng yang dibeli sudah pun hampir kosong! Sedap dan rangup bawang goreng dimakan bersama nasi. Kadang makan gitu je macam makan kerepek. Mana tak cepat habis 😄
Ini pulak sejenis kekacang yang tak pernah kami jumpa. Penjual kata - kacang poi. Macam kacang tanah dan cara masak pun sama macam rebus kacang tanah. Sedap katanya. Teringin pulak nak merasa. Kami beli 1 kg dengan harga RM10/kg.
Ternampak pulak seorang peniaga baru keluarkan barang jualannya - pelbagai racun. Eh, jual racun pun ramai yang berkumpul nak membeli tau. Termasuklah kami yang sibuk nak membeli ‘ubat semut’. Harganya RM1/pek, kalau beli 6 pek cuma RM5. Terdengar seorang pembeli wanita berkata dengan nada berseloroh, “Ni bukan ubat semut, ni racun semut…”. Hehe…betul jugak kan, ubat tu penyembuh manakala racun tu mematikan.
Semasa sedang makan tadi saya nampak peniaga penjual pokok-pokok ni sedang mengeluarkan pokok-pokok dari kenderaan beliau. Tengok dari jauh pun dah berkenan dengan beberapa pokok. Cadangnya nak beli sejenis je buat hiasan dalam rumah. Tapi bila tengok depan mata terus jadi tamak, ambil tiga pokok terus 😁
Saya beli alocasia melo berharga RM28, fittonia (jenis daun kecil warna hijau) berharga RM14 dan spanish moss air plant dengan pokok orkid di atasnya berharga RM14. Dua jenis pokok (alocasia dan fittonia) saya jadikan hiasan dalam rumah, manakala sejenis lagi (spanish moss air plant + orkid) saya letak di luar rumah. Seronok sungguh dapat beli pokok, hari-hari membelek!
Foto ini saya rakam ketika berada dalam kenderaan untuk balik ke rumah setelah lebih 1 jam berada di nat. Beginilah suasana jalan raya di Nat Balai Baru. Sesak dengan kenderaan di jalan raya dan dengan kanopi/payung para peniaga yang diletakkan memenuhi bahu jalan. Kalau tak terlalu rapat dengan jalan, itu lebih bagus. Mudah dan selamat pembeli nak berjalan kaki dari kenderaan menuju ke bangunan pasar dan gerai jualan.
Apa pun, saya rasa seronok dapat ke sini. Macam-macam ada dijual - antaranya sayur, ikan, ayam, makanan, buah-buahan dan pakaian. Pendek kata, semuanya ada di sini. Disebabkan Perlis terletak berhampiran dengan sempadan Thailand, jadinya banyak juga barang jualan yang dibawa dari negara jiran. Termasuklah kacang poi yang kami beli tadi.
Nat Balai Baru beroperasi setiap hari Isnin, Rabu dan Sabtu bermula pukul 7 pagi.
nampak meriah pasar paginya
ReplyDeleteYa LM, memang meriah! Macam-macam ada 😀
DeleteFirst time dengar perkataan NAT..
ReplyDeleteHehe…sama-sama kita belajar loghat utara, Perlis khususnya.
DeleteMurah harga laksanya.
ReplyDeleteTersusun dengan nama juadah.
Kiranya nanti Puan Ujie datang ke nat lagikan?
Laksa tu nampaknya saiz hidangan kecik, sesuailah dengan harga gitu.
DeleteHarus saya datang lagi NA, mudah pergi cuti hujung minggu dan tak jauh sangat dari rumah.
Memula nak komen cantik tersusun dalam bangunan...teruskan baca...oooo kat luar pun ada ..hehee
ReplyDeleteKacang poi tu setahun sekali ja tu Ujie..saya suka yang kulit dalam dia merah..ada juga jenis kulit biji kacang tu putih
.
😄 maaf, saya kena perbaiki gaya penceritaan. Ya, ada di dalam bangunan dan luar.
DeleteOoh...gitu, terima kasih info kacang poi. Susah dapat jugak kalau setahun sekali je. Saya beli aritu jenis merah. Sedap.
Tumpah ruah pasarnya, banyak juga aneka jualan mulai dari makanan,obatan dan bunga-bunga
ReplyDeleteItulah...tak cukup dalam bangunan, di luar pun penuh para penjual.
DeleteHehe...hampir segalanya ada di sini.
Wah, PU dah pandai sebut Nat hehe...
ReplyDeleteKacang poi tu sy pun ada beli balik kampung minggu lepas. Jarang jumpa, sesekali jumpa layan juga :)
Kena belajar sesuaikan diri di tempat orang 😀
DeleteKalau jarang ada, harus membeli bila jumpa kan..
murah-murah harga makanan,barangan kat sana ye kak..kalau saya mau tiap2 minggu pergi ni
ReplyDeleteKebanyakkannya murah, tapi tak semua barang/makanan sini murah.
Deletemakan gitu je? Wah! Ini betul2 peminat bawang goreng!
ReplyDeleteSebenarnya tak minat mana pun. Tapi bawang goreng yang ni memang sedap rangup sangat, itu yang boleh makan gitu je 😁
DeleteTeringin nak pergi Perlis. Tak pernah pergi.
ReplyDeleteDone follow sini. By the way jemput join Cie ada buat segment giveaway 😊
Moga ada rezeki Cie sampai Perlis.
DeleteTerima kasih follow & jemput join GA.
seronok sarapan dekat pasar. teringat dulu pergi pasar dekat kelantan sarapan disitu :)
ReplyDeleteYelah kan...lebih kurang macam di pasar Siti Khadijah. Situ je pasar Kelantan yang akak pernah pergi.
DeleteDah stay perlis ke ? Aaaa CCL kalau pi nat balai baru ni selalu beli apam balik nipis .sedapp
ReplyDeleteHai orang Perlis 😀
DeleteAkak baru pindah Perlis bulan November lepas.
wahhhhh bestnyaaa Nat mcm ni! puas hati besar tulis nama & harga makanan siap packing mcm tu. murahnya laksa 3 ringgit je!!! nyummmm~
ReplyDeleteMemang best dan buat kita rambang mata. Itu nak, ini mau 😂
Deletekalau ikutkan bahasa utara kedah dgn p.pinang lebih kurang sama. perlis ni dia lain sikit. tak prnah dgr perkataan nat. suami nina pernah la duduk perlis bertahun2.
ReplyDeleteskrg bnyk kedai2 makanan viral di perlis tak mcm dulu.
Oo..gitu.
DeletePatutlah masa duduk Penang tak pernah dengar Nat. Rupanya memang tak gunakan perkataan tu.
Betul, kedai makan sini banyak. Orang sini kata, kedai makan lagi banyak dari orang 🤣
Best nya macam2 ada. Harga pun murah2 jugak. 2022 pernah sampai Perlis memang murah dan sedap
ReplyDeleteBaru tahu orang perlis panggil pasar pagi Nat.
ReplyDeleteMeriah
Biasa tengok Mak Ngah pergi Nat.. ni ikut Ujie pulak. Seronok tengoj Ujie beli pokok, Mak Ngah selalu tayang beli baju, hihi. (Gurau ya, Mak Ngah.. jangan majuk)
ReplyDeletemeriahnya
ReplyDeleteoh Nat tu pasar pg rupanya
Best juga berada di Perlis..dapat merasa pelbagai makanan yang istimewa dan banyak kemudahan bersantai
ReplyDeleteselamat thn baru NA. akak belajar gak satu perkataan baru hari ni. NAT ye. tq
ReplyDeleteLama saya tak BW, tau-tau dah ke Perlis kak Ujie ya. Saya suka pasar macam ni. Cuma tak suka part cari parking tu je. Hehe
ReplyDeleteRamai sekali... 😊
ReplyDeleteGeram tengok bawang dan pokok keladi!
ReplyDeletemurah laksa RM3.00 je...hihi...meriahh..
ReplyDeleteMemang terkadang beda wilayah, beda istilah ya kak. 😄. Jadi tau Nat itu pasar pagi.
ReplyDeleteIni macam beda istilah antara jakarta dan Medan. Kalo Medan di sebut pajak, tapi jakarta nyebutnya pasar. Sama2 artinya tradisional market 😄
Saya sukaaaa ke market macam ini.apalagi ada banyaak jenis jualan makanan. Murah2 pula yaaa. 😍😍. Konfirm yg ada banyak beli jajanan pasar daripada bahan2 dapur untuk masak 😂
Perlis mmg terkenal dengan makanan yang murah murah.. Laksa RM3.00 jer huhu :D
ReplyDelete