Thursday, 7 December 2017

Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, PD

AHAD, 3/12/2017

Entri ni kiranya sambungan catatan ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Kalau dalam entri DI SINI  saya cuma sempat ke pantai 'tersembunyi' (perlu melalui hutan, menuruni bukit dan mendaki untuk kembali), kedatangan kali ni akan mendaki ke BUKIT BATU PUTIH pula. 

Perjalanan bermula kira-kira jam 10.15pagi. Jom!!! 

1. Mula-mula kita akan melalui laluan tar begini. Kadang landai, kadang mendaki.


2. Lebih kurang 10minit kemudian, kita akan jumpa laluan macam ni - laluan ke BUKIT BATU PUTIH. Terletak di sebelah kanan jalan dan sebelum sampai Rumah Api (jalan depan sikit sampailah ke Rumah Api).
Saya kasi blur....takmo kena saman, tak mintak izin tuan badan. Hahaha!

Memang takde tanda arah ke Bukit Batu Putih, cuma ada papan tanda peringatan tu je. Entah kenapa pihak yang berkenaan tak buat papan tanda, padahal tempat ni di buka kepada umum dan berbayar.   


3. Merentas laluan hutan, kadang lapang macam ni dan kadang laluan kecik. 

Untuk trip kali ni bukan saya dan suami je. Tapi kami bawa bersama 2 orang anak sedara lelaki dan perempuan, mak pak derang tunggu kat Rumah Api. Budak remaja, laju je dia jalan ke depan tinggal makcik kat belakang! 


4.  Setelah merentasi hutan dalam 15minit, kami tiba di kawasan ada batu begini. Inilah puncak BUKIT BATU PUTIH! Walaupun cuma 15minit, tapi saya rasa terseksa jugak. Mencungap! Makcik umur menjelang 40, dah tua baru sibuk nak manjat. Beginilah! 😄

Sekarang, kita kena panjat batu ni pulak. Kata nak berada di puncak kan?
Boleh panjat dari mana-mana bahagian yang sesuai. Kami tak panjat ikut 👆 pun.
Panjat dengan hati-hati ya!


5. Sampai atas...WOW!
Batu putih, tumbuhan hijau, laut biru kehijauan, langit biru dengan awan memutih.
Warna alam yang indah sekali!


6. Maha Suci Allah yang menjadikan indahnya alam ini!
Macam tak percaya pulak dapat tengok pemandangan indah begini, hanya di Port Dickson. Tak perlu pergi jauh.

Pantai yang cantik dan jernih kat bawah tu pun antara pantai 'tersembunyi'. Nak sampai, kena merentas hutan, atau mungkin berkayak/naik bot dari pantai lain.


7. Masa kat atas batu-batu ni, saya langsung tak berdiri sebab takut! (bertudung biru tu anak sedara,bukan saya). Suami dan anak sedara lelaki rileks je berdiri dan berjalan merata. Kami berempat berada di sini selama lebih kurang 20minit. Tenang rasa tengok alam terbentang luas dan cantik begini. Tapi tak boleh berlama-lama, panas dek panahan matahari menghampiri pukul 11pagi.

Jom kita turun!


8. Setelah berada selama kira-kira 1jam 15minit di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, kami menuju ke Pantai Blue Lagoon. Tak jauh pun dari Hutan tadi, kira sebelah je. Air surut...maka, menapaklah ke tengah bagi yang nak main air laut! hahaha

Air jernih, bersih. Makcik jadi leka main air dengan anak-anak sedara! Tak sedar dah hampir 45minit berada kat tengah nun, di kala matahari terik tengahari. Hasilnya...'sunburn'!

INFO : Kat Pantai Blue Lagoon ni ada disediakan tandas/bilik mandi yang lengkap. Berbayar (RM1.50 untuk mandi). Air laju, siap tempat penggantung kat pintu. Tapi ruangan bilik mandi (perempuan) agak kecik sempit. Kedai makan dan gerai pun ada, tak susah nak makan. Tikar pun ada jual, kot terlupa bawak tikar untuk duduk berkelah. hehe..



 ...selesai satu catatan. masih berhutang menulis catatan trip singkat ke Jakarta...
menulis untuk rujukan peribadi dan perkongsian bagi yang memerlukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...