Monday, 16 November 2026

Jalan-jalan Pagi Menikmati Alam

Sebelum ini, aktiviti morning walk menjadi rutin pagi saya. Sekarang, sesekali je ikut bila rasa rajin nak keluar rumah 😄


Jalan-jalan pagi Rabu, 11 November 2026 | Buat kali pertama, saya kembali morning walk bertemankan si anak bulu setelah pemergian Jojo pada bulan Julai lalu. Saya sebenarnya masih trauma, rasa tak sanggup membela kucing dalam masa terdekat - perit menanggung kesedihan dan penat menangis. Takdir Allah, si anak bulu tiga warna ini muncul dan membuka pintu hati saya dan Encik Suami.

Memperkenalkan Mimi - anak bulu kedua kami. Mimi jadi kucing indoor sejak 1 November lalu setelah menjalani prosedur pemandulan.

Tak lama lagi, suasana dan pemandangan ini akan menjadi kenangan buat saya.


Jalan-jalan pagi Isnin, 16 November 2026 | Sejak petang semalam hujan turun tanpa henti membawa ke pagi ini. Entah pukul berapa curahan hujan berakhir. Pagi ini saya buka pintu rumah, nampak suasana sekitar berkabus tebal. Udara sejuk nyaman.

Sekitar 8.30 pagi, cahaya matahari muncul dan kabus pun perlahan-lahan menghilang.

Sarang kerengga dalam gumpalan daun. Walaupun kerengga nampak berbahaya, tetapi kehadirannya memainkan peranan penting dalam ekosistem.

Titisan air hujan bergantungan di hujung buah muda pokok teh pagar/kesinai. Nampak indah di pandangan saya.

Memerhatikan titisan hujan di daunan merupakan antara hal kecil yang membahagiakan saya.

Burung pucung cina, sejenis burung hijrah. Nampaknya ini musim terakhir kita ‘bertemu’.


Terima kasih Allah atas rasa nikmat memerhati alam ciptaan-Mu 🩵







No comments:

Post a Comment

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****