Friday, 27 May 2022
Eh, Dapat Kad Raya!
Thursday, 26 May 2022
Vista Point / Ipoh Rest Stop
Wednesday, 25 May 2022
Sahaja Aku Menjadi Imam
Mengembaralah Bagi Mengubati Sedih dan Kecewa
Saat hati remuk memikirkan kesedihan, keluarlah berkelana mencari makna. Nescaya kita temukan jalan keluar daripada kesedihan tersebut.
Tuntutan agama kita bukan sekadar pergi mengembara tetapi mencari hikmah di sebalik perjalanan tersebut. -petikan halaman 24.
![]() |
Buku ini bukan saja kisah perjalanan penulis menjadi imam kepada masyarakat, tetapi juga kisah penulis dalam usaha menjadi imam dalam sebuah rumah tangga. |
Solat Bersama Keluarga
Hampir semua saya tengok pasangan yang bercerai, apabila ditanya, mereka tidak punya masa beribadah bersama, tiada waktu untuk mereka solat bersama. -petikan halaman 109.
Monday, 23 May 2022
Laksa Thai di Bayan Lepas
Wednesday, 18 May 2022
Pengalaman Menjalani Rawatan Salur Akar (Root Canal Treatment) Pada Gigi Geraham (Molar)
Dan sebenarnya, memang gigi tersebutlah yang kerap sakit secara ‘datang pergi’ sejak lebih setahun lalu. Dah dua buah klinik gigi yang berbeza saya pergi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Tapi kedua-dua orang doktor gigi yang memeriksa saya gagal mengesan adanya lubang pada gigi - sebab kedudukan lubang tersorok dan tak dapat dikesan melalui pemeriksaan biasa. Kedua-dua doktor gigi bagitau kesakitan tersebut disebabkan masalah gusi susut. Saya diberi dua pilihan - cabut atau biarkan kekal (tapi akan terus mengalami rasa sakit secara ‘datang pergi’). Saya memilih bertahan, biarkan ia kekal selagi saya mampu menanggung kesakitan.
Sebabnya, jika kita cabut sebatang gigi di tengah tanpa ganti dengan gigi palsu/bridge/tanam gigi, kesannya gigi yang masih ada di sebelah kanan dan kiri mungkin akan terjejas sebab dah tak kukuh.
Berbalik kisah gigi geraham berlubang - setelah pemeriksaan dilakukan dan berdasarkan hasil x-ray gigi, Dr. Freeda (doktor gigi yang merawat saya) bagitau bahawa gigi geraham saya masih boleh diselamatkan kerana lubangnya tidak begitu besar dan struktur gigi masih kukuh. Tapi disebabkan lubang tersebut dah kena pada akar gigi, maka saya perlu menjalani Rawatan Salur Akar (Root Canal Treatment) jika mahu mengekalkan gigi geraham tersebut.
Saya akur saja kepada saranan puan doktor walaupun terasa seram membayangkan proses rawatannya dan kos yang perlu dikeluarkan. Alang-alang dah buat rawatan gusi susut dengan Dr. Freeda, saya teruskan sajalah rawatan lain di sini.
Insya Allah selagi mampu dari segi kewangan, keberanian diri dan komitmen masa, segala rawatan yang perlu akan dibuat.
Apa Itu Rawatan Salur Akar?
- Gigi yang rosak teruk atau mempunyai tampalan yang besar hingga melibatkan lapisan pulpa.
- Gigi yang telah mati (non-vital).
- Gigi yang mempunyai tampalan besar dan diindikasikan untuk pembuatan korona kadang-kadang perlu rawatan salur akar dilakukan terlebih dahulu untuk peletakan tiang dan teras.
- Ketidakselesaan atau kesakitan akan bertambah teruk.
- Jangkitan atau nanah akan terjadi pada gigi tersebut.
- Gigi mungkin terpaksa dicabut dan kebiasaannya kehilangan gigi memerlukan penggantian.
Prosedur Rawatan Salur Akar
![]() |
- Pembedahan kecil dilakukan pada gusi di antara dua gigi geraham, kerana bahagian yang berlubang berada pada kedudukan yang tersorok - di bawah gusi.
- Gigi digerudi pada bahagian tengah gigi untuk proses pembersihan salur akar.
- Tampalan sementara untuk menutup bahagian gigi yang telah digerudi.
- Jahitan pada gusi selepas pembedahan kecil.
- Buka jahitan.
- X-ray gigi.
- Tampalan pada gigi dibuka dan proses pembersihan salur akar dilakukan.
- Tampalan sementara dibuat.
- Tampalan dibuka.
- Proses pembersihan terakhir dilakukan.
- Tampalan kekal dibuat pada gigi.
Kos Rawatan Salur Akar
![]() |
Ini pula kos Rawatan Salur Akar bagi gigi geraham saya. Ubatan diberi sebab buat pembedahan kecil semasa janji temu pertama. |
Saturday, 14 May 2022
Kombo Merdeka 65 Tahun | A. Samad Said
Promosi Istimewa Pra Tempah Set Kombo Merdeka 65 Tahun A. Samad Said
Nak tempah? Klik DI SINI
Thursday, 12 May 2022
Filem dan Novel Pendidikan dari Negara Seberang
Tuesday, 10 May 2022
Pondok Style, Bayan Lepas
Sunday, 1 May 2022
Catatan Akhir Ramadan dan Eh, Esok Raya!
SABTU | 28 RAMADAN 1443 H
![]() |
Gambar bilik x-ray di klinik gigi. Tapi semalam untuk buat crown gigi tak perlu buat x-ray pun. |
AHAD | 29 RAMADAN 1443 H
EH, ESOK RAYA!
SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA SAHABAT BLOGGER!
Sunday, 24 April 2022
Kadar Zakat Fitrah Negeri 1443H/2022M & Cara Bayar Zakat Fitrah ‘Online’
WAKTU TERBAIK TUNAI ZAKAT FITRAH
Hari ini dah pun 22 Ramadan, antara perkara yang perlu kita ambil perhatian adalah berkenaan pembayaran zakat fitrah. Bilakah waktu terbaik untuk kita menunaikan zakat fitrah? Jom kita baca info pada poster di bawah :
![]() |
Poster oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan |
KADAR ZAKAT FITRAH NEGERI 1443H / 2022M
Kadar minimum bagi semua negeri adalah sama, iaitu RM7. Cuma yang berbeza ada negeri-negeri yang menetapkan kadar lain mengikut jenis beras yang dimakan. Sila rujuk poster di bawah untuk info lanjut :
![]() |
Poster oleh The Inspirasi. |
JOM BAYAR ZAKAT FITRAH SECARA ‘ONLINE’
Nak bayar zakat fitrah secara online? Boleh klik pautan di bawah mengikut negeri di mana kita bermastautin atau bekerja. Berkenaan persoalan di mana (tempat) zakat fitrah perlu dibayar, saya sertakan petikan jawapan dari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan :
Setelah meneliti pendapat makanya zakat fitrah wajib dibayar berdasarkan kepada di mana seseorang itu berada ketika masuknya waktu wajib untuk zakat fitrah iaitu bermula pada malam hari raya sehingga sampai sebelum solat hari raya. Walaupun begitu, melihat kepada realiti semasa, saya lebih cenderung kepada pendapat ihtiyat iaitu kita mengawalkan sedikit masa pembayaran sama ada sehari atau dua hari mengikut apa yang dilakukan oleh para sahabat.Justeru jika ketika itu beliau masih berada di tempat kerja dan belum pulang ke kampung, lebih elok baginya untuk dia bayar di tempat kerjanya kerana ia bersifat yakin dan tahqiq sedangkan kepulangannya ke kampung masih lagi dalam bentuk sangkaan dzan yang mungkin tidak berlaku.Begitu juga dengan pembayaran awal boleh menyelesaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan bukan dalam bentuk tergopoh gapah atau mungkin berlaku sebarang halangan yang menyebabkan terlepasnya daripada menunaikan zakat fitrah pada waktu wajibnya.
Wednesday, 20 April 2022
Kali Pertama ke Bazar Ramadan di Pulau Pinang
SABTU | 16.04.2022
Setelah hampir dua tahun menetap di PP, akhirnya saya berkesempatan juga ke bazar Ramadan di sini. Sebelum ni bukanlah tak berkesempatan dari segi masa, tapi lebih kepada malas nak keluar bersesak sewaktu berpuasa. Tapi kali ni saya mengalah juga selepas encik suami pujuk paksa. Katanya, jomlah kita tengok-tengok tempat orang. Maka dengan rasa malas, saya menurut jugalah. Kami bersiap-siap dan keluar selepas solat Asar.
Ingatkan nak pergi bazar berhampiran rumah, rupanya encik suami kata nak bawa ke bazar di belah pulau. Memikirkan lokasi agak jauh dan mungkin tak sempat berbuka di rumah, saya bawa bekal sebotol air dan bekas makanan bersama.