[Catatan Trip ke Bangkok - Hari Pertama | Rabu, 28 Jun 2023]
Malam pertama di ibu kota Thailand - selepas menikmati hidangan pertama masakan Thai di Asma Kitchen, saya dan Encik Suami berjalan-jalan di sekitar kawasan hotel penginapan.
Beginilah suasana lorong lokasi hotel penginapan kami, iaitu di Lorong Phetchaburi 7 (Phetchaburi 7 Alley atau dalam bahasa Thai - Soi Phetchaburi 7). Semasa kami makan tadi hujan turun, sekarang baru saja berhenti. Bolehlah kami berjalan-jalan melihat sekitar tempat ini.
Asma Kitchen (dalam bahasa Thai - Krua Assma), kedai makan halal yang terletak berhadapan hotel. Foto dirakam dari tangga hotel.
Kemudian jumpa kedai 7-Eleven, kami masuk sekejap melihat-lihat makanan halal. Senanglah nak membeli kalau esok (hari raya) kedai makan halal semua tutup. Kami beli juga buah pisang dan kacang sebagai kudapan.
Masjid Darul Aman terletak di sebelah kiri lorong, cuma 180 meter dari hotel. Hujung lorong ini menuju ke jalan besar. Terdapat beberapa gerai jualan makanan di simpang lorong, nampak agak meriah dengan pelanggan.
Kami menyusuri kaki lima bangunan kedai yang menghadap jalan besar, iaitu Jalan Phetchaburi. Kaki lima di sini luas, kadang-kala ada motor lalu. Walaupun tak laju, tapi kita kena peka dan berhati-hati.
Di sini juga kami nampak beberapa kedai makan halal. Antaranya - Nissareen, kedai makan yang terletak di tepi bangunan Masjid Darul Aman. Terdapat juga pilihan makanan Turki di Red Istanbul Turkish Restaurant.
Kedai makan Farida Fatornee, antara tempat makan halal yang terkenal di kalangan pengunjung Malaysia (saya tahu melalui carian di grup Facebook Backpackers Buddies Malaysia). Sayangnya kami tak ada rezeki nak mencuba hidangan di sini selama berada di Bangkok. Semasa kami lalu kedai ni (malam menjelang hari raya), ia masih beroperasi. Tapi hari-hari berikutnya kedai ini tutup sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
Kami tak dapat berada di luar lebih lama lagi. Angin mulai bertiup kencang tanda hujan akan turun sekali lagi membasahi bumi Bangkok. Perlu segera berpatah balik ke hotel Noursabah.
Alhamdulillah, sempatlah kami sampai di bangunan hotel sebelum hujan turun. Perut kenyang, badan pun letih dan ditambah dengan suasana hujan, maka saya memilih untuk tidur awal.
Pengalaman pertama kali di dalam hidup saya, malam Hari Raya Aidiladha berada di luar Malaysia dan santai saja tak perlu memasak 😄
Video berdurasi 26 saat memaparkan suasana di Jalan Phetchaburi (paparan awal) dan di Lorong Phetchaburi 7 (paparan akhir).
.
Kami pun pernah tak berhari raya haji thn 2018 kalau x silap... ptg raya haji bawak anak² ke kidzania... pg raya breakfast di hotel... ada je sedara mara di kl tp malas pulak nk terjah mereka
ReplyDeleteHehe..pengalaman kan Mim.
DeleteRaya haji orang tak berjalan ke rumah orang, memang segan jugak nak terjah.
Alhamdulillah
ReplyDeleteMudah cari makanan halal di sana
Alhamdulillah Wak
DeletePengalaman istimewa beraya haji di negeri orang. Saya pernah sambut raya haji di Bosnia dan Korea Selatan.
ReplyDeleteWoww…jelesnya kak! Nak juga rasa raya di Bosnia tu.
DeleteJalan masih termasuk lancar yaa kalau liat di video
ReplyDeleteIya, tapi ada tempat lain (mungkin pusat bandar) saya lihat sangat sesak, kenderaan sampai bersimpang siur.
Deleteselamat berwisata kakak
ReplyDeleteAlhamdulillah…sudah kembali.
Deletejauhhh uji beraya. syok jga kan tgk suasana sana tu
ReplyDeleteciknur thn ni jauhh jga raya atas katil je jauhh alam tido
Tengok tempat dan suasana baru memang sentiasa syok.
DeleteTakpe ciknur, Allah bagi rehat tu..hehe
pengalaman tu..bukan senang dapat pengalaman macam ni kan
ReplyDeleteIni pun pertama kali dalam hidup 😄
DeleteOooo... diorang punya wayar elektrik masih bersimpang siur lagi eh?
ReplyDeleteIyaa…gitulah. Barulah Thailand kan..
Deletesekali sekala beraya di luar negara pun best juga..hehehe
ReplyDeleteBest sebab pengalaman baru. Tapi tentunya lebih meriah kat tempat sendiri.
DeleteJelesnya saya. Saya pun nak juga, esok hari raya, hari ni tak payah masak. Hehe.. Bagus lokasi hotel Ujie, depan ada kedai makan, masjid dekat, tempat makan halal pun banyak.
ReplyDeleteKena plan beraya di tempat orang Nur, baru boleh takyah masak 😄
Deleteseronok baca pengalaman org. mungkin boleh cuba juga satu hari nanti 😉
ReplyDeleteBanyak restoran halal.
ReplyDeleteOh!Ya adik saya sekeluarga akan ke Bangkok minggu depan. Mungkin mereka akan singgah di sini.
Tak payah memasak??? Itu sy suka 😆
ReplyDeleteBestnya..rindu bangkok. Gi 7 eleven pun seronok dah..
ReplyDeletedulu makan dkt resto Mak Yah, satu deret dgn Farida Fatornee, tak tahu ada lagi ke tak kedai tu...mungkin takbir raya mereka berbeza dgn di tempat kita..
ReplyDeletePengalaman unik berhari raya di negara orang. Teringin jugak nak buat satu hari nanti hehe.
ReplyDeleteSeronoknya Ujie banyak pengalaman menjelajah kemerata pelosok...
ReplyDeleteSenang nak cari makanan halal. Dekat dekat dengan hotel je kan. Sesekali raya di luar. Raya luar biasa gitu.
ReplyDelete