Bila sebut rumah Rumah Orang-Orang Tua,
Kita pasti terus berkata...kejamnya anak-anak mereka!
Dari kecil dijaga, bila dewasa 'membuang' orang tua.
Kita mula melabel...anak tak kenang budi, anak derhaka!
Rumah Orang-Orang Tua...Salah ke?
Salah atau tidak...terletak pada CERITA HIDUP setiap mereka.
Bukan semua yang berada di sana kerana dibuang anak.
Ada yang merelakan diri kerana masalah peribadi.
Ada yang merelakan diri kerana tak punya anak isteri.
Ada yang merelakan diri kerana ingin penjagaan lebih rapi.
Rumah Orang-Orang Tua...
Tidaklah menjadi salah dan 'buruk' berada di sana.
Andai hidup seorang tua lebih terjaga dan terbela.
Kerana hidup tidaklah semudah disangka.
Sunday 30 December 2012
Friday 28 December 2012
Konspirasi Yahudi: Peperangan & Penaklukan
Tajuk: Konspirasi Yahudi : Peperangan & Penaklukan
Penulis: Sabaruddin Hussein
Penerbit: PTS Islamika Sdn. Bhd.
Harga: RM16 (semenanjung m'sia)
Muka surat: 130
Sebelum ni saya ada beberapa kali baca mengenai Illuminati di blog Azlan. Dari situ saya mula rasa ingin tahu lebih lanjut mengenainya. Lalu saya memilih buku ini sebagai bahan bacaan. Disebabkan ia berkisar mengenai sejarah dan teori, buku ini agak membosankan. Saya ambil masa lebih sebulan untuk menghabiskannya, baca sikit dan tutup. Yang penting, saya mesti baca tiap helaian untuk mengetahui cerita disebalik pertubuhan rahsia ini.
Sinopsis
Kandungan buku ini dibahagikan kepada empat bahagian:
- Peperangan dan muslihat.
- Peperangan dan pengukuhan kuasa Yahudi.
- Penaklukan dunia melalui proksi.
- Illuminati dan Orde Baru Dunia.
Buku ini membongkar bukti sulit yang kurang diketahui umum strategi Yahudi dalam mencipta dan mengatur peristiwa demi peristiwa dalam sejarah dunia sepanjang tempoh 100 tahun lepas. Mereka cuba merealisasikan World Super Govenment. Sedikit ringkasan fakta:
- Hasil strategi Yahudi, Perang Dunia Pertama telah meletus dan mengakibatkan runtuhnya empayar Islam terakhir iaitu Empayar Uthmaniah. Dengan itu terbukalah laluan Yahudi memiliki negara sendiri dengan merampas Palestin (antara kawasan di bawah Empayar Uthamaniah) melalui bantuan 'kuda tunggangan' mereka iaitu Britain, Perancis dan Amerika Syarikat.
- Kuasa 'veto' dalam PBB banyak melumpuhkan fungsinya. Sejak tahun 1984 Amerika Syarikat telah menggunakan kuasa veto sebanyak 32 kali berhubung ketetapan yang dilaksanakan ke atas Israel. Ini bermaksud Israel sering 'diselamatkan' oleh AS jika PBB mula mengenakan tindakan ke atas Israel.
- Illuminati adalah gerakan Yahudi yang bermatlamat menundukkan seluruh dunia di bawah pemerintahan mereka. Ditubuhkan pada 1 Mei 1776 oleh Adam Weishaupt.
-------------------------------------------------------------------
Kenapa perlu ambil tahu semua ni? Kerana untuk mempertahan diri (bangsa, agama, negara) kita perlu tahu siapa dan apa musuh kita. Juga apa strategi mereka. Mereka cukup licik dengan 'menyerang' kita dari pelbagai sudut tanpa kita sedari! Apapun, harus diingat bahawa bukan semua Yahudi itu jahat ya. Sebagai contoh, kita menentang Zionis Yahudi, bukan bangsa Yahudi secara umum.
Thursday 27 December 2012
Carik-Carik Bulu Ayam
Adik-beradik yang ramai memang seronok, meriah tiap kali bertemu.
Macam saya...ada seorang abang, lima orang kakak dan dua adik perempuan.
Hampir kesemuanya pulak jenis mulut riuh, suka bercerita.
Kalau bertemu beberapa orang je pun dah kecoh rumah mak saya.
Tapi bukan pada setiap pertemuan kami bergelak ketawa.
Terkadang situasi jadi tegang bila masing-masing menegakkan pendapat.
Tak payah bertemu, melalui sms pun boleh berbalah pendapat.
Masing-masing nak pendapatnya diterima pakai.
Tapi kalau dah memang adik-beradik...carik-carik bulu ayam,
Harini bertekak dengan ayat kasar...lama-lama bercantum juga.
Esok jumpa dah bergelak ketawa semula...riuh kecoh macam biasa.
Semalam cuma cerita semalam...harini cerita lain.
Begitulah biasanya, kami cuma berbeza pendapat dalam sesuatu hal.
Bukan bermakna benci antara satu sama lain.
Kalau semua jenis mengikut (takde pendapat) pun bosan jugak.
Masing-masing beri pendapat, barulah terasa adanya hubungan kekeluargaan.
p/s: Emm...mak kata saya paling keras hati. Adik bongsu kata, saya baik tapi garang. Ayat bela diri saya...saya cuma tegas, bukan keras hati dan garang. ^_^
Wednesday 26 December 2012
Jawapan & Pemenang Teka Buah
Ini gambar penuh buah tadi...
Cantik buahnya.. |
Pokoknya tak besar mana pun... |
JAWAPANNYA:
BUAH POKOK KARI
PEMENANGNYA:
TAHNIAH! Sangat pantas menjawab.
Tahniah juga buat UMI ALYA dan NORZIEHANY yang beri jawapan betul.
Kepada SM sila buat pilihan samada RM10 top-up (beri no. h/p & service provider) atau tunai RM10 (beri no. akaun CIMB/BSN). Email detail kat SINI ya.
Terima kasih jugak kepada korang yang berusaha menjawabnya.
p/s: Sebenarnya saya sendiri baru kenal dan tahu yang pokok kari ada buah. Gambar di atas diambil semasa saya ke Nasuha Herbs & Spices aritu.
*update: Hadiah diberikan kepada UMI ALYA (selaku orang kedua jawab betul) atas pemintaan pemenang (SM).
Buah Apakah Ini?
Petang ni jom kita main teka-teka, asah pengetahuan mengenai tumbuhan disekeliling kita. Boleh cuba sekali je tau. Pemenang dikira berdasarkan siapa jawab paling cepat dan betul. Seorang pemenang sahaja akan dipilih. Teka-teki ni akan berakhir jam 10 pagi esok. Tapi kalau cepat dapat pemenang, teka-teki ni akan ditamatkan lebih awal.
Buah pokok apakah ini?
KLU: Daunnya sering digunakan dalam masakan.
HADIAH:
1 x RM10 top-up @ wang tunai.
Selamat mencari jawapan!
Tuesday 25 December 2012
Mee Racun
Semalam ada urusan di Salak Tinggi. Lepas siap urusan, singgah makan di restoran berhampiran. Sebuah restoran biasa yang kemas dan bersih. Kelakar pulak bila baca buku menunya, sebab nama menu ada yang pelik. Kemudian pelayan restoran tu cadangkan pada suami untuk mencuba hidangan MEE RACUN. Saya pulak dah pesan Char Kuey Teow.
Banyak kan? Tak kedekut udang & ayam. Berbaloi dengan harga RM6. |
Inilah Mee Racun, pertama kali kami dengar dan jumpa. Kalau tengok namanya memang takut gak nak mencuba kan? Dihidangkan dalam pinggan besar (biasanya buat letak hidangan ikan siakap tu) dan ada pelbagai rasa...manis, masam, masin. Tak reti saya nak cerita. Tapi yang penting, saya boleh terima rasanya. Kira sedaplah! Selain ada udang dan ayam, kat bawah sekali ada telur dadar.
Bagi yang tinggal dekat-dekat Salak Tinggi ni bolehlah kalau nak cuba Mee Racun yang langsung takde racun ni. Nama restoran ni FLM CAFE. Lokasinya di Jalan Seroja 6, Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor. Terletak di sebelah butik t-shirt muslimah Ilham Najwa.
Saturday 22 December 2012
Restoran Herba Nasuha
Khamis lalu ke Nasuha Herbs & Spices yang terletak di KM 19, Jalan Muar-Pagoh, Johor. Kat situ kita boleh buat lawatan ke ladang herba, ada resort, spa dan restoran herba. Tapi saya & keluarga cuma ke Restoran Herba Nasuha, untuk mencuba hidangan berherba. Bagi yang nak info lanjut mengenai Nasuha Herbs & Spices ni, sila klik SINI.
Atas- penunjuk arah, juga tempat yang sesuai untuk berfotografi.
Bawah- Pintu masuk ke kaunter utama, muzium, jualan herba dan restoran. Kena bukak kasut untuk masuk ya.
Masuk dari pintu tadi, ada kaunter di sebelah kiri dan di sebelah kanan ada ruang muzium dan jualan produk berasaskan herba dan rempah.
Atas- Teh herba pelbagai jenis yang dijual. Juga terdapat dalam bentuk pil.
Bawah- Pelbagai rempah...saya beli rempah soto.
Kalau terus je...akan ke pintu masuk restoran. Dekorasi kat pintu pun dah sangat menarik dan unik!
Dekorasi dalaman restoran dengan sentuhan alam semulajadi dan bertemakan kesihatan.
Perhatikan lantai, kerusi meja, dinding dan keseluruhan ruang...terasa dekat dengan alam!
Makanan istimewa di sini...Nasuha Herbal Briyani. Ada briyani ayam, daging dan kambing. Untuk briyani ayam ni harganya RM13.90. Rasanya lebih kurang macam nasi briyani biasa, dan memang sedap! Kalau order nasi briyani ni dapat sekali Teh Herba. Kita boleh pilih herba ikut masalah kesihatan kita, antaranya Centella dan Noni. Rasa teh herba ni tak pahit tau, tawar semacam je. Selain nasi briyani, ada menu lain seperti Nasi Goreng Herba, Mee Bandung Herba dan Mee Kari Herba.
Cara ke sini? Dari Lebuhraya PLUS, keluar Plaza Tol Pagoh. Ambil arah ke kiri. Nasuha Herbs & Spices terletak kira-kira 3km dari tol tadi.
Wednesday 19 December 2012
Ikan Ayam
Lauk Ikan Ayam masak Kuning. |
Korang tau tak kewujudan ikan ni?
Ia dipanggil IKAN AYAM. Nama sebenar tak tau.
Saya ni kira baru jugaklah tau dan jumpa ikan ni.
Dipanggil 'ikan ayam' sebab isinya macam daging ayam.
Tapi rasanya tak macam daging ayam pun, rupa je.
Ikan ni sesuai jugak dimasak kari, juga boleh dibuat sup.
Macam dalam gambar atas ni, mak (mertua) saya masak Kuning.
Meh kita tengok rupa asal ikan ni..macam pelik sikit kan?
(sumber: blog INI) |
p/s: Sekarang ni dah kat kampung di Johor. Nasib line internet ok!
Tuesday 18 December 2012
Kesamarataan Gender...Satu Perjuangan?
Saya tersenyum setiap kali ada seorang Muslim yang sibuk memperjuangkan 'kesamarataan gender'. Merasa kasihan pun ada. Kasihan...dia masih belum tahu yang Islam sudah lama mengamalkan kesamarataan gender. Allah tidak pernah membezakan antara lelaki dan perempuan, tetapi Allah membezakan PERANAN antara keduanya. Perbezaan peranan yang bertujuan untuk saling melengkapi dan berkasih-sayang, bersesuaian dengan sifat seorang lelaki dan perempuan. Bukankah sifat dan keupayaan keduanya berbeza?
Perjuangan golongan ini bertumpu kepada 'apa yang lelaki boleh, perempuan pun mesti boleh'. Jika ada 10 orang CEO lelaki, mesti ada 10 orang CEO perempuan jugak! Apa salahnya CEO lelaki lebih ramai? Tak adilkah? Adil bermaksud meletakkan sesuatu betul pada tempatnya. Kalau memang lelaki dijadikan Allah dengan segala sifat kepimpinannya, memang adil mereka lebih ramai jadi CEO. Tapi kalau memang ada perempuan yang layak, pun boleh jadi CEO. Bukan kerana kuota kesamarataan gender, tapi kerana mereka benar-benar layak memimpin.
Bagi saya, kalau kita bersungguh nak mempertingkatkan kualiti insan maka perbaikilah sistem kekeluargaan. Kembalikan peranan sebenar lelaki dan perempuan. Kalau perempuan pun sibuk mengejar kedudukan dan pangkat atas dasar 'apa yang lelaki boleh, perempuan pun boleh', pastinya terabai keluarga yang sangat memerlukan sentuhan lembut seorang perempuan. Hentikanlah sebuah perjuangan yang tidak berasaskan Islam.
p/s: Membela nasib wanita teraniya dalam rumahtangga (dinafikan hak isteri, deraan fizikal/mental)...itulah antara perjuangan yang sangat diperlukan.
Monday 17 December 2012
Aksi Mereka...
Saya sebenarnya suka ambil gambar serangga/haiwan.
Tapi hasilnya memang tak memuaskan, blur semacam. Maklumlah, kamera biasa-biasa je.
Haiwan ni bukan boleh kita dekat, larilah dia. Kenalah zoom kamera, tu yang jadi blur.
Ketam ni jumpa masa kat pantai Merang aritu. Biasa jumpa yang kecik. Kali ni memang besar. Syok main acah-acah dengan ketam ni, nilah gaya dia nak melepaskan diri masuk laut.
Gambar ni baru berjaya diambil pagi tadi, ikut celah-celah daun pintu dapur. Sebelum ni saya pernah buat entri pasal tupai yang selalu masuk rumah, inilah tupainya. Rasanya banyak lagi, sebab yang masuk tu saiznya ada kecik ada besar. Pelik kan? Tupai boleh ada kat taman perumahan dan rajin pulak masuk dalam rumah. Kat kampung memang ada, tapi tak pernah berani masuk rumah. Mungkin sebab takde pokok nak panjat, tupai kat sini bertukar sifat. Teringat masa mula-mula terjumpa dulu, menjerit geli sebab ingatkan tikus. Padahal mana ada tikus berani jalan siang-siang, depan mata kita pulak tu. Kesian pulak kat tupai ni...hilang habitat asal.
Sunday 16 December 2012
Untuk Peminat CROCS
Ada peminat kasut Crocs?
Saya minat, tapi cuma ada sepasang je pun..
Tak perlu beli banyak sebab satu je pun sesuai ke mana-mana.
Ringan, tahan lasak, tahan air...pendek kata memang mudah dan selesa!
Sepasang tulah saya bawak ke hulu ke hilir.
Balik kampung, kenduri kawin, jalan-jalan hujung minggu,
Sampai ke mandi laut dan ke sungai/jeram.
Sekarang dah lebih 2 tahun saya pakai.
Berbaloi-baloi dengan harganya.
Sebelum tu ada beli kasut jenama lain,
Tapi lepas 'berkenalan' dan 'jatuh cinta' dengan Crocs ni...
Kasut lain terbiar sepi dalam almari kasut.
Sesekali ada pakai, tapi memang tak seselesa Crocs.
Terasa berat, bila terkena air lambat kering,
Dan yang pasti kasut biasa memang 'takut' dengan air (lecak/sungai/laut).
Semalam saja masuk kedai Crocs, sebab saya ada kupon diskaun 20% (tamat 31/12/12).
Rupa-rupanya ada dua lagi tawaran...
Untuk Year End Sales (YES) diskaun 30% bagi belian kedua (yang pertama harga biasa).
Untuk yang sambut Hari Lahir pulak, memang dapat diskaun 30%.
Boleh je guna hari lahir orang lain, yang penting tunjukkan salinan I/C.
Tawaran YES berakhir hujung bulan ni,
Tawaran Hari Lahir sehingga bulan Jun 2013.
Info bagi korang yang minat kasut Crocs...
Kalau nak dapat kupon 20%, layari laman web Crocs.
Untuk diskaun YES sah di mana-mana cawangan, terus pergi je.
Untuk diskaun Hari Lahir, saya tak pasti pulak.
Yang saya pergi ni cawangan di Jusco/Aeon Cheras Selatan.
p/s: Blog saya 'tukar' baju. Tulisan untuk entri ni okey tak? Kalau susah baca, bagitau ya.
Friday 14 December 2012
Pendidikan Seks: ASAS 4, 5 & 6
[entri sambungan siri PENDIDIKAN SEKS UNTUK ANAK]
Ini entri terakhir untuk siri ini. Untuk asas seterusnya..
ASAS 4 : PISAHKAN TEMPAT TIDUR
Rasulullah s.a.w. bersabda, yang bermaksud:
"Perintahkanlah anak-anak kamu supaya menunaikan solat apabila usia mereka tujuh tahun. Apabila usianya 10 tahun pukullah mereka seandainya mereka ingkar, dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara anak lelaki dan perempuan).
(hadis riwayat Abu Daud)
Pemisahan tempat tidur ketika usia anak 10 tahun, atau dari 7 hingga 10 tahun (menurut pendapat lain) kerana kecenderungan dan dorongan seksual mula berkembang pada usia ini. Dua orang anak (walau sama jantina) tidak boleh tidur di dalam sehelai selimut. Dan anak lelaki tidak boleh tidur sebilik dengan anak perempuan. Pengabaian aspek ini boleh membawa kepada 'hubungan terlarang' sesama adik-beradik dan kes 'sumbang mahram'.
ASAS 5: TIDUR MENGIRING KE KANAN
Ia adalah sunnah Rasulullah s.a.w., antara sebab lain ia membantu untuk mencegah timbulnya nafsu syahwat anak. Tidur yang tidak digalakkan ialah tidur meniarap, yang boleh membangkitkan syahwat mereka. Jadinya ibubapa perlu mendidik anak agar biasa untuk tidur mengiring ke kanan.
ASAS 6: PERGAULAN BEBAS
Ibubapa bertanggungjawab memastikan anak-anak tidak bergaul terlalu bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Ambil tahu aktiviti mereka dan dengan siapa mereka bergaul. Pergaulan bebas boleh membawa kepada masalah zina.
[sumber: solusi isu 44, hanan.com]
*entri berkaitan- ASAS 1 dan ASAS 2 & 3.
---------------------------------------------------------------------
Sebelum ni sibuk dengan isu nak memperkenalkan subjek pendidikan seks seawal di sekolah rendah, tujuannya nak mengatasi kes buang bayi yang makin berleluasa. Semua pihak memberi pelbagai cadangan. Tapi kita lupa masalah pokok bagi kes buang bayi adalah disebabkan dorongan seksual yang negatif. Lalu membawa kepada zina dan rogol (juga sumbang mahram). Oleh itu, cara penyelesaiannya adalah dengan kembali mengamalkan hidup berkeluarga menurut garis panduan Islam. Semoga 6 asas ini menjadi panduan buat ibubapa.
Thursday 13 December 2012
Wednesday 12 December 2012
Cerita Tarikh
Harini 12/12/12. Tarikh yang cantik, bukan istimewa.
Tiada beza tarikh secantik ini dengan tarikh-tarikh lain.
Kerana setiap tarikh terlalu istimewa, tak mungkin berulang!
Setiap tarikh ada ceritanya sendiri. Mungkin suka, mungkin derita.
Biarpun 7/9/12 bukan tarikh cantik, tapi pasti terlalu istimewa.
Andai itu detik bahagia kita, yang tak mungkin terpadam dari memori.
Tarikh yang kelihatan tak cantik itu, menjadi sangat cantik di hati kita!
Tarikh itu menjadi istimewa kerana peristiwa indahnya.
Sekalipun 10/10/10 tarikh yang amat cantik, tapi belum tentu istimewa.
Andai itu detik menyayat hati, yang terlalu pedih untuk dikenang.
Tarikh yang kelihatan cantik itu, menjadi buruk di hati kita!
Tarikh itu menjadi buruk kerana peristiwa hitamnya.
Apa ada pada tarikh?
Peristiwa hari tersebutlah yang menentukannya!
Tiada beza tarikh secantik ini dengan tarikh-tarikh lain.
Kerana setiap tarikh terlalu istimewa, tak mungkin berulang!
Setiap tarikh ada ceritanya sendiri. Mungkin suka, mungkin derita.
Biarpun 7/9/12 bukan tarikh cantik, tapi pasti terlalu istimewa.
Andai itu detik bahagia kita, yang tak mungkin terpadam dari memori.
Tarikh yang kelihatan tak cantik itu, menjadi sangat cantik di hati kita!
Tarikh itu menjadi istimewa kerana peristiwa indahnya.
Sekalipun 10/10/10 tarikh yang amat cantik, tapi belum tentu istimewa.
Andai itu detik menyayat hati, yang terlalu pedih untuk dikenang.
Tarikh yang kelihatan cantik itu, menjadi buruk di hati kita!
Tarikh itu menjadi buruk kerana peristiwa hitamnya.
Apa ada pada tarikh?
Peristiwa hari tersebutlah yang menentukannya!
------------------------------------------------------------------------------------
Masih ingat peristiwa kemalangan ngeri bas ekspress Delima bertarikh 10/10/10 di Lebuhraya PLUS? Tragedi yang mengorbankan 12 nyawa itu mudah saya ingat kerana tarikh 'cantiknya' dan saya sendiri berada di kawasan kejadian.
Imbas kembali...saya dan suami bergerak keluar dari rumah mak (suami) di Batu Pahat agak lewat petang. Setiba di lebuhraya PLUS, kenderaan bergerak lancar. Sehinggalah tiba di suatu kawasan, tiba-tiba kenderaan di hadapan bergerak perlahan. Saya lihat ke jalan dari arah bertentangan, hampir tiada kenderaan. Hanya ada sebuah dua sahaja. Tak lama kemudian, saya lihat ada beberapa kereta yang sedikit remuk di jalan tadi. Kereta kami masih bergerak perlahan dalam kesesakan dan berada di lorong ketiga. Saya lihat ada kesan kemalangan pada pembahagi jalan, kemudian baru nampak sebuah bas yang terbalik di tengah jalan pada arah bertentangan dan ramai orang berkerumun di tempat kejadian. Tak lama, keadaan jadi kecoh bila bas tadi mula mengeluarkan asap tebal. Saya mula cemas sebab kedudukan kereta kami betul-betul bersebelahan dengan bas yang berasap tu (dipisahkan oleh pembahagi jalan). Ada seorang yang menjerit-jerit bagi arahan agar semua kenderaan segera beredar, bimbang bas akan meletup dan terbakar. Mulut saya tak berhenti membaca ayat kursi sebagai pendinding, sangat risau sebab kenderaan bergerak sangat perlahan. Alhamdulillah, kami selamat beredar dari zon kemalangan dan bas tu pun tak terbakar (menurut berita).
Tuesday 11 December 2012
Kopi Tahi Gajah @ Black Ivory Coffee
Saya cuma tahu Kopi Musang Luwak,
Rupanya Kopi Tahi Gajah pun ada jugak!
Nama sedapnya 'Black Ivory Coffee'.
Dihasilkan melalui proses penghadaman oleh gajah Thai di utara Thailand.
Sejurus lepas gajah mengeluarkan najisnya, biji kopi terus diambil dari najis tersebut.
10,000 biji kopi diperlukan untuk menghasilkan 1kg 'Black Ivory Coffee'.
Kopi ini dikatakan cuma mempunyai 1% kandungan kafein.
Disebabkan ciri-ciri di atas, harga kopi ini menjadi mahal.
Kopi ini dijual dengan harga USD44 untuk 35g!
Apa hukum minum kopi ni di sisi Islam?
Jika cukup syarat-syaratnya maka hukumnya HARUS untuk diminum.
Tapi kalau tak cukup syarat, jadi HARAM.
Sila rujuk fatwa kebangsaan mengenai 'hukum minum kopi luwak'.
Sama je sebab keduanya melalui proses perkumuhan haiwan.
Sekalipun tak jatuh haram, saya tetap tak lalu nak menikmatinya.
Nasib baik harganya mahal, kemungkinan terbeli atau terminum tu kurang.
*website 'Black Ivory Coffee': INI
Rupanya Kopi Tahi Gajah pun ada jugak!
Nama sedapnya 'Black Ivory Coffee'.
Dihasilkan melalui proses penghadaman oleh gajah Thai di utara Thailand.
Sejurus lepas gajah mengeluarkan najisnya, biji kopi terus diambil dari najis tersebut.
10,000 biji kopi diperlukan untuk menghasilkan 1kg 'Black Ivory Coffee'.
Kopi ini dikatakan cuma mempunyai 1% kandungan kafein.
Disebabkan ciri-ciri di atas, harga kopi ini menjadi mahal.
Kopi ini dijual dengan harga USD44 untuk 35g!
Apa hukum minum kopi ni di sisi Islam?
Jika cukup syarat-syaratnya maka hukumnya HARUS untuk diminum.
Tapi kalau tak cukup syarat, jadi HARAM.
Sila rujuk fatwa kebangsaan mengenai 'hukum minum kopi luwak'.
Sama je sebab keduanya melalui proses perkumuhan haiwan.
Sekalipun tak jatuh haram, saya tetap tak lalu nak menikmatinya.
Nasib baik harganya mahal, kemungkinan terbeli atau terminum tu kurang.
*website 'Black Ivory Coffee': INI
Sunday 9 December 2012
Durian IOI @ D168
Petang tadi dalam hujan gerimis, masih berkesempatan ke gerai durian yang terkenal berhampiran rumah saya ni (di Jalan Dengkil). Terkenal sebab gerai buahnya besar dan ada disediakan meja/kerusi untuk pelanggan menikmati durian di situ. Kelebihan makan terus durian kat situ, kalau buah tak elok boleh terus tukar. Kiranya tak rugilah duit kita membayarnya.
Mulanya hajat kami suami isteri nak merasa Musang King, tapi penjual gerai tu syorkan IOI. Paling sedap katanya. Kalau D24 pulak ada rasa pahit, masih kurang sedap. Jadinya kami ambil dua biji durian- sebiji Musang King dan sebiji IOI. Jumlah berat 2 biji durian- 4kg. Harga? Musang King RM20/kg (mahal gila kan!), tapi sebab beli yang dah merekah hujungnya boleh dapat RM10/kg. IOI pulak lebih murah RM10/kg. Bukan makan berdua je, tapi makan dengan adik ipar dan isterinya.
Inilah durian IOI atau D168. Pertama kali dengar jenis ni sebenarnya tau. Yang ni lain macam sikit sebab kat tengah-tengah pun ada durian. Bukan seulas tau, tapi ada 2 ulas lagi kat dalam tu. Si penjual siap pesan suruh ambik gambar durian ni sebab jarang jumpa begini. Rasanya? Memang lebih lemak dan manis berbanding Musang King!
Yang berlonggok kat bawah ni durian kampung. Harganya 10 biji - RM60. Banyak lagi dalam bakul-bakul kat tepi tu.
p/s: Kalau siapa hantu durian ni memang puas makan kat sini. Banyaak sangat durian, geram tengok. Saya pulak makan sekadar nak merasa je. ^__^
Saturday 8 December 2012
Pendidikan Seks : TUTUP AURAT & TUNDUKKAN PANDANGAN
[sambungan Pendidikan Seks: ASAS I]
ASAS 2: MENUTUP AURAT
Perintah menutup aurat bagi lelaki dan perempuan adalah satu konsep awal pendidikan seks dalam Islam. Ini kerana aurat adalah bahagian tubuh yang mampu membangkitkan nafsu syahwat. Sebab itu dalam ASAS 1 ibu bapa kena didik anak (yang sudah baligh) meminta izin sebelum masuk bilik ibu bapa. Tujuannya untuk memelihara aurat ibu bapa.
Oleh itu, ibu bapa WAJIB mendidik anak-anak untuk menutup aurat mereka dan ibu bapa sendiri harus menunjukkan contohnya. Aurat perlu dijaga bukan sahaja semasa di luar rumah, tetapi juga semasa dalam rumah bersama ahli keluarga lain. Walaupun semasa bersama ahli keluarga (iaitu mahram) aurat seorang perempuan dengan mahramnya adalah dari pusat hingga ke lutut, tetapi seorang perempuan itu masih PERLU menutup mana-mana bahagian tubuh yg boleh merangsang nafsu lelaki. Perkara ini bila diabaikan mungkin boleh menyumbang kepada kes 'sumbang mahram'.
ASAS 3: MENUNDUKKAN PANDANGAN
Firman Allah yang bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan."
(Surah an-Nur : ayat 30)
"Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mata mereka (daripada memandang yang haram), memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka."
(Surah an-Nur : ayat 31)
Berdasarkan ayat-ayat di atas, jelaslah LELAKI dan juga PEREMPUAN perlu sentiasa menundukkan pandangan daripada aurat yang tidak halal bagi mereka. Tujuannya adalah untuk memelihara daripada dorongan seksual negatif. Jika anak-anak sudah terdidik dari kecil, Insya Allah mereka akan terbiasa untuk memelihara pandangan.
(sumber: Solusi isu 44, iluvislam, imamudasyraf)
p/s: Walaupun ni asas pendidikan seks untuk anak-anak, tapi ia juga peringatan buat kita (terutama diri saya yang menulis). Dunia alam maya yang begitu terbuka terkadang buat kita alpa atas segala suruhan dan larangan Allah.
Friday 7 December 2012
Ke Makam Bonda : Dari Puisi Menjadi Lagu
Kemboja...sinonim dengan kuburan. |
KE MAKAM BONDA
Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan
Karya : Usman Awang (1955)
(credit: puisiemas)
Puisi yang begitu menyentuh hati ini kemudiannya digubah menjadi lagu oleh Siso Kopratasa, seterusnya didendangkan oleh kumpulan nasyid UNIC. Sebagaimana karya asalnya, lagu Ke Makam Bonda juga turut mendapat sambutan yang baik. Bagi yang belum pernah mendengarnya, dengarkanlah...
p/s: Saya sebenarnya suka lagu-lagu yang diadaptasi dari puisi, bahasanya indah dan menyentuh jiwa.
Thursday 6 December 2012
Kursus Bina Negara
Harini konon nak kemas dokumen dalam fail, tengah menyelak-nyelak jumpalah sijil ni. Sijil Kursus Bina Negara atau biasa sebut Kursus BTN. Kursus ni wajib bagi pelajar-pelajar tingkatan 4 sekolah saya. Sekolah lain saya tak pasti macamana. Terus terimbau kenangan berbelas tahun lalu (sebenarnya dekat 20 tahun dan terus sedar diri dah tua!).
Kursus selama 5 hari ni diadakan di Kem Warisan Bukit Cempedak, Linggi/Melaka. Masa tu saya bersekolah asrama di Seremban, jadinya taklah terlalu jauh. Cuma ke negeri jiran je. Kem ni menarik sebab terletak di tepi sungai dan masih dikelilingi alam semulajadi. Dorm yang saya duduk pun betul-betul tepi sungai, cantik je pemandangan siang hari. Kalau waktu malam ramai askar berkumpul kat lapangan tepi dorm, bila siang tak perasan pulak ke mana mereka. Bab makan memang cukup, sebab banyak kali waktu makannya. Yang kurang best, bab bilik mandi dan tandas. Takde bilik air tapi ada satu kolah besar, kena mandi ramai-ramai. Tandas pulak satu je untuk dorm kami, dan asyik ada katak.
Disebabkan kami dari sekolah agama, pihak sekolah minta tiada percampuran aktiviti antara pelajar lelaki dan perempuan. Bukanlah tak campur langsung, tapi bila buat group tu takdelah campur jantina. Termasuklah untuk aktiviti merentas hutan dan turun bukit guna tali, kalau group perempuan tu memang takde bantuan langsung dari kawan lelaki. Mencabar tapi sangat seronok.
Cerita yang paling saya ingat, ada satu pagi tengah berkawad tiba-tiba seorang kawan lelaki jatuh pengsan. Tak lama kemudian diikuti kawan-kawan lelaki yang lain, kira ramailah jugak. Semua tertanya-tanya, kenapa lelaki je yang pengsan tapi perempuan sihat-sihat je. Puncanya? Tandas dorm lelaki dah takde air selama beberapa hari, jadinya tak dapat 'buang hajat besar'. Bahaya betul kalau tak buang benda kotor kan.
Kesimpulannya, saya sangat enjoy dengan kem ni. Tak perlu cerita panjang lagi, biar saya tersenyum sorang mengimbau kenangan lalu. Sekarang ni ada lagi ke kursus BTN untuk pelajar sekolah menengah? Sebab sekarang ada PLKN. Korang pulak, ada kenangan di kem BTN ni?
*nak tau sejarah & kontroversi berkaitan BTN? SINI.
Wednesday 5 December 2012
Pendidikan Seks : MINTA IZIN MASUK BILIK TIDUR
Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan, termasuklah dalam soal PENDIDIKAN SEKS untuk anak-anak. Cuma kita mungkin terlepas pandang bahawa dalam perintah Allah dan panduan yang diberi oleh Rasulullah s.a.w. itu sebenarnya merupakan satu pendidikan seks.
Terdapat beberapa ASAS PENDIDIKAN SEKS UNTUK ANAK-ANAK, saya pecahkan kepada beberapa entri untuk mudah saya menulis dan mudah korang membacanya.
ASAS 1 : MEMINTA IZIN MASUK KE BILIK IBU BAPA
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh antara kamu meminta izin kepada kamu (sebelum masuk kepada kamu) dalam tiga masa: iaitu sebelum sembahyang subuh, ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari dan sesudah sembahyang isyak.
Itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya) dan mereka tidaklah bersalah kemudian dari masa yang tersebut, (kerana mereka) orang yang selalu keluar masuk kepada kamu dan kamu sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain.
Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang yang tersebut dahulu meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
(Surah An-Nur: 58-59)
Jadi, ibubapa kenalah didik anak untuk minta izin (ketuk pintu) sebelum nak masuk bilik ibubapa dalam tiga waktu tersebut. Kenapa TIGA WAKTU tersebut?
- Sebelum solat Subuh - kerana ini waktu kebiasaan ibu bapa sedang tidur atau baru bangun tidur. Berkemungkinan ketika ini aurat ibu bapa sedang terdedah.
- Waktu tengah hari (sebelum Zohor) - kerana ini waktu biasa ibu bapa berehat atau tidur sebentar. Berkemungkinan sedang membuka/menyalin pakaian dan terdedah aurat.
- Selepas Isyak - kerana ini waktu biasa ibu bapa bersiap-siap untuk tidur atau berehat dalam bilik dan berkemungkinan aurat sedang terdedah.
Kita tahu bahawa aurat yang terdedah mungkin boleh membangkitkan nafsu (walaupun dengan mahram sendiri). Sebab itulah aspek AURAT ditekankan dalam ayat di atas. Selain itu, jelas Islam menitikberatkan hal berikut:
- adab meminta izin untuk masuk ke ruangan/rumah orang lain.
- adab menghormati waktu 'privacy' orang lain.
- adab memelihara kehormatan orang lain.
[sumber: Solusi isu 44 & hanan.com]
*PENDIDIKAN SEKS...BERMULA DARI RUMAH*
Tuesday 4 December 2012
MAHA: Hang Tuah?
Antara yang menarik perhatian di MAHA 2012 tempohari...
Model produk KOPI HANG TUAH ni.
Pertama kali jumpa model ni (orang yang sama), masa MAHA 2010.
Dia berdiri gini macam patung hidup. Sesekali ada jugak mata dia berkelip.
Walau ramai yang sibuk ambil gambar / bergambar di sisinya, dia tetap jadi patung.
Kagum tengok daya tahannya, mesti dah puas berlatih untuk hasil yang sempurna gini.
Monday 3 December 2012
Ciri-Ciri Bomoh SESAT
BOMOH bermaksud pengamal perubatan tradisional. Ianya terbahagi kepada dua:
- Tidak Sesat (mengamalkan cara Islam iaitu jampi menggunakan ayat al-Quran)
- Sesat (tidak mengamalkan cara Islam)
Umumnya dikalangan masyarakat kita, jika disebut bomoh maka ia sinonim dengan kesesatan. Bagaimana kita nak mengenalpasti BOMOH SESAT? Menurut Ustaz Sharhan Shafie, berikut ciri-cirinya:
- ada TENGKORAK binatang di rumahnya.
- MENURUN/berubah watak.
- menggunakan ASAP (info: asap adalah makanan jin).
- beri pesakit TANGKAL/AZIMAT.
- mengenakan PENGERAS (cth: sejumlah wang/pulut kuning/kambing putih).
- pakaian TAK TUTUP AURAT (cth: berseluar pendek)
- sering BERCAKAP BESAR (cth: mengaku mampu sembuhkan macam-macam penyakit)
Selain daripada senarai di atas, ciri-ciri utama tentunya bomoh sesat tersebut TIDAK menggunakan ayat al-Quran atau menggunakan ayat al-Quran yang salah. Biasanya bacaan mereka tak jelas.
p/s: Malangnya masih ramai yang percaya bomoh sesat, walaupun dah puas kita nasihat/bagitau.
Sunday 2 December 2012
MAHA: D.C
Semalam (Sabtu) pergi MAHA. Sebenarnya tak suka ke tempat sesak macam ni. Tapi sebab suka dan nak beli pelbagai makanan IKS tempatan, saya rajinkan diri jugak. Yang penting ada perancangan bila nak ke MAHA ni, jangan main redah je. Cari/dapatkan peta MAHA dan tentukan tujuan kita sebab kawasan ni amatlah luas. Saya dan suami sepakat untuk ke bahagian AgroBazaar sahaja, yang terletak paling hujung di antara blok-blok pameran. Untuk mudah keluar, kami pilih kawasan parking yang terakhir. Untuk entri ni saya cerita pasal DURIAN CREPE (D.C), sebab ia makanan popular sekarang.
Booth ni menjual Durian Crepe yang dihasilkan di situ. Dapatlah saya tengok macamana buatnya. Macam senang je tau. Amik yang macam kulit popia tu, letak durian dan krim, lipat-lipat..dah siap! Tapi rasanya yang leceh nak hasilkan 'kulit' tu kot.
Bila dah tengok, saya pun belilah satu bekas ni. Lagi pun memang tak pernah makan atau jumpa orang jual. Harganya RM8 untuk 6 biji saiz kecil. Kalau saiz besar RM8 untuk 4 biji. Menurut si penjual, harga ni khas untuk MAHA je. Entahla kan, pertama kali beli.
Balik tu saya masukkan dalam peti ais dulu. Lepas beberapa jam baru makan. Rasanya? Sedap jugak. Tapi macam makan durian letak krim jelah. Takde la sedap sangat-sangat sampai teringat-ingat. Kami sama-sama lebih suka makan durian macam biasa tu. Itu pendapat saya dan suami.
*nak resepinya? INI.
Saturday 1 December 2012
Anda Bijak Jauhi Zina
Tarikh: 31 Disember 2012 - 1 Januari 2013
Tempat: Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.
Penyertaan: Terhad kepada 2000 peserta sahaja.
Bayaran: Percuma!
Program HIMPUNAN 1000 JIWA 1 HATI merupakan satu siri program 'Anda Bijak Jauhi Zina'. Antara tujuan program adalah bagi menyediakan alternatif hiburan yang baik untuk para remaja dan belia menyambut sambutan tahun baru. Himpunan ini turut menjemput para artis, pertubuhan mahasiswa dan badan-badan lain untuk bersama remaja/belia menyambut TAHUN BARU 2013 secara SIHAT DAN BERAKHLAK.
BERMINAT TURUT SERTA? Remaja/belia boleh memilih untuk jadi peserta atau fasilitator dengan mendaftar di SINI. Kalau minat kena daftar cepat ya, sebab sambutan nampaknya menggalakkan. Untuk Fb program ni, sila KLIK SINI.
p/s: Untung jadi remaja zaman sekarang, macam-macam pengisian baik disediakan. Cuma perlu buat pilihan je. Nak ke tak nak?
Friday 30 November 2012
Satay Southern Fresh
Hidangan makan malam tadi. Sate segera jenama Southern Fresh, keluaran PPNJ (Pertubuhan Peladang Negeri Johor). Ada 20 cucuk dan dijual dengan harga RM9.50 sebungkus (cuma 48sen secucuk). Dah pernah beberapa kali beli, rasanya memang tak mengecewakan.
Sebelum tu saya dah rebus ketupat segera untuk dimakan bersama sate ni. |
Boleh digoreng atau dibakar. Sebelum ni saya goreng dalam periuk kecil, sebab tak mau tergoreng lidi dia sekali. Masa goreng tu, baunya memang meyelerakan sangat. Tapi untuk malam tadi saya 'bakar' guna Microwave Oven. Baunya memang tak naik, tapi rasanya masih tetap sedap!
Sate ni tak disertakan kuah kacang. Tapi taklah kering macam sate biasa. Ianya penuh berempah dan sedap dimakan walau tanpa kuah kacang. Kiranya kalau sesekali nak kelainan, bolehlah cuba makan sate tanpa kuah ni.
Kat mana nak beli? Sebenarnya susah sikit nak jumpa. Yang ni suami saya beli kat MAHA di Serdang petang semalam. Selain tu boleh cari kat Tesco (Shah Alam), Jalan Banang (Batu Pahat, Johor) dan kat kedai jualan di kilangnya yang terletak di Machap, Simpang Renggam (Johor). Ni menurut kata penjual semalam, mungkin ada kat tempat lain jugak. Kalau korang terjumpa, tak rugi beli dan mencubanya sendiri.
Thursday 29 November 2012
Wednesday 28 November 2012
Sutra Beach Resort
Dua hari tak menulis diblog, kelmarin (Isnin) melalui perjalanan yang panjang dari Setiu ke Bangi. Sampai rumah hampir jam 12 tengah malam. Sebabnya saya dan suami banyak menyinggah. Semalam (Selasa) seharian kepenatan, banyak benda nak dikemas. Tanaman pasu pulak semua mati, tinggal satu je yang bertahan-Lidah Jin.
15 hari tinggal kat resort membuatkan saya rasa lain macam bila balik rumah sendiri. Kembali buat kerja rumah, takpe lagi. Tapi nak melupakan irama ombak dan indahnya pantai, itu bahagian yang terasa berat. Ada rindu! Disebabkan dah duduk lama, haruslah saya cerita pasal resort ni pada sudut pandangan saya.
Ada 3 jenis bilik: Standard, Deluxe Garden View & Deluxe Sea View. Untuk lebih lanjut, korang boleh ke laman web Sutra Beach Resort. Sekarang ni harga turun sikit sebab musim tengkujuh.
Pemandangan dari balkoni bilik 'Sea View'. Bilik jenis ni sangatlah sesuai untuk korang yang nak berbulan madu sebab pemandangan yang terus menghadap lautan. Sangat dekat dengan pantai, terutamanya waktu malam bila air pasang. Pulau yang ada tu-Pulau Bidong. Pulau yang pernah diduduki 'orang hanyut' Vietnam. Dah boleh dikunjungi (day trip), tapi sekarang musim tengkujuh semua pulau ditutup. Kat balkoni ni disediakan dua kerusi, bolehlah bersantai dengan selesa. Bila waktu makan tengahari, saya dan suami lebih selesa duduk bersila kat lantai kayunya. Terasa ala-ala berkelah tepi pantai gitu.
Ni pemandangan kolam renang dari pintu hadapan bilik saya. Saya suka mengintai bila waktu hujan, cantik tengok titisan air atas permukaan kolam. Cuma yang kurang best (hal kecik je), takde laluan khas untuk ke bilik-bilik di blok ni. Setiap kali tu kena lalu tepi kolam renang. Kalau tengah penuh orang tu, memang terasa segan. Yang bangunan putih tu, blok Standard Room.
[Gambar kat atas ni warnanya suram, sebab lepas hujan.]
Saya rasa selain dari dekat dengan pantai, tarikan utama resort ni adalah kolam renangnya yang luas dan berkonsepkan 'Infinity Pool'. Kalau tengok tu macam bersambung je kolam renang dengan lautan luas. Rekaan kolamnya pun menarik. Kolam paling dalam- 1.4meter. Saya sempat masuk, airnya sampai paras leher saya. Kolam renang ni sentiasa meriah sebab cuti sekolah, terutamanya Jumaat-Ahad. Untuk hari biasa, sedikit lengang terutamanya pada waktu pengunjung 'check-out'/'check-in'. Untuk korang yang ada anak-anak, kolam renang ni memang sesuai untuk bersantai sekeluarga.
Kafe ni berkonsep terbuka, takde dinding. Menghadap kolam renang tadi dan lautan. Memang best. Tapi saya cuma makan untuk sarapan je lah sebab dah masuk dalam harga bilik. Selain dari tu memang tak sanggup, mahal tak agak. Untuk sarapan, menunya kurang menarik bagi saya. Sebab takde kuih-muih. Tiap-tiap hari saya makan nasi (nasi dhal, nasi minyak, nasi kerabu..), kalau dah bosan saya makan mee goreng pulak. Eh, bukan merungut tapi saya cerita untuk panduan korang yang nak ke sana.
Pemandangan sebahagian resort dari pantai.
Saya berangan naik kuda tepi pantai, memang tak kesampaian.
Tiba-tiba satu pagi tu, ada pulak orang naik kuda ni...jeles sungguh!
Untuk info, dekat dengan resort ni ada Terengganu International Equestrian Park.
KESIMPULAN:
Sutra Beach Resort memang berjaya buat saya selesa walaupun kena duduk lama di sana. Bagi yang belum tau, saya ke sana ikut suami bekerja. Tak terasa bosan walau saya banyak menghabiskan masa bersendirian. Persekitarannya terjaga rapi dan staf yang mesra. Bagi korang yang nak bercuti/berehat, resort ni memang sesuai! Ini cuma pendapat saya je, seorang yang gemarkan alam semulajadi.
*tips: ada kedai makan yang tak mengecewakan, tidak jauh dari resort ni. Keluar resort, belok kanan. Kedai makan 'Restoran Desa' terletak di sebelah kiri. Kalau nak yang dekat dan boleh jalan kaki, ada kat sebelah kiri resort.
Subscribe to:
Posts (Atom)