Monday, 24 July 2023

Apa Ada di 7-Eleven Thailand?

Sepanjang beberapa hari di Bangkok, sudah beberapa kali kami masuk ke kedai serbaneka 7-Eleven bagi mendapatkan barang keperluan dan makanan.

Terdapat banyak cawangan kedai 7-Eleven di sini, memang mudah ditemui di mana-mana. Contohnya di Lorong Phetchaburi 7 (lokasi hotel Noursabah) terdapat dua buah kedai 7-Eleven. Sebuah kedai terletak di bahagian depan lorong dan sebuah lagi terletak di bahagian hujung lorong.

Kedai 7-Eleven menjadi antara tempat yang saya suka masuk sebab seronok membelek barang jualan mereka 😁. Segalanya ada di sini, insyaAllah kita tak akan ada masalah jika kekurangan barang keperluan dan tak akan kelaparan sebab terdapat pilihan makanan halal yang boleh kita beli.

Apa ada di 7-Eleven Thailand? Antaranya…

7-Eleven Thailand
Minuman berasaskan kanabis (nama lain : ganja, marijuana). Yang ini boleh tengok sajalah ya, kita tak boleh minum atau beli bawa balik ke Malaysia. Selain minuman, saya perasan juga ada produk kecantikan berasaskan ganja di jual (bukan dalam 7-Eleven tapi nampak di dalam sebuah pusat membeli-belah). Jadinya kita perlu berhati-hati sebelum membeli apa-apa, kalau dikesan bawa balik ke negara kita memang susahlah hidup kita.
⏵ Pada 9 Jun 2022, Thailand menjadi negara pertama di Asia yang mengeluarkan ganja daripada senarai narkotik susulan langkah FDA mengeluarkan marijuana dan 'hemp' daripada senarai narkotik Kategori 5.
⏵ Membawa masuk produk berasaskan ganja ke Malaysia boleh disabitkan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, begitu juga sekiranya positif ujian saringan air kencing.
7-Eleven Thailand
Pelbagai jenis buah-buahan turut dijual di sini. Buah kelapa pun ada! Pilihan bebola dan sosej sedia dimakan pun ada, yang ni saya tak belek peknya jadi tak pasti status halal produk.

7-Eleven Thailand
Nak makan telur rebus pun ada.

7-Eleven Thailand
Pilihan bedak dalam saiz kecil.
Selain makanan, saya suka jugak tengok pilihan produk kecantikan dan penjagaan diri. Banyak dijual dalam pek kecil, mudahlah nak membeli kalau setakat nak mencuba serasi atau tidak dengan kulit kita. Kebetulan juga saya nak cari bedak muka dalam saiz kecil untuk diletak dalam beg telekung, ternampaklah pilihan bedak jenama POND’S ni. Keliru nak pilih mana satu, akhirnya saya ambil POND’S Watermelon Fresh & Bright Translucent Facial Powder 50 g. Bedaknya warna pink dengan aroma harum yang lembut. Saya suka!

Apa pula makanan yang biasa kami beli? Eh, beberapa kali membeli tu kira biasalah kan 😁. Kami beli air mineral, buah pisang dan kekacang (ada tanda halal pada pek) sebagai kudapan dan juga bekalan sewaktu berjalan-jalan. Senang nak makan bila-bila dan di mana-mana jua supaya tak kelaparan sementara belum jumpa kedai makan halal.






.

15 comments:

  1. Ya, di Thailand ada dua benda yang banyak. Farmasi dan 7e.
    Jalan2 sikit dah nampak dah dua benda ni...pelik betul Cuya..merata! Hahaha
    Tapi 7e memang best, banyak jajan yang pelik2 Cuya tk pernah try. Tapi sedap!

    ReplyDelete
  2. 7E Thailand ni dah boleh masuk dalam senarai tempat pelancongan Thailand wajib singgah utk rakyat Malaysia hehe. Cuba 7E kat Malaysia pun macam tu.

    ReplyDelete
  3. Serunya belanja"...ini yg bikin menarik yaa...banyak pilihan tapi tetap harus hati"kalau gak bisa salah pilih barang ,saya baru tau ternyata ada yg mengandung ganja bisa di jual di sana...lengkap informasinya

    ReplyDelete
  4. yezza.... best sgt. masa mula2 MA sampai sana tu, akak tu ckp shopping kat 7 eleven pun seronok dah, MA dgr mcm..biar betul. Sekali dah masuk..serius betul la..
    MA kat sana dulu.memang sehari berkali2 la ke 7 eleven..siap kumpul setem,, redeem hadiahnya..memang best sgt la.. rindu 7 eleven TH ..best!!!

    ReplyDelete
  5. Kat 7E sini pun ada macam² sebenarnya. Cuma mujurlah tak ada ganja... Hahaha.

    ReplyDelete
  6. Sy selalu baca, katanya jika ke Thailand jgn lupa masuk 7-E... pelbagai produk menarik rupanya ada di dalam kedainya...

    ReplyDelete
  7. saya nampak ada jual buah rambutan...bedak pond's saya pernah guna zaman remaja dulu ada kawan ps produk thailand..kenangan sungguh

    ReplyDelete
  8. lain negara lain brg dlm 7e nyer

    ReplyDelete
  9. suka beli kopi Arabus di 7E Thai...

    ReplyDelete
  10. Itulah baca orang lain mesti singgah 7E. Lagi sebab makanan.
    Perasan Puan Ujie dan suami suka kekacang.

    ReplyDelete
  11. Yg kanabis, kalo dibawa ke Indonesia pun siap2 lah kena tangkap 🤣🤣. Berarti di Thailand bebas dijual yaa? Saya baru tahu..

    Kalo liburan ke Bangkok saya juga suka mampir sevel kak. Krn sevel di Indonesia dah tutup. Izin jualannya tak sesuai, Krn mereka menjual liquor. Makanya kalo rindu cemilan sevel, saya suka main ke Bangkok 😄

    ReplyDelete
  12. Ayakkkk....minuman tu ngeri...
    Menarik la ada telur rebus tu...Agaknya kalau kat Malaysia ni kalau jual telur pindang kat 7E best jugak kan

    ReplyDelete
  13. abang penah WA gmbr dia pegang air kanabis tu. apa lg menjerit sy dibuatnya hahaha

    tp 7E kat sn mmg meriah. kalau dah msk mmg payah nk keluar hahaha

    ReplyDelete
  14. 7E Thailand banyak benda menarik. Yapi tulah kena berhati hati juga memilih. Kang salah pilih, nayaaa...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****