Inilah sebabnya mengapa saya dan Encik Suami perlu bergerak awal pagi Sabtu dari Perlis balik ke Pulau Pinang (PP) - saya ada janji temu kedua rawatan susulan bagi penyakit gusi dengan doktor Freeda. Kali terakhir saya bertemu beliau adalah pada bulan Oktober 2022.
Janji temu selepas 6 bulan sepatutnya pada bulan April 2023 lalu, tapi tertangguh membawa kepada tarikh 22 Julai 2023, hari Sabtu pukul 12.30 tengah hari. Silap saya tak perasan tarikh pada bulan April tu rupanya pada minggu raya puasa, kami masih bercuti raya di Johor.
LOKASI BARU
Kunjungan kali ini klinik dah bertukar lokasi dari Bayan Lepas ke Pulau Tikus, George Town. Terasa susah sungguh perjalanan ke klinik disebabkan kesesakan lalu lintas di George Town. Nak cari ruang parkir pun sangat susah 😥
Lokasi klinik di Jalan Burma, Pulau Tikus, George Town.
Klinik baru dengan ruang lebih luas.
RAWATAN SUSULAN
Tujuan rawatan susulan adalah bagi memastikan gusi saya berada dalam keadaan baik, kekal bebas daripada penyakit gusi.
Proses rawatan kali ini berlangsung sekitar 30 minit saja, paling sekejap rasanya sepanjang saya berjumpa dengan doktor Freeda. Sebab kali ini doktor cuma lakukan prosedur scaling. Ikatan gigi (splinting) pun masih berkeadaan baik, tak perlu dibaiki atau diganti. Kos bagi rawatan kali ini sebanyak RM350. Saya catatkan secara terperinci di blog untuk tujuan rekod rujukan sendiri.
Alhamdulillah doktor maklumkan semuanya berkeadaan baik, cuma perlu teruskan rawatan susulan setiap 6 bulan sekali. InsyaAllah janji temu seterusnya pada awal Februari 2024.
Saya ada menerima beberapa pertanyaan menerusi e-mail dan juga di ruangan komen pada entri lepas. Ramai yang ada masalah serupa tetapi tak tahu di mana nak mulakan rawatan. Bagi yang nak tahu, boleh klik DI SINI untuk membaca catatan pengalaman rawatan gusi saya sejak Februari 2022.
.
Sakit gusi memang nyebelin, sayapun sedang bengkak gusi ..huhu.
ReplyDeleteKalau sakit gusi, memang seksa rasa sakitnya kan. moga Allah kurniakan kesembuhan ya.
DeletePenyakit gusi ni pulak, kita tak rasa sakit tapi rasa gigi jadi sangat sensitif disebabkan gusi menyusut kerana penyakit gusi.
pulau pinang dah lebih sesak dari KL ye kak, nak cari parking punya payah. Boleh tahan harganya ye kak untuk rawatan kali ini, tapi takpelah klinik swasta tak perlu tunggu giliran lama
ReplyDeleteArea Georgetown memang sesak, lagi pulak jalannya kecik. KL kebanyakkan jalan luas, lebih OK walaupun sesak.
DeleteHarga klinik pakar swasta, gitulah 😅
Gigih saya baca posting kak ujie sebelum ni tentang masalah gigi susut tu. Alamak, saya pun jarang2 jumpa doktor gigi. Patut dah kena pergi ni.
ReplyDeletePergilah Carneyz, buat rutin rawatan gigi kurang2 setahun sekali. Gigi takde ganti. Akak menyesal dulu waktu muda abaikan rutin rawatan, takde kesedaran.
DeleteSA pun rasanya dah kena pergi jumpa doc gigi ni..dulu duduk KL selalu pi 6 bulan sekali...dah duduk seremban ni semua x reti nak pi...dah 3 tahun elaun burn macam tu je
ReplyDeleteTahun ni jangan burn lagi tau SA, rugi 😁
DeleteNaik je bulu roma kalau dengar sakit gigi. Pernah sakit gigi sampai tak tahan sangat. Ya kena jaga kesihatan gigi kan....
ReplyDeleteKena jaga, sebab gigi tak ada ganti. Sekali rosak/hilang, tak dapat kembali macam asal 🥲
DeleteNasib baik ok. Lama tergendala untuk jumpa semula dengan tempat yang susah dapat tempat letak kereta.
ReplyDeleteSemoga semua berjalan lancar.
Susah nak dapat slot, itu yang jadi tertangguh berbulan lama. Agak mencabar jugaklah bila klinik dah pindah tempat baru ni.
Deletesemoga bertambah baik keadaan gigi/gusi Ujie..saya jarang jumpa doktor gigi, kalau x sakit x jumpa..huhu...last buat scaling pun dah x ingat bila...
ReplyDeleteAlhamdulillah setakat ni OK, tapi kena buat rutin rawatan susulan untuk kekal OK.
DeleteSakit gusi boleh tumbuk dinding woooooo
ReplyDeleteRasa nak marah semua orang, semua benda ek..
Deletealamak..sakit gigi x leh main2..boleh buat gaduh
ReplyDeletePernah kene worse masa tgh hiking gunung mmg tak leh buat apa la.. mmg kene bersabar je la sepanjang trip 2 hari 1 malam huhuuu
ReplyDeletelepas buat rawatan ni boleh terus makan ke...macam mana?
ReplyDeleteKali ni cuma rawatan susulan, boleh makan macam biasa.
DeleteKalau rawatan awal, ada ubat bius tu memang kena tunggu lepas sejam dua baru boleh makan.
Bagus juga kak ada buat rawatan setiap 6 bulan. Boleh juga monitor kesihatan gigi. Semoga keadaan gigi bertambah baik dan takde masalah dah.
ReplyDelete