[Catatan Trip ke Bangkok - Hari Keempat | Sabtu, 1 Julai 2023]
Pukul 8.30 pagi kami bergerak dari hotel KC Place ke Chatuchak Weekend Market dengan menaiki tren. Kami ikut saja panduan perjalanan di aplikasi Google Maps seperti berikut :
Naik tren ARL di stesen Ratchaprarop → stesen pertukaran Phaya Thai (naik tren BTS) → turun stesen Mo Chit → jalan kaki 450 meter ke Chatuchak Weekend Market | Kos 70 Baht / seorang / sehala.
Sebelum meneruskan perjalanan, kami keluar dari stesen Phaya Thai untuk menikmati sarapan di Rotinis yang terletak di Lorong Phetchaburi 7. Perut dah kenyang, barulah seronok nak berjalan.
CHATUCHAK WEEKEND MARKET
Chatuchak Weekend Market is home to a whopping 15,000 stalls spanning 30 sections and is the world's largest weekend market. At this colossal market, scout for local delicacies, clothing, second-hand merchandise, home decor, handicrafts, antiques, and even plants.
Gate 18 |
Pukul 10.20 pagi, kami tiba di lokasi pasar Chatuchak. Kami ikut saja langkah kaki orang ramai menuju pintu masuk di Gate 18.
Beginilah suasana di pasar Chatuchak. Sebuah kawasan dengan deretan bangunan kedai. Dalam bangunan tu ada lagi lorong-lorong kedai tau. Jadinya tempat ni memang sangat luas dan sangat banyak kedai.
Entrance 2 - sudut pandang dari luar pasar. |
Ada 3 pintu masuk utama di sini. Tapi tadi kami masuk ikut Gate 18, melalui celah deretan kedai iaitu kedudukan paling hampir dengan stesen BTS Mo Chit.
Peta kawasan pasar Chatuchak. Klik foto untuk paparan lebih jelas. |
Bagi mengelakkan sesat sewaktu menjelajah pasar Chatuchak, eloklah kita ada peta kawasan pasar ini. Boleh dapatkan peta secara percuma dari kaunter informasi di Entrance 3, atau boleh terus rujuk papan tanda peta yang tersedia di dalam kawasan pasar.
Kedai-kedai di sini dibahagikan mengikut bahagian. Ada bahagian barang antik, lukisan, pakaian, kraf tangan dan lain-lain. Jadinya kita boleh terus menuju ke bahagian yang kita suka, boleh jimat masa dan tenaga tanpa perlu menjelajah keseluruhan kawasan.
Terdapat papan tanda nombor bahagian (section) dan lorong (soi) di setiap laluan yang kita masuk.
Suasana di dalam lorong yang menempatkan kedai di kanan dan kiri laluan. Sesak.
Pun begitu, ada juga lorong yang tak begitu meriah dengan kehadiran pengunjung. Sama ada sebab banyak kedai tak beroperasi atau produk yang ditawarkan bukan barang kesukaan ramai.
Saya tak suka sesak, jadi pada kebanyakkan masa saya akan menjelajah ke lorong yang tak ramai orang. Antaranya lorong yang menempatkan arca dan lukisan. Saya memang suka lukisan tema alam semulajadi, tapi tidaklah membeli. Sekadar memasang impian dengan Encik Suami “Kalau kita duduk rumah tetap, nak letak lukisan macam gini lah…”.
Membelek pashmina. Ada macam-macam jenis material dan pilihan corak.
Berkenan saya tengok barang-barang di kedai ni. Tapi berkenan tak mesti kena memiliki kan. Banyak lagi barang lain yang menarik perhatian saya - selipar corak comel, beg tote boleh letak tulisan/gambar pilihan dan pinggan mangkuk cantik.
Pukul 1.15 petang, baru lepas hujan. |
Ini pula kawasan yang menempatkan deretan gerai makanan/minuman. Ada lagi di bahagian belakang. Tapi kami tak pergi tengok pun, tak larat dah.
Kita Muslim tak bolehlah nak makan sebarangan, kena cari dan pilih yang halal. Antara tempat makan halal yang kami jumpa terletak di Section 2, Soi 21. Selain itu, ruang solat dan tandas pun ada disediakan. Saya tak pasti berkenaan lokasinya, jadinya tak dapat kongsikan di sini.
Sepanjang di sini, kami makan dan gunakan tandas di pusat membeli-belah Mixt Chatuchak. Bangunannya terletak bersebelahan je dengan pasar Chatuchak.
MIXT CHATUCHAK
Mulanya kami tak tahu pun kewujudan pusat membeli-belah di sebelah pasar Chatuchak. Bila sampai di lokasi barulah nampak ada bangunan besar elok. Jadinya lepas penat berjalan dan rasa nak ke tandas, teruslah kami menuju ke Mixt Chatuchak.
Aahhh…lega sungguh dapat masuk tempat sejuk! ☺️
Bagi yang nak membeli-belah, makan, solat dan menggunakan tandas dalam suasana lebih selesa, bolehlah ke Mixt Chatuchak ni ya. Nak legakan kaki (berurut) dengan selesa pun boleh. Tadi di pasar Chatuchak pun banyak tempat berurut di lorong-lorong. Tapi saya tak mencubalah, tak sesuai bagi kita muslimah berurut di ruang terbuka begini dan bercampur pelanggan lelaki perempuan.
Sepanjang berada di pasar Chatuchak, dua kali kami masuk ke Mixt Chatuchak ni. Dua kali itu jugak tujuan nak ke tandas dan makan. Alhamdulillah kami jumpa sebuah kedai makan halal tak jauh dari pintu masuk bangunan di Entrance 2 (kedai makan terletak di sebelah kanan selepas kita masuk bangunan).
Pilihan menu.
Foto atas | Makan pukul 11.30 pagi. Roti pisang lembut sedap, diberi pencicah susu pekat manis. Cicah sikit jelah, buat merasa.
Foto bawah | Makan pukul 2.30 petang. Nasi putih, telur dadar dan tom yum. Sedap!
——————————————————-
Berapa lama kami menghabiskan masa di Chatuchak Weekend Market ni? Masuk pukul 10.20 pagi, keluar pukul 3.30 petang. 5 jam! Ehh…macam tak percaya kami berada di sini begitu lama 😄
Tapi tetap jua kami tak mampu nak menjelajah keseluruhan kawasan. Mampu bertahan 5 jam tu pun mungkin sebab dapat melegakan diri di Mixt Chatuchak. Rasa panas rimas penat je, masuk mall. Lepas tu sambung jalan lagi sampai lenguh betis kaki. Hasilnya, dapatlah 15,000 langkah!
Menurut pendapat saya, Chatuchak Weekend Market merupakan tempat ‘cuci mata’ dan ‘cuci poket’ yang seronok. Sangat banyak pilihan barangan daripada yang biasa hingga yang unik, segala-galanya ada di sini! Peniaga di sini pun baik melayan dan bukan jenis mendesak. Sememangnya ia syurga bagi ‘kaki shopping’. Saya bukanlah seorang yang suka shopping dan melakukan kembara hanya dengan beg galas, cukuplah beli satu dua barang kecil sebagai kenangan.
Kalian nak ke sini? Usahakan datang awal pagi (kebanyakkan kedai mula dibuka pukul 9 pagi) supaya lebih selesa berjalan di sini - cuaca tak terlalu panas dan pengunjung belum ramai. Pakai pakaian yang selesa untuk suasana panas dalam pasar dan pakai kasut yang bagus untuk berjalan lama.
.
yezza....kalau ke Bangkok x pi chatucak ni memang x sah la kan... MA dulu pun once a month mesti gi sana. either teman kawan, jalan2 je pun jadi je..
ReplyDeletePernah sekali je pergi Pasar Chatuchak ni zaman student dulu. Ikut rombongan universiti ke Bangkok waktu tu.
ReplyDeleteLuas juga ya ....memang tempat ini menarik krna banyak barang"incaran,tapi kalau sudah sesak saya juga suka males..habis berdesakan di luar begitu masuk ke dalam langsung adem / sejuk hehehhe
ReplyDeleteVibe lorong sempit tu, saya teringat pasar payang lama
ReplyDeleteberkenannya tengok mangkuk ayan tu kak...kalau saya ke sini mau rambang mata
ReplyDeletesy tertarik dgn talam/dulang tu kak... boleh buat utk makan² set talam
ReplyDeletePehhh.. 5 jam ya. Bagus betul tengok itinerary Ujie & husband. Kalu kami ni cepat letih berjalan, tengok², makan, pas tu balik hotel jer lepak, hihi. Kita paling berkenan tengok kedai ayan² tu. Suka tengok aje la..
ReplyDelete5 jam puas jalan2 di sini...
ReplyDeleteLuas betul pasar tu ye kak, ralit sungguh kalau dah tengok kedai satu-satu tu kan.
ReplyDeleteSetahu Cuya ni pasar malam yang terpanjang...memg panjang gila, penat nak bertapak.
ReplyDeleteTeringin betul Cuya pergi, sebb Cuya kaki shopping..hehehe
Seronoknya ada pasar yang jual macam-macam dengan harga berpatutan. Hehe Mix Chatuchak jadi tempat persinggahan untuk makan dan pergi tandas.
ReplyDeleteBest nya Ujie dah sampai. Nak sangat pergi sebab kawan kata macam2 ada
ReplyDeleteBestnya, pergi pasar minggu yang besar macam ni.
ReplyDeleteJika 15 ribu langkah, anggaran saya, lebih kurang 8 atau 9 kilometer, Ujie. Peh... penat tu, jalan jauh tapi sebab jamu mata sekali, syoknya!
Comel-comel tengok mangkuk tingkat, pinggan mangkuk, dalam gambar. Sukanya! :D
Hahahahahaha, betuuuuul lah. Pokoknya kalo ke chatuchak, saya tak mau bikin acara lain. 1 hari full hanya di chatuchak 🤣🤣. Biar puas belanja dan makannya 😄. Rindunya kesana lagiii
ReplyDeleteTenung gambar....sangat nostalgic..Macam kembali ke zaman kanak-kanal berjalan menyusuri lorong sempit pekan ..ikut mak nak pi karan rambut
ReplyDeletechatuchak ni mmg bestttt sgt.... sy tak membeli sangat. tp sukaaaa sgt suasana kat sini. 3 jam berada kat sini mmg tak cukup...kalau pergi sendiri mau sy berada kat sini 7-8 jam hahaha
ReplyDeleteBersih je tengok Chatuchak Weekend Market ni. Betul lah tu kak, berkenan tak semestinya memiliki. Kadang tak tahu nak beli apa. Tapi biasanya memilih keperluan daripada kemahuan kalau nak save bajet.
ReplyDelete