Hasrat nak merasai sambutan hari raya di luar Malaysia ini sebenarnya dah tercetus sejak sebelum pandemik COVID-19. Memandangkan hari raya merupakan sambutan yang cukup istimewa dan meriah di negara sendiri, jadinya agak sukar juga bagi saya dan Encik Suami membuat keputusan.
Setelah berbincang serta mengambil kira faktor pentingnya sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga besar, maka kami sepakat memilih Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji sebagai pengalaman pertama menyambut hari raya di luar negara.
Bangkok, Thailand menjadi destinasi pilihan kami atas faktor berikut :
- Tak begitu jauh, jadi Encik Suami tak perlu ambil banyak hari cuti tahunan (1 hari cuti umum hari raya + 2 hari cuti hujung minggu + 2 hari cuti tahunan).
- Saya belum pernah ke Bangkok (Encik Suami pula pernah pergi tapi atas urusan kerja).
- Melihat sendiri kehidupan komuniti Muslim Bangkok, di mana Islam merupakan agama minoriti di Thailand.
- Kemudahan pengangkutan awam yang baik di Bangkok.
PEMBAHAGIAN TUGAS
Menjadi tugas saya mencari segala maklumat perjalanan - mencari lokasi komuniti Muslim, pilihan penginapan, tempat yang akan dikunjungi, tempat makan halal, pengangkutan awam, cuaca dan lain-lain hal berkaitan. Dengan maklumat yang ada, mudahlah saya membuat persediaan untuk ke sana.
Simpan hasil screenshot maklumat diperlukan dalam album di galeri telefon. |
Segala maklumat diperolehi menerusi carian internet - baca blog, tonton YouTube dan grup Facebook - Backpackers Buddies Malaysia (antara tempat di mana saya dapat banyak maklumat berkenaan Muslim dan makan halal). Taip saja keyword di bahagian ‘search’, kemudian bacalah segala perkongsian dan komen ahli grup sampai berpinar mata 😵💫. Info yang saya rasa berguna, terus screenshot supaya senang nak rujuk.
Tugas Encik Suami pula uruskan pembelian tiket penerbangan, membuat tempahan penginapan, beli tiket aktiviti di Klook, beli insurans perjalanan dan tukar duit Baht.
TIKET PENERBANGAN
Tiket dibeli sekitar 5 minggu sebelum tarikh berlepas menerusi Trip.com. Encik Suami pilih dua syarikat penerbangan berbeza, bolehlah merasa dua lapangan terbang berbeza di Bangkok.
⏵ Pergi naik Thai AirAsia | Rabu 28 Jun 2023 | Penang - Bangkok | 1 jam 50 minit
Berlepas 2 petang di Penang International Airport dan tiba 2.50 petang di Don Mueng International Airport.
⏵ Balik naik Malaysia Airlines | Ahad 2 Julai 2023 | Bangkok - Kuala Lumpur - Penang
Berlepas 6.40 petang di Suvarnabhumi Airport dan tiba 9.55 malam di KLIA Terminal 1 (2 jam 15 minit) | transfer 1 jam 40 minit | berlepas 11.35 malam di KLIA Terminal 1 dan tiba 12.35 tengah malam di Penang International Airport (1 jam).
PENGINAPAN
Sekitar 4 minggu sebelum tarikh pergi, kami buat tempahan bilik hotel di Noursabah Boutique Bed-Bangkok. Penginapan di komuniti Muslim yang terletak di Phetchaburi 7 Alley, Ratchathewi. Jarak hotel ke masjid cuma 180 meter dan banyak pilihan makanan halal di lorong tersebut. Tapi kami cuma dapat buat tempahan untuk dua malam saja. Tempahan penuh untuk dua malam berikutnya.
Jadinya lagi dua malam tu kami buat tempahan penginapan di KC Place Hotel Pratunam yang terletak di Ratchaprarop Rd, Ratchathewi. Jarak sekitar 1.9 km dari hotel pertama. (Update - jika mahukan penginapan yang selesa, saya tak rekomen untuk menginap di sini).
Kedua-dua hotel ini terletak tak jauh dari stesen tren - Phaya Thai Station dan Ratchaprarop Station. Mudahlah kami nak bergerak ke mana-mana sebab cadangnya memang nak naik tren je sepanjang di Bangkok.
ITINERARI
Dah ada tiket penerbangan dan hotel, barulah saya buat itinerari. Keutamaan diberi kepada solat sunat hari raya dan solat Jumaat, kemudian masukkan aktiviti utama dan selebihnya barulah aktiviti sampingan lain. Aplikasi Google Maps sangatlah membantu dalam membuat itinerari sebab nak tengok jarak, masa dan jenis pengangkutan yang boleh kita naik.
Itinerari kami tak padat dengan aktiviti dan hanya tertumpu di kota Bangkok, lebih kepada santai-santai nak mengenal ‘wajah’ Bangkok. Itinerari hanya sebagai panduan, boleh ubah ikut keadaan semasa.
INSURANS/TAKAFUL
Kami ambil TripCare 360 Takaful - Platinum untuk suami isteri.
TIKET AKTIVITI DI KLOOK
Kami bercadang nak naik bot menyusuri sungai Chao Phraya, jadinya terus beli di Klook sebab harga ditawarkan lebih murah berbanding beli di kaunter bila sampai sana. Boleh refund kalau tak jadi naik bot.
TUKARAN MATAWANG BAHT
Kami tukar duit sebanyak THB 10,000 di Hasani Munawarah Exchange, Simpang Ampat, PP. Tambah sikit dengan duit Baht yang ada dalam simpanan, jumlah tunai yang kami bawa sekitar RM1,500.
Kadar tukaran semasa THB 100 = MYR 13.60
Selain bawa dokumen hard copy, saya screenshot jugak semua dokumen penting dan simpan dalam album di galeri telefon. |
SIMKAD
Kami tak beli simkad Thailand. Encik Suami aktifkan internet roaming Celcom di telefon beliau dan aktifkan juga mobile hotspot supaya kami boleh berkongsi data internet.
MAKANAN
Kami tak bawa bekalan makanan sebab yakin tak terlalu susah cari makanan halal di Bangkok. Saya dah senaraikan kedai makanan halal yang nak dicuba, atau kalau tak jumpa jugak kita masih boleh beli makanan tertentu di 7-Eleven.
PAKAIAN
Pakaian pula kami bawa jenis ringan dan nipis sesuai dengan cuaca di Bangkok yang katanya lebih panas (ketika kunjungan kami) berbanding di negara kita.
Selain itu, kami bawa juga portable travel bidet untuk urusan di tandas awam.
.
Detailed sungguh persediaan Kak Ujie nak ke Bangkok. Menarik jugak idea sambut Raya Haji di luar Malaysia ni.
ReplyDeleteJarang travel ke luar negara, bila buat persediaan lengkap barulah rasa lebih tenang hati 😀
DeleteApakah itu portable travel bidet? Pertama kali saya dengar. Orang jakun bertanya. :D
ReplyDeleteBaguslah Ujie ni, sebelum travel, buat homework betul-betul. Ini macam, terancang, selamat dan lengkap segala info yang diperlukan. Very good!
Nak bebas gerak sendiri, terpaksalah bekerja lebih buat homework sampai juling mata 😁
DeletePortable travel bidet - botol air yang ada muncung spray. Kena bawak sebab tandas awam di Bangkok tak ada paip.
Menarik juga idea tu beraya di negara orang. Sesekali buat ada pengalaman gitu.
ReplyDeleteHehe..iya Fiza. Ambik pengalaman dan cipta memori.
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteDapat pengalaman sambut raya di negara orang
ish , dah bertahun rasa tak pergi sana . Pasport pon dah tamat tempoh . Rindunyaaa makanan kat sana
ReplyDeleteWow! Sungguh detail persiapannya...!
ReplyDeleteGood planning...teringin juga ke sana satu hari nanti
ReplyDeletePandai plan, jimat cuti.
ReplyDeletePersiapan jalan"nya rapi banget kak...jadi tenang kalau jauh'hari
ReplyDeleteBila semuanya disediakan dgn rapi alhamdulillah lancar dan tenang perjalanannya, Insha Allah.
ReplyDeleteBaru tahu tentang portable travel bidet tu... Terima kasih perkongsiannya PU 👍
Seronok sebenarnya travel sendiri. Dapat banyak pengalaman baru dan menambah keyakinan diri untuk membuat keputusan semasa di negeri orang.
ReplyDeleteBagus nya...semua dah plan dr awal...alhamdulillah
ReplyDeleteaissh teringin juga la nak travel berdua je senang nak bergerak
ReplyDeletePreparation yg detail buat kita lebih confident, selebihnya tawakkal kpd Allah...bagus idea travel time raya haji, tgk suasana raya di tempat orang..
ReplyDeleteTeroerinci. Elok juga tempat dekat dengan pengangkutan awam.
ReplyDeleteSangat teliti perancangan bercuti akak.. Menarik dan terima kasih sebab berkongsi di blog..
ReplyDeletePersedian yang cukup lengkap akan memudahkan segala urusan ketika travel nanti terbaik sgt2...
ReplyDelete