Thursday, 6 July 2023

Perjalanan dari Lapangan Terbang Don Mueang ke Hotel Penginapan

[Catatan Trip ke Bangkok - Hari Pertama | Rabu, 28 Jun 2023]

Penerbangan menaiki Thai AirAsia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang (DMK) terlewat sedikit sekitar 20 minit dari jadual asal. Saya dan Encik Suami duduk di kerusi bahagian belakang sebelah kiri pesawat. Kami duduk berdua je, lagi satu kerusi kosong tanpa penumpang. Begitu juga barisan kerusi di depan, belakang dan kanan kami, semuanya duduk berdua.

Alhamdulillah pesawat selamat mendarat kira-kira pukul 3 petang waktu tempatan. Skrin di telefon saya memaparkan dua waktu - local & home. Waktu tempatan di Thailand lewat 1 jam dari waktu Malaysia.

Prosedur memasuki Thailand lancar dan mudah, kami tak perlu mengisi apa-apa borang fizikal atau online. Terus saja menuju ke kaunter imigresen, serahkan pasport, imbas cap jari & wajah. Itu saja.

Don Mueang International Airport DMK
Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang (DMK), Bangkok, Thailand.
Lepas tu, terus cari tandas. Saya masih belum pernah cuba guna tandas dalam pesawat, itu yang bila turun dari pesawat barulah sibuk nak ke tandas 😄


CARA KE NOURSABAH BOUTIQUE BED BANGKOK DARI DMK
Dengan menggunakan aplikasi Google Maps (taip nama lokasi tujuan dan klik ‘Directions’), akan keluar paparan dengan pilihan mod berkereta, motor, bas/tren dan berjalan kaki.

Kami pilih mod bas/tren. Terpapar pula beberapa cadangan laluan, lengkap dengan nombor bas dan di mana kita perlu naik bas tersebut. Kemudian klik laluan pilihan kita untuk paparan lengkap perjalanan yang akan dilalui.

Klik screenshot di atas untuk paparan lebih jelas.
Kami pilih ‘recommended route’. Beginilah paparan lengkap panduan perjalanan yang akan dilalui - naik bas kemudian naik tren dan berjalan kaki menuju ke hotel. Kami menuju ke ‘Entrance 6’ untuk naik bas. Dekat je, keluar pintu bangunan boleh terus nampak bas.

Don Mueang International Airport DMK
Paparan info peta laluan bas dan kadar tambang.
Sedang elok sampai di luar, bas A2 yang kami perlu naik dah sedia menunggu. Tapi kami tak terus naik. Nak baca dan fahamkan dulu maklumat di papan info ni. Juga nak perhatikan cara penumpang naik dan membayar tambang. Di negara sendiri pun dah lama sangat tak naik bas berhenti-henti, tiba-tiba ke negara orang nak kena naik bas gini 😄. Harus ambil masa berfikir sebelum naik.

Don Mueang International Airport DMK
Ada deretan bangku di tepi dinding, kami duduk di sini memerhati bas silih berganti dan penumpang naik. Sekejap je setiap bas berhenti menunggu penumpang. Kekerapan bas setiap 30 minit, jadinya tak begitu lama untuk kami menunggu bas A2 berikutnya.

Tiket bas untuk dua orang.
Sekitar pukul 4.10 petang, kami menaiki bas A2 yang tiba 30 minit selepas bas A2 sebelumnya. Wow…tepat masa sungguh ya! Dalam bas tak penuh penumpang, dapatlah kami duduk dengan selesa. Konduktor bas, seorang perempuan berbaju putih datang menghampiri kami. Encik Suami membayar tambang sebanyak 60 Baht untuk dua orang. Tiket diambil dari bekas khas, nampak macam bekas tin panjang. Unik bekasnya. Dah sekian lama tak naik bas begini, jadi agak teruja pulak tengok itu ini 😄

Bas akan berhenti di hentian tertentu dan konduktor bas akan melaungkan nama hentian tersebut. Selain itu, ada skrin di bahagian depan bas tertera hentian seterusnya. Berdebar jugak saya kot silap turun, mata tak lepas memandang ke depan. Saya tengok skrin warna kuning tertera ‘Chatuchak Park’, bahagian biru pula ada tulisan kecil ‘BTS Mo Chit’ (tempat kami nak turun). Jadi keliru pulak. Mujur bila tiba di hentian tersebut, konduktor bas melaungkan “Chatuchak…Mo Chit…”. Alhamdulillah kami selamat turun di tempat yang betul.

Sebelum tu, Encik Suami sempat bertanya kepada konduktor bas berkenaan lokasi BTS Mo Chit. Sebab tempat yang kami turun tu perhentian bas. Konduktor bas menunjukkan tangannya arah ke depan.

MRT Chatuchak Park
MRT Chatuchak Park.
Kami jalan ke depan, nampak stesen tertera ‘Chatuchak Park’. Kami masuk sini. Bila nak beli tiket di mesin tiket, puas mencari mana ‘Phaya Thai’ (stesen akhir menuju destinasi kami). Bila tak jumpa, Encik Suami ke kaunter bertanya lanjut. Aduhai…rupanya salah stesen daaa 😆. Kena jalan ke depan lagi. Tadi dah sah-sah nampak tulisan ‘Chatuchak Park’, bukan ‘Mo Chit’ tapi yakin jugak masuk ya.

BTS Mo Chit
BTS Mo Chit
Kami jalan ke depan lagi, barulah nampak stesen Mo Chit. 

BTS Mo Chit
Kami beli tiket di kaunter sebab mesin tiket hanya terima duit syiling. Kaunter tukar syiling tak beroperasi pulak masa ni. Tapi okey je tak panjang pun beratur beli tiket di kaunter. Dah dapat tiket, terus ke platform menuju ke Phaya Thai. Platform mana nak dituju pun dah siap bagitau dalam panduan perjalanan Google Maps tadi. Syukur ada teknologi yang sangat membantu. 

Sekejap je dalam tren, sampailah kami di stesen Phaya Thai. Nak keluar dari stesen ambil masa jugak sebab tercari-cari laluan mana satu nak dituju.

Begitu juga bila dah berada di luar (di jalanan), mula-mula ikut jalan ke kiri, lepas tu berpatah balik ikut jalan ke kanan. Kami gunakan Google Maps (mod jalan kaki) tapi macam hilang arah pulak.

Phaya Thai Ratchathewi Bangkok
Akhirnya jumpa juga jalan yang benar, fuh! Kami masuk ikut lorong kecil ni, melewati bangunan apartment juga celahan deretan rumah kecil penduduk di kanan dan kiri laluan.

Phaya Thai Ratchathewi Bangkok
Di penghujung lorong kecil inilah letaknya lokasi hotel penginapan kami, belok ke kanan untuk ke Noursabah Boutique Bed Bangkok. Macam tak percaya pulak ada hotel di tempat yang tersorok begini kan?

Alhamdulillah, sekitar pukul 5.25 petang kami dapat masuk bilik penginapan yang cantik dan selesa. InsyaAllah saya catatkan berkenaan hotel pada entri lain.

Selepas menunaikan solat jamak dan berehat seketika, kami keluar makan dan berjalan-jalan melihat kawasan sekitar. Kena biasakan diri di kawasan ini supaya mudah kami nak cari makanan halal dan juga menunaikan solat sunat hari raya pada esok pagi.

*Kos pengangkutan kami dari DMK ke hotel bagi seorang adalah sebanyak 70 Baht (bas 30 Baht + tren 40 Baht).







.

24 comments:

  1. Perkongsian pengalaman yang bermanfaat.
    Beraya di negeri orang ye Ujie.

    ReplyDelete
  2. Satu je transport MA x naik masa kat dok bangkok 3 tahun dulu...bus. Ujie pegi holiday pun naik bas.. wah 👏👏👏 byk jimat and kat sana public transport nya sgt efisyen. Diaorg siap ada lorong khas utk laluan bas and selain dr bas tak berani masuk tau... sbb takut kena saman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jimat banyak naik bas biasa ni berbanding kalau kami naik teksi/e-hailing atau LimoBus. Nak naik tren, tak ada pulak tren dari DMK ni.

      Delete
  3. Seronoknya trip Ujie. Thanks kongsi journey ni.

    ReplyDelete
  4. Bermusafir rupanya kak... bangkok sangat padat kan.. tgk dr gambar² husband je dlu masa pegi urusan keja di sana

    ReplyDelete
  5. Dekat Bangkok takde ke kad travel pass untuk pelancong Kak Ujie? Kalau nak naik lrt kat sini kena bawak cash la macam tu ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kerap naik BTS SkyTrain, berbaloi beli Rabbit Card.
      Kami pulak naik tukar2 - BTS, MRT & ARL. Tak ada satu jenis kad untuk ketiga-tiga jenis tren ni. Jadinya tak berbaloi untuk kami beli Rabbit Card.

      Delete
  6. boleh tahan cantik jugak dia punya sistem lrt nya ye kak.... kene banyak berjalan la ye kt sana kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami banyak berjalan sebab guna tren. Kalau nak kurangkan jalan kaki, boleh naik teksi/e-hailing.

      Delete
  7. ooo jauh akak sambut aidiladha...

    ReplyDelete
  8. Memang ada beberapa hotel yg tempatnya agak tersembunyi ya..sama seperti di sini,tapi begitu sampai dan masuk ke dalam hotel ternyata lumayan juga...

    ReplyDelete
  9. seronoknya.. tengok tiket bas, teringat zaman naik metrobus, bas mini dulu²

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengimbau zaman naik bas, konduktor bas datang ke kita ambil tambang 😄

      Delete
  10. Sesat cari hotel tu biasa time travel...hehe...nostalgia betul tengok tiket bas tu...

    ReplyDelete
  11. Tiketnya cara lama, kena kkyak sedikit.
    Senang ada panduan google maps.

    ReplyDelete
  12. Wa.. jalan-jalan yang menarik.. Terima kasih berkongsi cerita..
    Terasa seolah-olah berjalan bersama.. Pengalaman yang menarik..

    ReplyDelete
  13. Cekap juga bas dia, setiap setengah jam, ada.
    Menarik betul, pengalaman Ujie dan suami, naik public transport di negara orang. :)

    ReplyDelete
  14. SY dua kali dtg bangkok langsung tak ingat cane dari airport ke bandar hahaha.. bangkok ni transportation dia mmg efficient sgt2 kan

    ReplyDelete
  15. Best jugak kalau naik flight tak ramai orang. Duduk berdua tu boleh sembang tanpa ada orang lain. Privacy sikit kan. Pengangkutan mudah je kat sana. Tapi nak ke tempat penginapan tu macam mencabar juga. Kalau saya risau dah. Tersorok betul.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****