Friday, 28 July 2023

Malam Terakhir di Bangkok

[Catatan Trip ke Bangkok - Hari Keempat | Sabtu, 1 Julai 2023]

Keluar dari Chatuchak Weekend Market, kami terus balik ke hotel KC Place Pratunam dengan menaiki tren. Kami berehat melegakan penat kaki dan menunaikan solat jamak di bilik.

Lebih kurang dua jam kemudian iaitu sekitar pukul 6.20 petang, kami keluar untuk ke Central Rama 3. Semalam (hari ketiga) kami gagal sampai ke Central Rama 3 - baca kisahnya DI SINI. Jadinya kali ini kami gunakan cara paling mudah, iaitu pergi naik teksi atau e-hailing.

Mulanya nak gunakan khidmat e-hailing, tapi setelah beberapa ketika Encik Suami mencari masih tak dapat jugak. Mungkin sebab waktu puncak, permintaan melebihi penawaran. Jadinya kami keluar ke jalan besar dan menghampiri teksi yang ada di situ. Encik Suami buat tawar menawar harga tambang dengan pemandu teksi berdasarkan tambang di aplikasi e-hailing tadi. Dapatlah kami ke Central Rama 3 dengan bayaran 300 Baht dan tol 50 Baht. Berkenaan laluan tol, pemandu teksi akan tanya kita sama ada nak ikut tol atau tidak. Terpulanglah kita nak cepat sampai atau nak santai-santai menghadap sesak di jalan biasa.


CENTRAL RAMA 3, YAN NAWA, BANGKOK

Central Rama 3, Bangkok
Central Rama 3 - sebuah pusat beli-belah yang terletak di Jalan Ratchadapisek, Yan Nawa, Bangkok.

Jalan-jalan di pusat beli-belah bukanlah perkara yang saya suka lakukan, tapi saya ikut saja kehendak Encik Suami yang beria nak ke sini. Sewaktu ke Medan, Indonesia saya ajak beliau ke Sun Plaza semata-mata nak menambah koleksi karya Tere Liye 😁. Jadinya kali ini giliran Encik Suami pula ‘heret’ saya ke Central Rama 3 bagi menambah koleksi beliau pula. Koleksi apa? Biarlah rahsia 🤫

Central Rama 3, Bangkok
Sedang berlangsung ‘The Greatest Grand Sale’. Jangan tanya barang apa yang ‘sale’ dan berapa banyak diskaun. Saya tak tengok barangan lain pun, cuma buat-buat membelek barangan yang Encik Suami cari 😄

Central Rama 3, Bangkok
Sebelum beredar keluar, kami ternampak gerai menjual buah. Geram pulak tengok buah-buahan yang dijual, besar dan segar. Kami cuma beli buah laici, ini pun kena makan habiskan cepat sebab esok petang penerbangan pulang ke Malaysia.

Tadi kami datang naik teksi, baliknya kami dapat naik kenderaan e-hailing Bolt. Perjalanan dari Central Rama 3 ke Jalan Phetchaburi dikenakan tambang 129 Baht dan tol 50 Baht. Kami tak terus balik ke hotel di Jalan Ratchaprarop sebab nak makan malam.


SANTAI MALAM
Selesai makan malam di Asma Kitchen di Lorong Phetchaburi 7, kami berjalan santai menuju ke stesen Phaya Thai. Menikmati suasana pada malam terakhir kami di Bangkok.

Pukul 9 malam | Lorong Aram Si.
Inilah antara laluan yang menghubungkan Lorong Phetchaburi 7 dengan jalan besar menuju ke stesen Phaya Thai. Lorong yang kami lalui selama empat hari berturut.

Dalam foto di atas merupakan antara bahagian laluan paling sempit, melewati rumah-rumah penduduk di kanan dan kiri laluan. Biasanya kalau lalu waktu siang kami berjalan tak memandang kanan kiri bagi menghormati privasi penduduk. Saya ambil foto waktu malam supaya tak kelihatan jelas rumah penduduk, namun cukup sebagai memori untuk saya kenang pada masa akan datang.

Phaya Thai station
Di sebelah kiri itulah stesen Phaya Thai yang menempatkan tren ARL dan BTS. Foto dirakam dari jejantas menuju ke stesen.

Sebelum tu kami duduk melepak di bawah, di sebuah dataran kecil berhadapan bangunan The Unicorn. Kami duduk menikmati suasana malam yang nyaman dengan hembusan angin dan memerhati suasana sekitar yang tidaklah terlalu sibuk seperti waktu siangnya. Saya memerhati langit malam di sini yang kelihatan cerah, juga gumpalan awan memutih bergerak laju.

Pukul 9.15 malam | The Unicorn
Sambil duduk melepak, saya cuba memotret foto bulan yang bersinar indah.

Pukul 10 malam | Jalan Ratchaprarop
Dah puas bersantai, kami meneruskan perjalanan menaiki tren ARL di stesen Phaya Thai dan turun di stesen Ratchaprarop untuk kembali ke hotel penginapan.

Di lorong menuju ke hotel. Bangunan penginapan kami terletak di sebelah kiri.

Hari keempat mencatatkan rekod tertinggi langkah kaki saya, iaitu sebanyak 21,981 langkah dengan kiraan jarak sejauh 14.53 km. Terima kasih Allah yang memberi upaya untuk kaki terus melangkah.






.

31 comments:

  1. ternampak buah nona belakang laici..menggoda sungguh dah lama tak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah-buahnya besar dan segar, memang menggoda!

      Delete
  2. alhamdulillah..seronoknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah… seronok (berjalan-jalan), tapi tak seronok (penat kaki) 😅

      Delete
  3. Banyaknya langkah! Itu semua termasuk Langkah Kanan, Langkah Seiringan, Langkah Sheraton.... Hahahaha

    ReplyDelete
  4. Suka tengok gambar di Lorong Aram Si tu <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahagian lorong yang akak suka lalu, suasana situ macam berada di zaman berbeza 😄

      Delete
  5. X bahaya ke lalu lorong-lorong tu kak? mcm gelap dan sunyi je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang lorong lalu rumah tu, insyaAllah yakin selamat sebab rumah-rumah orang kan.
      Yang lorong ke hotel tu, pendek je tempat yang gelap. InsyaAllah selamat lalu berdua dan tak nampak orang mencurigakan melepak tepi jalan.

      Delete
    2. Kiranya bandar bangkok ni selamat lg la... sy imagine penduduk situ kan padat.. mst ramai gelandangan... takut pula kalau ada yg suka kacau bila tgk kita ni org luar esp kat lorong² mcm tu... hihihi

      Delete
    3. Setakat tempat-tempat yang kami pergi ni, nampak selamat. Tak pernah jumpa orang-orang yang mencurigakan. Jarang jumpa gelandangan. Tapi tetap jugak kena hati-hati kan..

      Delete
  6. Cari apa la tu yek, di Central Rama 3. :)
    Banyak betul steps. Lenguh betis jalan ni. Cantik gambar akhir. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cari barang yang katanya, kedai cuma ada di Bangkok. Iyelah…kita layankan ajer 😄

      Delete
  7. Alhamdullilah semua nya berjalan lancar..berjalan sampai jarak segitu sudah pasti lelah tapi sehat dan hati senang...😀

    ReplyDelete
  8. Puas makan laici. Hehe sayang tidak dapat bawa ke Malaysia.
    Penat tidak jalan hari itu? Alhamdulillah atas nikmat dapat berjalan banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penat betis 😅
      Sampai hotel minum air garam ORS dan sapu betis dengan krim untuk muscle pain.

      Delete
  9. Wow.. jauh menapak ni Ujie. Rajin Ujie & husband berjalan². Kami dah pernah melalui zaman rajin ni. Skrg rasa nak melepak kat bilik aje, makan pun tapau.

    ReplyDelete
  10. sy pernah sekali je jalan2 malam macam ni tapi takut nak masuk lorong2 kecik kat bangkok tu... bimbang tikus besar melompat hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak terfikir pasal tikus. Mujur tak jumpa 😅

      Delete
  11. Replies
    1. Itulah…sana sini orang jual buah. Yang bawak macam kereta sorong pun senang jumpa kat jalan.

      Delete
  12. 14km 21ribu langkah... Sebab tu org travel ni kurus2 hahaha... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkkk…kami laki bini belum cukup travel, maka belum tahap kurus 😂

      Delete
    2. Sbb bila travel ada slot jalan jalan cari makan hahaha..

      Delete
  13. jauh tu berjalan...tapi seronok dapat melihat kehidupan org tempatan.. buah nona & buah laici..fresh..

    ReplyDelete
  14. Saya pun geram tengok buah segar tu, lagi lagi buah laici buah favourite. Helok je nampak dengan daun tu. Seram lalu di lorong tu kak. Semua gambar cantik!

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****