Tuesday 24 November 2015

Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Rasmi di Sarawak

Usage Of English Based On Malaysia Agreement

Date : 22 November 2015     Source : Borneo Post Online


ASAJAYA: The decision to make English an official language of the state alongside Bahasa Malaysia is done in accordance with the Malaysia Agreement.

Housing Minister Datuk Amar Abang Johari Tun Openg said English and BM were the official languages in Sarawak as documented in the Malaysia Agreement during the formation of the country in 1963.

“Some people have accused our Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem as an unpatriotic leader for defending the use of English.
“However, what he is doing is in accordance with the Malaysia Agreement, which was agreed upon and signed during the formation of Malaysia,” he said after officiating at the Regatta Samarahan 2015 at Sungai Tambirat Waterfront yesterday.
Abang Johari, who is also Tourism Minister, pointed out that the policy introduced by Adenan was also aimed at defending the quality of English usage among the people, particularly those in the civil service.
“English is not just the language of the Western people but is used all over the world. We, in Sarawak, have no problem in conferencing at the international level,” he said.
He urged the people of Samarahan, particularly the youths, to make use of the higher education facilities in the area to master the English language.
“We do not want to see our children graduating from university and not knowing how to speak or write in English, which is why we are emphasising on this matter.
“We must be fluent not only in BM, but also in English,” he said.

(sumber : sarawak.gov.my)

-------------------------------------------------------------

Bila isu ini timbul, teringat pulak semasa saya berkunjung ke Betong, Sarawak...


...rasa pelik bila nampak papan-papan tanda di jalan raya menggunakan Bahasa Inggeris. Atau memang biasa ada kat negeri-negeri lain, tapi saya yang tak perasan???

Apapun, sudah termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 bahawa Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi di Sarawak. Maka, tidaklah hairan jika papan-papan tanda di Sarawak ada kedua-dua bahasa.


*kalau sudah ada perjanjian yang mengikat, tidaklah boleh sesiapa menyekat.*

Monday 23 November 2015

Rich Dad Poor Dad (edisi Bahasa Melayu)

Tajuk : Rich Dad Poor Dad (edisi Bahasa Melayu)
Penulis : Robert T. Kiyosaki
Penerbit : PTS Professional Sdn Bhd (2012)
Harga : RM21 / SM
Muka surat : 216

Terasa rugi sangat...buku hebat yang telah diterbitkan sekian lama, tapi baru kini saya membacanya. Kenapa saya kata rugi? Sebab isi dalamnya bolehlah saya kategorikan sebagai bernilai 'tinggi', dan perlu dibaca seawal mungkin. 

Buku apa ni? Ia buku berkaitan membina kepintaran kewangan, juga buku motivasi ke arah bebas kewangan. Yang seronoknya, buku yang bersifat 'serius' ini tidaklah begitu 'serius' untuk dibaca. Penulis berjaya menyampaikan secara santai dalam bentuk penceritaan dan mudah dihadam. 

Perkara lain yang menarik, penulis menganjurkan konsep sedekah (cth: duit/senyuman/kasih sayang) - 'apabila kamu mahukan sesuatu, kamu perlu beri dahulu'. Menarik...sebab Islam memang sangat menggalakkan sedekah, dan kita mungkin kurang mengamalkannya. Tapi ia jadi amalan penulis, yang saya kira seorang 'not yet Muslim'.

Antara topik yang terdapat dalam buku ini :
  • Kenapa Perlu Belajar Pendidikan Kewangan?
  • Orang Kaya Mencipta Wang
  • Kerja untuk Belajar, Bukan demi Wang 


Petikan Buku
(dari topik 'Jaga Bisnes Sendiri)
Mula dan uruskan bisnes sendiri. Teruskan dengan kerja makan gaji sepenuh masa, tetapi mulakan membeli ataupun melabur dalam aset sebenar, bukan liabiliti ataupun barangan peribadi yang jatuh nilainya sebaik sahaja kita bawa ia pulang ke rumah. Nilai sebuah kereta baru jatuh hampir 25 peratus daripada harga yang kita bayar sebaik sahaja kita memandu kereta itu keluar dari ruang pameran. Kereta itu bukanlah aset sebenar meskipun pegawai bank menyatakan ia termasuk dalam senarai aset. Nilai kayu golf baru saya yang berharga 400 dolar menjadi 150 dolar sebaik sahaja saya mengayunkannya di padang golf. 

Pastikan jumlah perbelanjaan kita rendah, kurangkan liabiliti, dan perlahan-lahan kumpul aset yang bernilai kukuh. Adalah penting bagi ibu bapa mengajar perbezaan antara aset dan liabiliti kepada anak-anak sebelum mereka keluar dari rumah dan tinggal sendiri. Ajarkan anak supaya mula membina asas kukuh di kolum aset sebelum mereka tinggal sendiri, berkahwin, membeli rumah, mempunyai anak-anak, terperangkap dalam situasi kewangan berisiko, terlalu bergantung kepada satu-satu pekerjaan, dan membeli segala-galanya secara hutang.


---> kalau korang nak memiliki buku ni, dan buku-buku lain oleh Robert T. Kiyosaki ni secara online bolehlah beli kat BOOKCAFE ya. Ada diskaun. Saya pun beli kat situ jugak. Sekarang ni segala benda pun nak beli online kan...hehee


Nota hati : Aku ingin memiliki kebebasan kewangan, bolehlah penuhi impian musafir dunia...menyaksikan kepelbagaian ciptaan Allah yang terlalu hebat. Moga ada izin-Nya..

Thursday 19 November 2015

Saya Cuma Penulis Blog, Membantu Sekadarnya...

Sepanjang saya menulis blog..
Banyak juga saya terima e-mail atas pertanyaan dan permintaan.
Ada yang tanya cara bungkus telur guna kertas tisu,
Ada yang nak mintak pokok..buah,
Ada yang nak buat kajian surirumah berijazah,
Ada yang nak tau harga sesuatu barang.
Eh..ada jugak yang nak buat tempahan masuk Gua Tempurung tau!

Macam-macam...
Insya Allah..semua saya cuba layan sebaiknya.
Saya beri penerangan selengkapnya.

Tapi kadang-kadang jadi geram,
Bila penjelasan kita tak diterima.
Ucap terima kasih pun tidak!
Paling geram, didesak-desak kita penuhkan hajat dia pulak!

Sehinggakan...
Ada entri blog yang saya terpaksa 'revert to draft'.
Semata-mata nak rasa aman dari permintaan yang mendesak.

Saya boleh je buat tak layan pada e-mail berkaitan,
Tapi..itu bukan saya. Saya suka untuk cuba membantu.
Saya membantu sekadarnya.


*ni bukan entri marah tau, cuma luahan rasa. Asam garam menjadi penulis blog. Kalau penulis blog yang terkenal, lagilah macam-macam karenah yang mereka jumpa kot! :D


Tuesday 10 November 2015

Setelah 20 Tahun...Rindu Terlerai!

Bertemu dan berpisah, adat manusia biasa.
Hilang di mata, tapi di hati tidak lupa...

5 tahun menjalin persahabatan, 20 tahun terpisah, tarikh 7 November 2015 menemukan kami kembali. Riuh, kecoh, penuh gurau senda...masih seperti dahulu!


Saya dan kawan-kawan yang sama kelas sewaktu di tingkatan 5 dulu.

Alhamdulillah...sebuah pertemuan yang cukup manis!
Memang ada yang dah saya temui sebelum ini, 
tapi kebanyakkannya memang dah 20 tahun tak bersua. 

Pertemuan yang langsung tak kekok,
 asyik bergurau seperti zaman remaja kami di asrama.
Sampai penat mulut bercakap,
dan sakit pipi asyik tersenyum dan ketawa!

Terima kasih Allah...
Di atas jalinan ukhuwah, tautan kasih antara kami!


Nota hati : Kalau dah jumpa begini, boleh terlupa usia sebenar tau! Rasa macam masih umur 17 jugak. Pulak tu muka masing-masing macam tak berubah sejak meninggalkan sekolah. ^__^

Thursday 5 November 2015

Pekanbaru, Riau : Jom Makan-Makan!

Menyambung catatan ke Pekanbaru, Riau yang cukup lama tertangguh. Sayang pulak kalau tak diabadikan dalam blog sebagai tatapan dan rujukan sendiri pada masa akan datang. Juga sebagai panduan korang yang nak berkunjung ke sana. Saya sendiri pun banyak membaca catatan blogger lain sebagai rujukan sebelum ke sana.

5-7hb. September 2015


ES TELER - dok bayangkan macam ABC kita, rupa-rupanya berbeza. Es Teler ni gabungan ais yang dikisar kasar, bersama potongan kecil buah-buahan seperti avocado, kelapa muda & nangka. Rasanya manis. Es Teler dari restoran Es Teler 77 yang terletak di Mall Pekanbaru ini berharga Rp. 24,545. Tekak kami? Gagal menerima dengan baik!

JUS ALPUKAT - iaitu jus Avocado. Saya tak suka rasa jus ni. Tapi suami suka, makanya jus ni lah yang kerap dia order bila waktu makan. Harganya sekitar Rp. 20,000.

TEH BOTOL - minuman teh botol keluaran Sosro. Rasanya? Macam air teh biasa, tapi ada kelat sikit. Kira okeylah! Harganya Rp. 6,819 di Restaurant Solaria.


Hidangan tengahari kami di Rumah Makan Nasi Kapau Uni Ros. Terletak di seberang jalan Pasar Bawah. Disebabkan tak berapa faham apa yang ditanya pelayan restoran, kami angguk je. Terus dia hidangkan lauk pauk dekat 20 bekas! Termenung jap sebab tak tau nak ambik lauk apa, banyak sangat pilihan.

Disebabkkan lauk pauk ni dah sejuk, tidaklah beria kami makan. Kami dicaj Rp. 62,000 mengikut lauk yang diambil sahaja. Rupa-rupanya, kita boleh je pilih lauk sendiri macam kedai makan biasa tu. Sebab nampak orang lain dok pilih lauk kat satu sudut kedai.


DURIAN - di Pekanbaru terdapat kedai makan yang jual durian dan produk makanan berasaskan durian. Disebabkan tak tau kedai mana yang bagus, kami minta bantuan pemandu teksi untuk bawa kami ke kedai durian. Sampai kat kedai ni, pilih-pilih durian. Agak kecewa, duriannya tak menarik. Tapi sebab dah sampai, suami belilah jugak. Makan kat situ. Rasa durian ni pun biasa-biasa je, tak boleh nak makan banyak. Harga durian ni sekitar Rp. 60,000. Mahal! Entah kena tipu, atau memang mahal gini. 


ROTI SIAK COKLAT - macam roti kering kecil, tapi yang ni rapuh dan atasnya ada sapuan coklat (ada beberapa pilihan lagi). Bagi kami, rasanya biasa-biasa je. Harga : Rp. 17,500. Boleh di beli di kedai roti Vanhollano, terletak di seberang jalan hotel penginpan kami (I-Shine) atau di cawangan lain dalam mall.


Restoran SATE BUNDO KANDUANG, restoran sate yang terkenal di Pekanbaru dan memang saya sangat syorkan jika korang ke sini. Sedap! Ada dua pilihan - SATE AYAM macam kat atas ni, dihidang dengan kuah kacang yang sedap. Siap ada keropok warna merah tu, timun, tomato, sambal dan nasi himpit. Harganya Rp. 17,000.


Satu lagi pilihan - SATE PADANG. Sate daging sapi (lembu) dan nasi himpit yang dihidang dengan kuah sate padang yang cukup membuat saya teringat-ingat sampai sekarang! Bawang gorengnya pun sedap. Kuah yang pekat ni agak pedas bagi saya, tapi tetap nak lagi. Kalau orang tempatan, saya lihat mereka makan bersama kerepek ubi sira pedas yang ditabur di atas kuah sate ni. Kerepek ubi dalam peket kecil memang tersedia di atas meja makan.  Harga sate Padang ni Rp. 18,000.

Makan sate kat sini memang rasa tak puas sebab saiznya kecil dan nipis je, Pastu cuma ada 6 cucuk je dalam setiap hidangan...memang tak puas makan. Nak tambah order sate segan pulak, dah dua kali datang restoran ni tak pernah lagi nampak orang sana tambah order. Lokasi? Setahu saya ada dua tempat di Pekanbaru ni. Satu di Plaza Senapelan dan satu lagi berhampiran Plaza Sukaramai (Ramayana), cuma perlu berjalan kaki dari hotel penginapan kami. 

----------------------------------------------------------

Pengalaman tak best masa baliknya pada 8 September, penerbangan ke Kuala Lumpur tertunda kira-kira 5 jam disebabkan masalah jerebu. Tambah risau, bila satu demi satu pembatalan penerbangan diumumkan. Alhamdulillah, penerbangan kami tak batal cuma tertunda begitu lama.

Kos perbelanjaan untuk kami berdua :
1. Tiket asas Air Asia pergi balik KL - Pekanbaru (2 orang) : RM174.00
2. Caj pilih tempat duduk AA : RM24.00
3. Hotel I-Shine, Pekanbaru (3 malam) : RM378.00
4. Tiket ERL pergi balik Salak Tinggi - KLIA2 (2 orang) : RM12.80
5. Caj letak kereta di stesen ERL Salak Tinggi (4 hari) : RM8
6. Tambang teksi selama di Pekanbaru : Rp. 178,000 atau RM57.42
TOTAL : RM654.22

Kos di atas tak termasuk kos makan-makan dan beli cenderahati ya. Disebabkan ni jalan-jalan stail bajet rendah, kami tak membeli-belah sangat. Pergi dengan bawa beg belakang sorang satu, balik cuma tambah satu lagi beg di tangan. 

Kadar tukaran wang masa saya pergi ni adalah RM310 untuk Rp. 1juta. Saya sertakan semua info di atas sebagai rujukan kot ada yang dok kira-kira bajet nak ke Pekanbaru. 


Kat mana Pekanbaru? Tengok kat atas ni. Dekat je kan..
Dah tamat catatan baru nak tunjuk peta. ^_^