Tuesday 18 January 2022

View Point Wang Kelian - Panorama Indah Di Ketinggian 304 meter (M.S.L.)

SABTU | 15.01.2022

Suatu ketika dulu Wang Kelian terkenal sebagai salah satu tempat membeli-belah di Perlis. Pada masa tersebut terdapatnya kemudahan pergerakan bebas tanpa dokumen perjalanan untuk rakyat Malaysia dan Thailand pada setiap hari Ahad. Boleh baca catatan pengalaman saya DI SINI.

Setelah 10 tahun berlalu, hari Sabtu lalu saya berkunjung semula ke Wang Kelian untuk ke tarikan terkini - View Point Wang Kelian. Apa yang menarik di sini? Jom kita tengok…

View Point Wang Kelian Perlis
Saya dan suami ke sini pada waktu petang. Setelah melalui perjalanan dengan laluan berbukit (boleh tengok video di hujung entri ini), sampailah kami di sini. Walau pun nampak macam penuh tempat parkir, masih ada beberapa petak kosong. Alhamdulillah dapatlah kami parkir tak jauh dari pintu gerbang View Point Wang Kelian. Tiada caj dikenakan.

View Point Wang Kelian Perlis
Gerbang di View Point Wang Kelian. Berpalang untuk menghalang orang naik dan parkir di atas. Dari sini kita perlu mendaki sikit untuk ke puncak.

View Point Wang Kelian Perlis
Tak begitu jauh, tetapi pemakaian kasut bersesuaian akan lebih memudahkan langkah.

View Point Wang Kelian Perlis
Sampailah kita di puncak. Beginilah suasananya. Ada tempat yang luas untuk pengunjung menikmati panorama, juga tempat menarik untuk bergambar. Terdapat juga deretan gerai makanan dan minuman. Sedap sungguh bau gorengan. Terus rasa lapar…haha!

View Point Wang Kelian Perlis
Teruja sungguh saya! Panorama yang cukup indah. Angin agak kuat di sini, nyaman je rasa walau pun cuaca di Perlis panas terik. Masa ni menghampiri pukul 5 petang.

View Point Wang Kelian Perlis
MasyaAllah indah sungguh landskap alam ciptaan Yang Maha Berkuasa. Tak jemu mata menikmati keindahannya. Nampak macam air/tasik di hujung sana kan? Itulah Empangan Timah Tasoh. 

View Point Wang Kelian Perlis
Pelantar untuk pengunjung berfoto. Tertera tulisan ‘Wang Kelian’ di lantai pelantar. Hati-hati pegang barang, bimbang terbang atau terjatuh dek angin kuat di atas ni.

Bergambar di sudut lain pun masih dapat foto yang cantik sebab tempat ni memang semula jadi cantik.

Antara sudut lain untuk pengunjung berfoto. Buaian pun ada, tapi kena tunggu giliranlah.

Dah puas memerhati sekitar dan berfoto sana sini, jomlah kita makan sebelum beredar dari sini. Sempat saya bertanya kepada seorang penjual, katanya gerai jualan hanya beroperasi pada hari Jumaat-Ahad sahaja. Tapi lupa pula saya nak bertanya waktu operasinya.

Kami beli Char Kuey Teow dan Nasi Goreng, harganya RM11. Juga secawan Cafe Latte, harganya cuma RM5. Servis pantas dan sedap semuanya. Sangat puas hati 👍

View Point Wang Kelian Perlis
Makan pulak dengan pemandangan begini, memang bertambah sedap. Terima kasih Allah ❤️

Video berdurasi 1:22 minit. 

View Point Wang Kelian, tempat yang menawarkan panorama indah di ketinggian 304 meter dari aras laut. Sesuai untuk pencinta keindahan alam semula jadi. InsyaAllah jika ada kesempatan teringin juga saya nak ke sini pada waktu pagi. Tentu berbeza suasananya. Dan kalau malamnya hujan, ada rezeki dapatlah menyaksikan hamparan kabus memutih di waktu pagi.

Diharapkan pihak berkuasa dapat segera menyiapkan kemudahan tandas untuk kegunaan pengunjung. Saya nampak memang dah ada binaan tandas di kawasan parkir, tapi mungkin belum siap sepenuhnya.

Bagi yang nak datang ke sini, cuma perlu buat carian ‘Wang Kelian View Point’ di aplikasi Google Maps.


*Dikemaskini : Mulai 21 Disember 2022, bayaran masuk dikenakan bagi kerja penyelenggaraan.*

Pengunjung tempatan | dewasa - RM2, 18 tahun ke bawah - RM1
Pengunjung luar negara | dewasa - RM5, 18 tahun ke bawah - RM2
Kanak-kanak 6 tahun ke bawah & OKU - Percuma




.

31 comments:

  1. Penat2 boleh menjamu selera... bagus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik punya strategi bukak gerai atas tu 😀

      Delete
  2. Selalu Wang Kelian terkenal sebagai tempat membeli-belah. Tidak sangka sekarang ada tempat rekreasi.
    Betul itu kadang-kadang panas terik tapi ada angin kuat yang sejukkan badan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak dah tak ada tempat membeli-belah, Wang Kelian khabarnya sunyi. Ni ada tarikan terbaru, mungkin meriahlah sikit.

      Delete
  3. Masha Allah, cantiknya!
    Perlis ni sebenarnya banyak tempat menarik kan ?
    Cumanya belum ada kesempataan nak jalan2 w/pun selalu balik kampung di Kedah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perlis ada keunikan tersendiri. Bukit-bukit batu kapur tu cantik.
      Betul, banyak juga tempat menarik di sini, cuma mungkin sebab nun di hujung orang tak ramai dapat pergi.

      Delete
  4. masa angah pi 2012 dulu, pi tempat shoping tu ja...tak sampai pulak ke sini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat shopping kena ke depan lagi. Tempat ni memang baru di buka pun Angah, dulu-dulu belum wujud. Kira tarikan pelancongan terkini di Perlis.

      Delete
  5. wahh bagus info ni, wak dulu dtg perlis xtau pon ada tempat viswpoint wang kelian nih.. 👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena datang semula tu Wak, tempat baru buka ni.
      Mesti memukau gambar-gambar hasil bidikan wak nanti.

      Delete
  6. Seronoknya dapat menikmati panorama atas bukit. Untung jugak orang yang berniaga kat situ. Dah tentu terliur bau aroma masakan kat atas tu. Ceria tempatnya dicat warna warni. Jadi ceria kat situ. Orang gayat ni tak berani nak tengok bawah. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik dan sesuai untuk yang suka berfoto-foto.
      Kalau gayat, pandang depan je…pemandangan cantik. Hehe

      Delete
  7. cantik vienya....lapar plak tgk char kuehtiaw tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. View cantik, makanan sedap…memang layan! Hehe

      Delete
  8. View cantik, makanan sedap..mmg the best!

    ReplyDelete
  9. Berapa lama jalan kaki dari parking ke viewpoint?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ingat berapa lama.
      Tapi memang sekejap je, tak jauh cuma penat sikitlah sebab laluan mendaki.

      Delete
  10. Jauh tak jalan mendaki dari parking ke view point tu.

    ReplyDelete
  11. Jam brp sesuai naik waktu pagi. Ada org ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pukul 7 pagi dah boleh ke sana. Terutamanya kalau hari hujung minggu, cuti sekolah atau cuti umum, elok datang awal untuk elak sesak.

      Delete
  12. kalau pergi pagi dapat tengok sunrise ke? View dia sekeliling atau hanya sebelah je?
    Suka ayat ni, "Makan pulak dengan pemandangan begini, memang bertambah sedap. Terima kasih Allah ❤️". Kami anak beranak ni pun selalu bila dpt buat sesuatu yang hati rasa gembira, akan cakap mcm ni. Terima kasih Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti pasal sunrise, sebab belum pernah datang sini pagi.

      View sebelah je Lyd.

      Hehe..betul, kena biasakan sebut gitu biar ingat segala yang kita dapat ni pemberian Allah.

      Delete
  13. Cantiknya view kat atas ni. Boleh la pergi kalau turun sana. Nampak CKT tu terus rasa lapar.

    ReplyDelete
  14. Murahnya foodies kat atas nun...

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. Boleh. Sekarang ada ruang parkir lebih luas.

      Delete
  16. 2024.. Ambik gambar dan video kena bayar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh…terima kasih info.
      Saya belum sempat datang bagi tahun 2024.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****