Wednesday 6 September 2023

Portable Travel Bidet

Portable Travel Bidet iaitu botol dengan muncung semburan merupakan satu keperluan jika kita bermusafir ke negara penduduk bukan majoriti Muslim. Ini kerana pada kebiasaannya tandas awam di negara tersebut tidak menyediakan paip air untuk bersuci.

Kembara ke Guangzhou, China merupakan pengalaman pertama saya di negara yang tiada paip air di tandas awam. Memang terasa sukar, tetapi itulah namanya pengalaman. Pada masa tersebut saya tak tahu kewujudan ‘travel bidet’. Jadinya saya gunakan botol air mineral sebagai pengganti paip air.

Baru-baru ini ke Bangkok, Thailand saya gunakan portable travel bidet yang dibeli melalui Shopee. Sebelum membeli, saya buat carian dan baca ulasan mereka yang dah menggunakan travel bidet. Sebabnya ada beberapa jenis travel bidet yang boleh kita pilih.

Saya pilih jenis berikut :

Sumber foto : Shopee
Botol dengan kapasiti 500 ml dan disertakan dua jenis muncung semburan. Boleh tukar muncung semburan ikut selesa dan keperluan kita. Botolnya pula tak lembut sangat dan tak keras, mudah untuk kita picit.

Sumber foto : Shopee
Bahagian penyambung muncung semburan tu boleh gerak tau, mudahlah nak laraskan hala semburan. Hujung alat semburan disediakan penutup, tapi agak mudah tanggal. Kena hati-hati guna supaya penutup kecil ni tak tercampak dan hilang.

Satu lagi yang bagus dan penting jugaklah, ada getah di penutup botol. Jadinya bila kita isi air dalam botol ni dan letak dalam beg, tidaklah terkeluar airnya. Tapi air tetap boleh terkeluar melalui muncung semburan kalau kita tersilap cara letak dalam beg atau tertekan botol. Untuk mengelakkan hal ini, kita cuma isi air bila tiba masa nak gunakan ia atau kita isi separuh je dan pastikan letak botol menegak dalam beg. Kalau setakat tertekan sikit tidaklah terkeluar air tu kan.

Portable Travel Bidet
Portable travel bidet saya. Pengeposan jauh dari China. Harganya RM11.20 tak termasuk caj pos. Tapi saya cuma perlu bayar RM10.29 termasuk pos selepas tolak diskaun, baucer dan Shopee coins.

Menurut saya, ia pembelian yang berbaloi. Saya rasa lebih mudah digunakan berbanding botol air mineral. Bila guna travel bidet ni tiada atau kuranglah risiko percikan air di lantai tandas yang kering tu. Segan jugaklah kan kalau lantai tandas mereka kering, tapi bila kita guna jadi basah. Kalau terbasah jugak, kita lap dengan tisu.

Tapi lain orang lain pendapatnya. Ada juga yang kata setelah cuba guna travel bidet, mereka tetap lebih suka guna botol air mineral. Mungkin juga mereka belum jumpa jenis travel bidet yang bagus. Bagi saya, jenis travel bidet yang saya ada sekarang ni walaupun bukan yang terbaik tetapi ia memenuhi keperluan saya.

Botol begini juga sesuai dibawa semasa aktiviti mendaki atau ke tempat yang terhad sumber air. Nak gunakan untuk berwudhuk pun mudah.






.

30 comments:

  1. Pernah ternampak produk ni, memang bagus utk kita orang Islam bawak bila travel ke negara2 yang takde bidet dalam tandas awam. Tapi jangan pulak pancut sampai basah lantai toilet. Part tu kadang2 saya tak faham bila masuk tandas kat Malaysia ni, mesti jumpa lantai toilet basah 😤 Dieorg basuh sambil mencangkung atas lantai ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Dieorg basuh sambil mencangkung atas lantai ke?" Hahaha teruk benar kalau begitu kaedahnya.

      Delete
    2. Itulah kan, sebenarnya toilet kita boleh kering kalau berhati-hati masa guna paip. Halakan terus ke mangkuk tandas, barulah tak basah lantai.

      Delete
  2. Yes, agree. Zhi pun similar to this one. Senang bawa travel especially ke negara yg tak muslim friendly. =)

    ReplyDelete
  3. Bagus la diwujudkan botol macam ni. Bila baca review Ujie sy rasa ia lebih praktikal dari botol mineral. Susah jugak nak tonggengkan botol mineral nak kenakan sasarannya 😆😆😆.

    ReplyDelete
  4. Betul tu kene selalu bawa botol air. Kalau sy bawa yg lipat tu.. Senang nak berwudhu dan guna mencuci di toilet sbb toilet negara luar jarang ada paip air..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sesuai guna yang lipat tu lebih mudah sebab jimat ruang penyimpanan. Yang akak guna ni makan ruang jugaklah.

      Delete
  5. Wah..bagus ada botol macam ni...lebih kemas dan praktikel

    ReplyDelete
  6. hhahahah wajib bawa ni time travel :D sangat2 berguna bila pegi negara yg susah nak jumpa paip :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu keperluan, susah jugak hidup kalau tak ada benda ni 😄

      Delete
  7. Aduhai.. Saya pernah kena sekali dulu. Masa tu di Singapura di Changi Expo. Memang takde paip dalam tandas. Jadi kena ambil air masuk dalam botol dekat sinki.. Aduh, menyusahkan betullah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tau awal, dah bersedia ok lagi. Kalau tak, memang stres rasa.

      Delete
  8. Betul, saya selalu bawa botol mineral kosong tu lepas tu terpercik ke lantai. Dah la selalunya lantai mereka takde air pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, lepas ada pengalaman guna botol mineral dan travel bidet ni, saya prefer guna travel bidet.

      Delete
  9. wajib kena ada ni senang bw kemana mana perjlnan
    tqqq uji

    ReplyDelete
  10. Inilah puncanya kadang tu malas nak pi negara yang toilet tak ada paip air ni. At lease pun ada bidet pun ok. Nanti nak suggest kat wife, dia selalu pi oversea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksalah, demi nak jalan-jalan tengok negara orang 😅

      Delete
  11. Saya pun akhirnya beli kak ujie. Apalagi saya rutin traveling ke banyak negara, yg mana jarang ada pakai bidet 😂. Susah sangaaat memang. Buat kita, terasa tak bersih kan kalo hanya pakai tisu. Kenapalah mereka tak nak pakai bidet ini yaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fanny kembara merata, tentu banyak pengalaman tandas tanpa paip air 😄
      Tak sanggup rasanya kalau bersuci hanya pakai tisu 😅

      Delete
  12. Wah boleh juga ide yg buat ya..mempermudah buat yg bepergian kalau susah mo ketemu air untuk wudhu atau basuh"yg lain,biasanya kalau kepepet pakai tisu basah😁

    ReplyDelete
  13. Baru tahu ada botol travel bidet.
    Memang selalu guna botol mineral.

    ReplyDelete
  14. syukran for sharing...senang nak bw bila travel..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****