SABTU | 28.05.2022
Cerita hujung minggu lalu - saya dan encik suami ke rumah adik ipar (adik perempuan encik suami) yang menetap di Perlis. Mak mentua pun ada di sana, selepas raya di Johor terus adik ipar bawa mak ke Perlis. Bolehlah mak bertukar angin.
Menariknya rumah adik ipar saya ni, disekelilingnya dipenuhi dengan pelbagai tanaman yang dijaga rapi. Mereka suami isteri sangat rajin berkebun walaupun masing-masing sibuk dengan kerjaya sebagai pendidik. Memang saya kagum! Kalau saya dapat kawasan rumah yang luas, belum tentu lagi saya rajin nak berkebun dan sentiasa menjaga rapi begini.
JOM PETIK BUAH HARUMANIS
Antara pokok buah yang ditanam di rumah adik ipar - buah mangga Harumanis. Musim buah Harumanis di Perlis bermula pada bulan April. Dah lama adik ipar ajak kami datang untuk memetik sendiri buah mangga Harumanis di rumahnya, tapi baru sekarang kami berkesempatan datang. Sekarang ni dah berada di penghujung musim buah Harumanis, buah dah tak begitu banyak.
Buahnya rendah, mudahlah nak dipetik dan sesuai untuk berfoto konon sedang menuai hasil sendiri…hehe. Encik suami dengan gembiranya memetik buah dan saya pulak seronok memotret sana sini.
Buah Harumanis yang bersaiz besar - selepas dipetik dan ditimbang beratnya sekitar 800 gram! Menurut tuan punya pokok, inilah buah Harumanis yang paling berat pernah direkodkan.
Buah Harumanis ni semuanya dibungkus dengan kertas pembalut berwarna coklat. Selain bertujuan melindungi buah, kertas pembalut berwarna coklat akan menghasilkan kulit buah Harumanis berwarna hijau muda.
Menikmati buah Harumanis yang sedap lemak manis, duduk pulak menghadap pemandangan tanaman yang dijaga rapi dan buah Harumanis pulak orang potongkan. Memang nikmat sangat!
JOM PETIK BUAH SETOI / SENTUL
Lepas sesi memetik buah Harumanis, adik ipar ajak petik buah Setoi atau Sentul. Buah apa tu? Nama buah Setoi atau Sentul memang pernah tahu, tapi buah dan pokoknya agak asing bagi saya. Rasanya saya penah makan sekali semasa melalui jalan di Pahang, singgah membeli dari gerai di tepi jalan.
[info] Pokok sentul atau kecapi merupakan pokok hutan yang tergolong dalam kategori pokok buah-buahan nadir di Malaysia. Pokok ini semakin jarang ditemui dan ramai dalam kalangan generasi muda tidak lagi mengenalinya. Sentul atau nama saintifiknya Sandoricum koetjape tergolong dalam famili Meliaceae seperti pokok rambai, langsat dan sentang. Pokok yang sederhana besar ini boleh mencapai ketinggian sehingga 30 m dengan diameter batangnya sehingga 90 cm. Taburan semula jadinya adalah di sekitar Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Malaysia, Filipina dan Indonesia.
Pokok sentul mempunyai banyak khasiat perubatan tradisional. Buahnya mengandungi vitamin B, C, kalium dan fosforus. Air rebusan akarnya diminum untuk merawat cirit-birit, bengkak usus, kekejangan dan melegakan kembung dan sakit perut. Akar dan kulit kayunya juga digunakan dalam merawat ibu-ibu selepas bersalin. Daun pokok sentul pula diletakkan pada kulit untuk merangsang peluh dan merawat gatal-gatal kulit. Air rebusan daunnya juga digunakan dalam mandian bagi meredakan demam panas. Kulit batang sentul pula biasa dibuat serbuk untuk merawat penyakit kurap. Selain itu, kayu pokok sentul turut digunakan dalam pertukangan, pembinaan ringan dan pembuatan perkakas rumah. (Sumber : frim.gov.my)
Encik suami dan adiknya sedang memetik buah Setoi. Tinggi pokoknya dan berbuah lebat.
Bukan mudah, sekali memetik dapat sebiji dua buah Setoi. Eh, jaring pemetik buah tu bukan koyak tau, saya ambil foto fokus pada buah jadinya jaring ‘terhilang’ pulak.
Inilah buah Setoi atau Sentul. Dan ada beberapa nama panggilan lain mengikut bahasa setempat.
Rupa isi dalam buah Setoi - putih, lembut dan ada ulas. Tapi ni dah tak nampak ulas, sebab sebahagian dah masuk mulut. Cara makan pulak macam kita makan ulas manggis yang ada biji besar - kemam dan luah balik. Rasa buah Setoi? Yang saya makan ni rasa masam sikit dan manis sikit. Kira ok lah isi buah Setoi ni, boleh dimakan segar. Kulit buah Setoi ni tebal. Menurut adik ipar, buah Setoi ni biasanya orang buat jeruk dan kulitnya orang buat masak sebagai sayuran.
——————————————————-
Ada banyak jenis buah-buahan lain di sekeliling rumah adik ipar. Antaranya buah Nona. Ada juga buah lemon, bersaiz besar cantik. Geram je saya tengok. Memang menjadi sungguh hasil tanaman mereka ni. Tentunya memerlukan usaha yang gigih.
Kita selit satu foto selain buah - Sweetie namanya. Dia pun sibuk ke sana ke sini.
.
bestnya...petik sendiri buah2an...pernah makan buah sentul, lama dulu, dah x jumpa sekrg ni...
ReplyDeleteKategori buah nadir, buah yang hampir pupus. Memang susah nak jumpa.
Deletewahh untungla dpt petik buah mangga harumanis perlis nih., kalo kt pasaran skrg rm31 sekilo tuuuh., ;p
ReplyDeleteOh..mahalnya! Pernah beli di Perlis RM25/kg.
DeleteBetul nampak luas dan terjaga pokoknya. Rajin mereka menjaga keliling tidak bersemak-samun.
ReplyDeleteItulah…sedap mata memandang.
DeleteOrang kata harumanis ni buah kayangan... betul ke?
ReplyDeleteErr…betul kot uncle, sebab ditanam di negeri Perlis Indera KAYANGAN 😅
DeleteSeronoknya dpt petik buah2
ReplyDeletealahaiii terasaaa nikmat bahagia
bg ciknur ni la impian nk hidup dikelilingi tanam tanaman buah2
buah setol, zaman kanak2 ciknur memang feberwtt la
Arwah ayah ada tanam jga tp jenis buah besar2
Wah...ada memori zaman kanak2 dengan buah sentul.
Deletebagusnya. rajin mereka berkebun. lama tak makan buah setoi dan harum manis. makan di Perlis lagi feel. macam strawberry kena makan di Cameron
ReplyDeleteSekarang pun dah musim ujung2 buah harumanis ni ..
ReplyDelete