Tuesday, 7 June 2022

Insomnia Gara-Gara Pengambilan Dexamethasone

[in.som.nia] | اينسومنيا
Definisi : (Ubat) keadaan tidak dapat tidur atau sukar utk tidur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Kisah bermula pada 22 Mei lalu, saya berjumpa doktor untuk masalah ekzema. Ekzema saya ni bukan sentiasa ada, tapi datang pergi. Berbulan atau bertahun bebas, kemudian dia muncul semula. Macam baru-baru ni, ekzema muncul selepas raya. Entah mungkin ada pemakanan atau persekitaran yang jadi pencetus ekzema, tak dapat dipastikan.

Doktor kemudiannya memberikan saya beberapa jenis ubatan sapu dan ubatan berbentuk pil - termasuk ubat jenis steroid iaitu Dexamethasone 0.5 mg sebanyak 30 biji. Pada lima hari pertama saya perlu ambil 2 biji x 2 kali sehari dan pada lima hari berikutnya saya perlu ambil 1 biji x 2 kali sehari.


Insomnia
Sejak pengambilan Dexamethasone, bermulalah masalah tidur saya. Mata dah sangat mengantuk (tambahan pulak untuk malam saya perlu ambil ubat antihistamine Piriton 4 mg yang membuatkan kita mengantuk), tapi dalam masa yang sama saya tak boleh nak tidur. Puaslah berzikir macam-macam, tetap juga tak terlena. Biasanya sehingga tengah malam baru terlena. Gangguan seterusnya - beberapa jam sekali saya akan terjaga dan selepas itu susah nak tidur semula. Saya terjaga tanpa sebab, bukan nak ke tandas atau bukan sebab bermimpi buruk. Aduhai…memang seksa hidup bila tak cukup tidur ni tau. Masa ni saya tak tahu dan tak sedar semuanya disebabkan pengambilan Dexamethasone.

Saya sendiri rasa pelik dengan perubahan drastik yang berlaku. Saya buat carian di internet mengenai insomnia, katanya berpunca dari tekanan atau perubahan hormon. Saya fikir-fikir…saya tak ada pulak rasa tertekan atau fokus berfikir apa-apa masalah. Kalau perubahan hormon, apa pulak masalah dalam badan saya ni? Ehh, jadi tertekan fikiran dek fikir kenapa saya ada masalah tidur pulak.

Sehinggalah masa hari ke-6 pengambilan ubat, saya terlupa makan selama 3 hari sebab masa tu ke rumah adik ipar di Perlis. Sibuk berjalan dan masa tu ekzema saya nampak dah pulih, jadinya terlupalah nak makan ubat. Selama 3 malam tersebut saya dapat tidur normal, tak ada masalah tidur.

Disebabkan ikut preskripsi, saya perlu habiskan Dexamethasone maka saya sambunglah ambil ubat tersebut. Malamnya sekali lagi masa tidur saya jadi kacau bilau - tidur, jaga, tidur, jaga. Masa nilah baru saya terfikir…eh, adakah sebab ubat yang saya ambil? Kalau ubat antihistamine saya dah agak biasa ambil, tak pernah ada kesan sampingan (yang saya perasanlah). Tapi kalau Dexamethasone memang saya tak pernah ambil lagi. Mungkinkah???


Ini Sebabnya
Esok paginya saya terus buat carian berkenaan Dexamethasone. Hasilnya….

Sumber : webmd.com

Kesan sampingan 
Kebanyakan kesan sampingan biasa dexamethasone, seperti jangkitan dan hipertensi, adalah agak ringan, terutamanya apabila dos ubat adalah rendah dan apabila anda tidak mempunyai keadaan perubatan yang serius.

Biasa 
Walaupun pada dos rendah dexamethasone, anda boleh mengalami beberapa kesan sampingan. Biasanya, kesan sampingan ini hilang dalam masa beberapa minggu selepas anda berhenti mengambilnya. Kesan sampingan biasa termasuk:

Bertambah selera makan
Masalah tidur
Tekanan darah tinggi
Pedih ulu hati
sakit kepala
Gula darah tinggi

(Sumber : medmalay.com)

Lega jugak saya bila tahu insomnia yang saya alami adalah kesan sampingan biasa bagi mereka yang mengambil Dexamethasone. Ubat ini jugalah yang heboh diperkatakan untuk merawat COVID-19. Selama ni saya tak ambil peduli pun, bila dah alami kesan sampingan begini barulah sibuk mencari info sana sini…hehe.

Saya catatkan di blog sebagai rujukan sendiri untuk masa akan datang dan perkongsian pengalaman kepada semua. Bacaan lengkap berkenaan Dexamethasone boleh baca DI SINI.

Ada yang pernah ambil Dexamethasone dan alami apa-apa kesan sampingan? Jom kongsi pengalaman.





18 comments:

  1. tak penah ambik ubat ni
    baca kesannya tu buat risau jga kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, walaupun masih kategori kesan sampingan biasa, tapi risau jugak nak ambil ubat ni lepas tau banyak kesan sampingannya.

      Delete
  2. Nasib baik sebab ubat tidak boleh tidur.
    Harap tidak perlu ambil dexamethasone berterusan. Agaknya boleh tukar ubat tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat berharap lepas ni kalau kena ekzema lagi, tak teruk sangat, tak perlu ambil ubat steroid. Akan datang memang akan menolak kot kalau dapat ubat gini, tak sanggup lalui fasa insomnia lagi.

      Delete
  3. Bagus puan buat rekod tentang ubat-ubatan yg diambil. Sekurang-kurangnya boleh tahu ubat apa yg menyebabkan kesan sampingan. Semoga yg baik-baik saja utk puan ,🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin, terima kasih doa PH.
      Dah buat rekod senang nak rujuk balik bila perlu.

      Delete
  4. Bertambah selera makan?

    Aduh... bahaya ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya macam terasa perubahan - bertambah selera makan, tapi tak pasti sebab memang selama ni pun selalu selera makan 😅. Kesan sampingan yang bahaya jugak kan.

      Delete
  5. Risau jugak ye kak kenapa bila dah tahu puncanya baru rasa lega... macam dana ni makan ubat antibiotik rambut banyak gugur, dah makin nipis rambut ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga Dana cepat sembuh sepenuhnya, tak payah ambik antibiotik tu lagi.

      Delete
  6. Saya tak pernah ambik Dexamethasone. Terima kasih, share pasal ni.
    Ujie punya masalah ekzema mild ke, teruk ke, atau camne? Eh, menyibuk pulak saya. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..saya rasa tak teruk, doc pun kata tak teruk. Cuma dia berulang di tempat yang sama - jari. Ekzema dan dah terkena jangkitan sebab tangan kan selalu guna untuk buat kerja-kerja rumah. Jadinya doc bagi ubat yang ‘power’ supaya cepat baik.

      Delete
  7. Tak pernah lagi ambil ubat mcm ni. Tapi kalau ambil ubat atau makan apa-apa yang menyebabkan jantung berdebar tu mmg paling menakutkan lah. Rasa macam time tu jugak nak pergi hospital bahagian emergency huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau akak, minum nescafe je pun jantung jadi berdebar. Memang kena elak nescafe.

      Delete
  8. terima kasih berkongsi. Alhamdulillah tak pernah makan sebab takde masaah ekzema. payah jugak tu sebab antihistamine selalu buat mengantuk.

    ReplyDelete
  9. Antihistamine doc bagi dua jenis - cetirizine untuk siang sebab tak beri kesan mengantuk dan piriton untuk malam sebab beri kesan mengantuk.

    ReplyDelete
  10. lepas ni kena take notelah pada ubat yg doctor bagi...
    kena mention kat doctor kesan dari pengambilan dexa ni

    ReplyDelete
  11. terima kasih berkongsi info...rasanya tk pernah makan ubat ni...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****