Tuesday, 28 June 2022

Masjid Buluh Gua Musang Yang Unik!

Dalam entri terdahulu, saya ada menyebut berkenaan sebuah masjid unik yang terletak berdekatan dengan Warong Muse. Lebih tepat lagi, ia berada di satu kawasan yang sama di Muse Ecopark.

Kenapa masjid ini unik? Sesuai dengan namanya Masjid Buluh, 90% binaan masjid ini diperbuat daripada buluh betung tempatan dan buluh hitam yang diimport dari Bandung, Indonesia. Masjid dengan senibina buluh, memang sungguh unik!

Masjid Buluh telah diilhamkan oleh Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat. Masjid yang dibina oleh Kerajaan Negeri dengan kos RM400,000 ini telah dibuka secara rasmi pada Mac 2018.

Masjid Buluh Gua Musang, Kelantan
Inilah pandangan bahagian hadapan Masjid Buluh. Pada mulanya saya tak tahu ini adalah sebuah masjid kerana ia tak kelihatan seperti binaan masjid yang biasa. Dari kejauhan saya menyangka inilah kedai makan yang kami cari. Elok je kami parkir di perkarangan masjid, barulah perasan ini bukan kedai makan. Eh, ada orang solat pulak di dalamnya. Bila diteliti, barulah saya nampak papan tanda bertulisan Jawi - Masjid Buluh Gua Musang. Oh, masjid!

Masjid Buluh Gua Musang, Kelantan
Padahal ada je tu menara (untuk pembesar suara) yang biasa terdapat di masjid-masjid. Tak perasan pulak dari jauh.

Masjid Buluh Gua Musang, Kelantan
Eh, foto tandas pun nak dirakam? Mestilah, sebab tandas ni unik tau - perhatikan dinding dan bumbungnya. Bukan setakat binaan tandas saja yang unik, malah tandas di sini cukup bersih dan diselenggara dengan baik. 

Masjid Buluh Gua Musang, Kelantan
Tersenyum saya baca pesanan ni. Orang Johor yang cuba membaca dalam loghat Kelantan.

Masjid Buluh Gua Musang, Kelantan
Tempat wudhuk muslimat. Terbuka di bahagian atasnya. Tak pasti memang begini atau bumbungnya rosak/tanggal. Apa yang pasti, saya suka konsep terbuka begini. Ambil wudhuk dengan pemandangan indah bukit batu kapur. Lantai pun cepat kering. Semasa saya di sini, saya nampak ada petugas muslimah yang sedang menyapu lantai. Patutlah di sini semuanya nampak kemas dan bersih.

Masjid Buluh Gua Musang, Kelantan
Pintu masuk ke ruang solat muslimat.

Ruang solat muslimat. Leka mata saya memerhati keseluruhan ruangan masjid ini. Dari celahan dinding pula, saya dapat melihat deretan pokok buluh dengan daun yang meliuk ditiup angin. Suasana terasa begitu nyaman dan sangat tenang. Terasa begitu dekat dengan alam.

Masjid Buluh Gua Musang, Kelantan
Di sudut sisi masjid, saya ternampak kain rentang ni - derma untuk baiki kerosakan masjid akibat ribut. Bagi yang nak menderma, boleh salurkan ke akaun bank Muamalat Masjid Buluh Gua Musang - 03070000388714.

Sebenarnya banyak lagi sudut menarik di masjid ni - bangku buluh, tanaman hiasannya dan gazebo buluh di perkarangan masjid. Tapi orang agak ramai, segan pulak saya nak memotret sana sini. Pendek kata, segalanya terlihat menarik di mata saya.

Bagi sesiapa yang ada ke Gua Musang atau melalui Jalan Kota Bharu - Gua Musang, bolehlah singgah ke masjid yang unik ni. Sememangnya ia menjadi tempat persinggahan para musafir sebelum ke destinasi masing-masing. Lagi pulak mudah semuanya ada di kawasan yang sama - ada kedai makan, kedai runcit dan kedai kopi. Carian di Google Maps - Masjid Buluh.




13 comments:

  1. Unik dan terbuka boleh biarkan angin masuk.

    ReplyDelete
  2. Bagusnya perkongsian begini. Banyak info yang saya dapat. Unik sungguhlah masjid dibina gunakan buluh betung.

    ReplyDelete
  3. menarik..ada anyaman bercorak...sangat alami senibinanya...Alhamdulillah, bersih dan selesa digunakan..

    ReplyDelete
  4. selama 2 bulan duduk ulang alik merapoh - gua musang, tak pernah tahu pun pasal masjid ni.. tapi gua musang memang banyak masjid..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tak lalu jalan ni. Kalau lalu mesti nampak sebab kedudukannya tepi jalan besar.

      Delete
  5. cantik dan unik..diperbuat dari buluh..dan masjid pun nampak bersih ja..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  6. Mesti sejuk saja di dalam masjid ni. Dulu sempat merasa tinggal di rumah berdinding buluh :)

    ReplyDelete
  7. kalau dari depan dana pun terpikir kedai makan kak. Memang unik senibinanya dari buluh semua tapi mesti sejuk je kan. Dana kalau ke masjid jumpa tandas dia bersih memang bahagia rasa sebab kadang masjid besar elok cantik tandasnya hancus macam takde yang jaga.

    ReplyDelete
  8. menarik dan unik masjid ni kak Ujie. terima kasih berkongsi. walaupun tempat berwuduk muslimah begitu tapi saya rasa mesti privasi. kelantan sangat jaga benda berkaitan aurat ni

    ReplyDelete
  9. Wah! ni sangat menarik! Ala2 resort pun ada!

    ReplyDelete
  10. cantik & unik..sbb dr buluh buatannya

    ReplyDelete
  11. Rasa tenang baca entri Ujie ni. Seronoknya, dapat pergi masjid unik macam ni.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****