CATATAN KEMBARA 8 HARI 7 MALAM DI BUMI HARAMAIN
HARI KEEMPAT | JUMAAT, 10 APRIL 2026
Sambungan entri terdahulu —> Ukhuwah di Mekah : Buah Tangan Pemberian Rizwana dari Karachi, Pakistan
Tiada aktiviti khusus pada hari ke-4 kami di Mekah, kecuali bagi para jemaah yang mahu melakukan umrah tambahan mereka dibawa ke tempat miqat di Tanaim oleh pihak Rayhar pada waktu awal pagi.
Kami para jemaah diberi pilihan menyertai aktiviti tambahan - lawatan ke Muzium Wahyu di Hira Cultural District dan makan nasi unta. Aktiviti ini dilakukan pada waktu petang/malam dengan tambahan bayaran, iaitu 100 riyal bagi orang dewasa dan percuma bagi kanak-kanak bawah umur 12 tahun. Pengumuman berkenaan aktiviti tambahan ini dimaklumkan di grup Telegram, sehari sebelumnya. Perlu isi nama, manakala bayaran dibuat semasa di dalam bas.
Pada mulanya, saya tak mahu ikut serta sebab saya berhasrat menunaikan solat fardu berjemaah di Masjidil Haram pada malam terakhir di Mekah. Tetapi selepas itu saya ubah fikiran.
Pukul 4.30 petang, saya dan Encik Suami berjalan kaki dari hotel penginapan kami menuju ke Hotel Olayan Ajyad - lokasi para jemaah berkumpul untuk menaiki bas.
Menyaksikan kemeriahan di kawasan dataran - para penjual membentangkan barang jualan di lantai. Para pembeli sibuk membelek dan memilih. Murah agaknya. Saya nak cepat, tak sempat memerhatikan jualan mereka. Apa yang saya tahu, mereka menjual secara tidak sah. Jika ada penguatkuasa datang, mereka terus bungkus barang jualan dan melarikan diri.
Berlaku kesesakan teruk di jalan raya, bas tak dapat masuk untuk ambil kumpulan kami. Jadinya kami perlu berjalan kaki ke suatu lokasi lain yang terletak di bahagian belakang bangunan hotel. Alhamdulillah akhirnya kami dapat naik bas dan bergerak menuju ke Hira Cultural District pada pukul 5.20 petang.
HIRA CULTURAL DISTRICT
Hira Cultural District is located at the foot of Mount Hira in Makkah—near the place where the first verses of the Qur’an were revealed. More than just a location of historical significance, the district was created to offer visitors a meaningful way to explore that history today. Through immersive exhibitions, curated museums, and spaces designed for comfort and reflection, the district brings together culture, education, and visitor experience in one destination. - info lanjut di hiradistrict.com
Ada dua buah bas yang membawa kumpulan kami. Ini bas yang saya dan Encik Suami naik, tak selesa sebab kotor - berhabuk dan bersepah sampah jajan. Syukurlah perjalanan tak jauh, lebih kurang 20 minit saja.
Sebelum meninggalkan bas, saya ambil foto bas supaya mudahlah nanti nak kenal pasti bas mana satu yang saya naik - persediaan sekiranya terpisah daripada kumpulan.
Selesai taklimat ringkas dan sesi fotografi berkumpulan, kami berjalan masuk ke kawasan yang menempatkan bangunan Hira Cultural District.
Saya tak pasti sejak bila tempat ini wujud, tetapi nampaknya ia baru dibina. Ketika kumpulan kami tiba di sini, suasana agak meriah. Ramai pengunjung tetapi tidaklah sesak.
Tak banyak foto kenangan yang saya rakam di sini, entah kenapa. Mungkin kerana badan saya kurang sihat pada hari tersebut, jadi malas dan kurang bersemangat.
Kami berkumpul di tempat permulaan laluan pendakian ke Gua Hira’, mendengar penerangan dan kisah sirah yang disampaikan oleh para mutawif.
Inilah Jabal Nur, di puncaknya terletak Gua Hira’ - di sinilah Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama daripada Allah SWT melalui Malaikat Jibril.
Dari kejauhan, saya dapat menyaksikan ramai orang sedang mendaki Jabal Nur. Kalau ada rezeki, suatu masa nanti teringin juga saya cuba mendaki Jabal Nur.
Sementara menunggu giliran kumpulan kami untuk masuk ke Muzium Wahyu, kami dibenarkan berjalan-jalan melihat sekitar Hira Cultural District yang turut menempatkan deretan kafe dan kedai jualan.
Sekitar pukul 6.38 petang, masuk waktu solat Maghrib. Kedengaran azan berkumandang dari masjid yang terletak di salah satu bangunan di sini. Kalau kita biasa sebut surau, tapi di sini masjid merujuk kepada semua tempat solat tak kira besar atau kecil ruangnya.
Ruang solat perempuan terletak di tingkat bawah (ground floor) dan juga di tingkat atas (1st floor) dengan ruang lebih luas. Tandas dan tempat berwuduk hanya ada di tingkat bawah sahaja.
Kalau di Malaysia biasanya ada selipar untuk kita ke tandas dan berwuduk, tetapi di sini tidak disediakan. Masing-masing memakai kasut/sandal sendiri. Saya pula pakai kasut (walking shoes), kononnya supaya selesa untuk aktiviti luar begini tetapi rupa-rupanya kurang sesuai bila perlu singgah solat di surau/masjid.
Ruang solat di bawah dah penuh, jadinya saya naik tingkat atas. Di situ ada seorang penjaga perempuan yang mengatur dan mengarahkan para jemaah terus masuk saf hadapan dan berdiri rapat. Bagus begini kan, tidaklah saf lompong sana sini.
Selesai menunaikan solat secara berjemaah, kami berkumpul di kawasan hadapan Muzium Wahyu bagi menunggu giliran masuk.







Nampak sayup dan tinggi Gua Hira'.
ReplyDeleteBegitulah kesungguhan baginda Nabi Muhammad SAW mendaki gua untuk beruzlah.
Ramai pulak tu yang jual secara tak sah. Kalau penguatkuasa datang mesti huru hara dorang mengemas barang.
ReplyDeleteWalaupun kurang sihat, semangat jugalah nak datang sini kan. Dapat pengalaman. Semoga ada rezeki datang lagi dan mendaki Jabal Nur.
Bagusnya ada yang menjaga supaya saf tu rapat.
Sedap nama Hira' Cultural District. Sayup-sayup mata memandang Gua Hira' yang tinggi itu ye. Bila agaknya dapat datang ke sini ye
ReplyDeleteMenjual kat lantai je dorg kat sana. Bestnya kalau dapat peluang ke sana.
ReplyDeleteSemoga Allah jemput saya juga ke sana nanti...in shaa Allah
ReplyDeleteBanyak perubahan di kaki Gua Hira'. Rasa syahdu je bila ke sini, teringat Baginda Nabi beruzlah dan terima wahyu.
ReplyDeleteBaru ni dapat juga solat di Masjid ni. Cantik, cuma hairan kenapa agak kecil jika dibandingkan dengan jumlah pengunjung.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Seronoknya dpt jadi tetamuNya.Doakan kami pun dijemput juga 1 hari nnt ye.Amin
ReplyDeleteBanyak perubahan berlaku setiap tahun kan
ReplyDeleteBeza sungguh zaman ciknur kesana 2016 masa tu tgh membangun kirikanan bangunan tinggi
Gua hira tmpt yg paling nak naik
Walau orgkta apa gagahh naik ke atas jga alhamdulillah
Alhamdulillah, seronoknya baca perkongsian Ujie. Pengalaman yang sangat berharga dapat melawat Hira Cultural District & Muzium Wahyu. Cantik sungguh pemandangan Jabal Nur dari bawah. Terima kasih kongsi info tambang dan panduan laluan di sana, berguna sangat untuk jemaah lain nanti. Semoga ada rezeki kami pulak dapat sampai ke Hira Cultural District dan jejakkan kaki ke sana suatu hari nanti, insya-Allah
ReplyDeleteKene ada kekuatan nak mendaki tu jugak ye kak... kalau kebetulan tak sihat payah jugak tu kan,
ReplyDelete