Wednesday, 15 June 2022

Penilaian Selepas Dua Bulan Rawatan ‘Root Surface Debridement’

SABTU | 28.05.2022

Sebelum ini saya pernah menjalani dua sesi rawatan Root Surface Debridement atau dikenali juga sebagai Deep Cleaning untuk masalah gusi susut yang saya alami. Catatan berkenaan rawatan tersebut DI SINI dan DI SINI.

Selepas dua bulan menjalani rawatan tersebut (bagi kes saya sudah pun melebihi dua bulan sebab susah nak dapat slot rawatan pada hari Sabtu), sekali lagi janji temu dibuat untuk doktor melakukan penilaian terhadap gusi saya. Kata mudahnya, doktor akan buat penilaian dengan cara mengambil bacaan ukuran gigi saya untuk dibandingkan dengan bacaan terdahulu.


BACAAN UKURAN GIGI

Setelah bacaan ukuran gigi diambil, Dr. Freeda maklumkan bahawa cuma ada dua batang gigi sahaja yang berada pada skala 4 - border line, iaitu sebatang gigi depan bahagian atas dan sebatang lagi gigi belakang bahagian kiri atas. Jadinya tak perlulah saya menjalani rawatan lanjutan iaitu pembedahan sebab tak ada gigi yang berada pada skala melebihi 4. Alhamdulillah! Terima kasih Allah! Memang puas saya berdoa pasal ni tau, sebab rasa seram pulak kalau gusi nak dibedah. Juga entah berapa pulak kosnya.

Info :
A larger or a higher number indicates that you have gum issues such as plaque and tartar buildup. If you hear numbers of 0 or 1, you are doing pretty well. 2 and 3 means we need to work on your gums a little more and 4 will require some deeper cleaning and closer monitoring.


PENYELENGGARAAN GIGI

Selesai mengambil bacaan ukuran gigi, doktor melakukan penyelenggaraan (maintenance) gigi. Mula-mula doktor buat scaling dan kemudian renew splinting - ikatan gigi lama dibuang dan diganti dengan ikatan gigi yang baru.

Alhamdulillah, rawatan selesai dalam tempoh 1 jam. Caj dikenakan sebanyak RM550. Walaupun tak perlu menjalani pembedahan, saya masih perlu buat rawatan susulan selepas tiga bulan. Janji temu berikutnya adalah pada penghujung bulan Ogos. Jika gusi saya semakin sihat (gusi yang sihat adalah gusi yang mampu memegang kukuh gigi), rawatan susulan akan dibuat setiap enam bulan sekali sahaja.


Ambil gambar kenangan, hujung bulan ini klinik Dr. Freeda akan berpindah ke lokasi baru.
Nampaknya tahun 2022 ni menjadi ‘tahun rawatan gigi’ buat saya. Belum pun setengah tahun, sudah 8 kali saya bertemu dengan Dr. Freeda. Alhamdulillah rasa takut berjaya ditolak ke tepi dengan bantuan Allah. Setiap kali menjalani rawatan, hati sentiasa berzikir dengan doa berikut (doa ini juga - dalam versi lebih panjang, saya amalkan setiap kali memulakan perjalanan dan jika hati merasa risau fikirkan sesuatu hal) :

ربّ يسّر ولا تعسّر
Ya Allah permudahkanlah, jangan dipersulitkan.

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ
Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.







.


6 comments:

  1. Seram kalau kena bedah.
    Syukur. Kena rajin melawat doktor. Semoga istiqamah ya. Hehe benda ini mencabar untuk selalu datang ke klinik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..kena kuat semangat, klinik tu pulak jauh dari rumah.

      Delete
  2. Takutnya...! Seriau rasa pulak!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Memang takut kalau kena jumpa dentist selalu.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, semoga gusi & gigi bertambah baik...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Semoga dipermudahkn. Bila melibatkan gigi dan gusi, tak apalah susah sikit. Kalau dibiar rosak melarat lagi susah

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****