Judul : GURU AINI
Penulis : Andrea Hirata
Penerbit : Jejak Tarbiah
Tahun terbit : 2021
Jumlah halaman : 295
Novel pendidikan berjudul Guru Aini karya penulis dari Indonesia ini adalah edisi terjemahan untuk pembaca di Malaysia. Novel Guru Aini merupakan prekuel bagi novel Orang-orang Biasa. Prekuel bermaksud karya yang ceritanya berlatar sebelum karya sebelumnya. Kata mudahnya - novel Guru Aini merupakan permulaan asal cerita bagi novel Orang-orang Biasa.
Setelah membaca kedua-dua judul buku tersebut, saya berpendapat tak ada masalah untuk kita memahami cerita yang nak disampaikan dan tak terganggu pembacaan kalau kita membaca mana-mana judul terlebih dahulu. Dan kalau kita membaca salah satu judul saja pun, kita masih boleh menikmati cerita yang disampaikan. Tapi tentunya lebih seronok kalau kita dapat membaca kedua-dua judul bagi sebuah jalan cerita yang lebih lengkap.
SINOPSIS
Desi, seorang yang teguh pendirian dan penuh semangat mahu menjadi guru matematik demi mendidik anak bangsa. Selesai kursus perguruan, Desi dihantar mengajar ke suatu tempat yang jauh. Begitu jauhnya sehingga Desi perlu melalui perjalanan selama enam hari enam malam dengan menaiki pelbagai pengangkutan darat dan laut untuk tiba di Kampung Ketumbi.
Novel ini adalah tentang kesungguhan seorang murid bernama Aini yang mahu pandai matematik kerana mahu menjadi doktor pakar untuk mengubati penyakit ayahnya. Juga kesungguhan Desi mencari cara untuk memandaikan Aini - seorang murid yang sentiasa mendapat markah rendah dalam matematik.
Berjayakah Desi menjadi guru matematik terbaik bagi Aini? Sejauh manakah kesungguhan Aini untuk pandai matematik dan bertahan dengan ketegasan Desi?
PETIKAN MENARIK NOVEL
1. Pendidikan memerlukan pengorbanan, bu. Pengorbanan itu nilai tetap, pemalar, tak boleh ubah.
2. Menjadi guru adalah panggilan jiwa.
3. Apa pun yang tak mampu membunuhmu, akan membuatmu semakin kuat.
4. Tanpa idealisme, orang akan hidup dengan menipu diri sendiri, dan tak ada yang lebih lelah daripada hidup menipu diri sendiri.
5. Guruku, Bu Marlis, baik dan pintar, membuatku ingin menjadi guru dan membuatku jatuh cinta pada matematik, jatuh cinta untuk yang pertama.
6. Seseorang tak patut mendapat penghargaan kerana melakukan pekerjaan yang memang kewajipannya.
7. Guru yang baik adalah guru yang dapat memacu kecerdasan muridnya. Guru yang lebih baik adalah guru yang dapat menemukan kecerdasan muridnya. Guru terbaik adalah guru yang tak kenal lelah mencari cara agar muridnya mengerti.
8. Kemungkinan tak terhingga adalah bagi mereka yang ingin belajar, bagi mereka yang punya niat baik, bagi mereka yang berani bermimpi.
9. Dalam perjalanan yang panjang menuju keikhlasan, kita akan menemukan harapan. Dalam perjalanan yang berliku-liku menuju pengorbanan, kita akan menemukan keberanian. Namun menuju kejujuran pada diri sendiri, akhirnya kita akan pulang.
10. Tak ada yang lebih membuat murid gembira selain berhasil mempelajari sesuatu, dan tak ada yang membuat seorang guru gembira selain menemui cara untuk mengajari muridnya.
Secara keseluruhannya, saya sangat menikmati pembacaan novel ini. Ianya sarat dengan prinsip hidup, semangat juang dan kritikan sosial yang disampaikan secara santai dan lucu. Saya fikir tentu bukan mudah bagi seorang penulis untuk menghasilkan karya yang membawa mesej agak berat, tetapi dengan gaya penceritaan yang boleh membuat pembaca kerap tersenyum atau tertawa sendiri.
Novel Guru Aini, bacaan yang tepat bagi para pendidik atau bakal pendidik dan juga anak remaja agar dapat mengambil semangat juang Desi dan Aini.
Dalam desau sepi angin pagi
Dalam gerimis hujan dini hari
Dalam gerak-gerik halus benda-benda
Dalam harapan-harapan yang tak terkata
Tersimpan rahsia
Mengapa kita ini ada
- Andrea Hirata
Kesungguhan Aini untuk mahir dalam Matematik walaupun sukar dan gurunya tidak putus asa untuk ajar memang patut dicontohi. Dalam realiti susah hendak dapat 2 kombinasi begini.
ReplyDeleteSusah nak dapat guru macam ni....
ReplyDeleteWah. Makin tak sabar nak baca Guru Aini. Sekarang tengah habiskan naskah Doa Untuk Aku oleh Bahruddin Bekri
ReplyDeleteMenarik novel ni. Sesuai dibaca semua peringkat umur
ReplyDeleteBoleh beli ni untuk anak Mrs. A si Aryssa yang sedang tunggu results SPM
ReplyDeletesy belum lg penah membeli novel dr penulis tanah seberang... nmpknya kena try beli utk dibaca lps ni... sblm ni selalu tgk review dr kwn² je
ReplyDeletemenarik jugak ni kak, novel yang bermotivasi
ReplyDeleteseronok baca novel ni...kelakar deskripsi penulis ttg gelagat anak2 murid yg takut subjek matematik...hehe..
ReplyDeletetulisan org seberang kadang2 lain dr yg lain
ReplyDelete