Bersambung kisah rawatan pergigian saya, kali ni saya catatkan pengalaman menjalani rawatan dental crown atau biasanya orang sebut sebagai pasang crown gigi. Rawatan ini disyorkan oleh doktor pergigian untuk melindungi gigi geraham saya selepas gigi tersebut menjalani Rawatan Salur Akar (Root Canal Treatment). Catatan pengalaman saya menjalani Rawatan Salur Akar boleh baca DI SINI.
Apa Itu ‘Dental Crown’?
- Dental Crown atau sarung gigi adalah satu bahan pergigian yang menutupi keseluruhan struktur gigi.
- Dental Crown akan disimen pada permukaan struktur gigi dan ianya berfungsi sebagai lapisan gigi yang paling luar.
Prosedur Rawatan ‘Dental Crown’
Sebanyak dua kali janji temu diperlukan untuk saya menjalani rawatan Dental Crown. Janji temu pertama dilakukan selepas 5 hari saya selesai menjalani rawatan salur akar. Secara keseluruhannya, rawatan ini tidak menyakitkan cuma mungkin rasa sedikit seriau semasa prosedur pemotongan sebahagian lapisan luar gigi.
1. Janji temu pertama | 30 April 2022 | Tempoh rawatan : 1 jam
- ambil acuan gigi.
- prosedur pemotongan atau membuang sebahagian lapisan luar gigi bagi menyiapkan gigi untuk menerima dental crown.
- ambil acuan gigi yang telah dipotong untuk membuat dental crown (biasanya siap dalam tempoh 1-2 minggu).
- pemasangan dental crown sementara.
2. Janji temu kedua | 14 Mei 2022 | Tempoh rawatan : 15 minit
- buka dental crown sementara dan pasang dental crown yang sudah siap dibuat. Dental crown ni akan disimen pada gigi.
Jenis ‘Dental Crown’
Bagi rawatan dental crown saya, doktor pergigian menawarkan dua pilihan sahaja - sama ada ceramic (all-ceramic crown) dan satu lagi saya ingat-ingat lupa tapi kalau tak silap ingatan ianya porcelain (porcelain fused to metal). Doktor mengesyorkan saya memakai ceramic crown kerana ciri-cirinya yang lebih baik. Tetapi harganya juga lebih mahal. Saya ikut saja saranan doktor, iaitu memilih ceramic crown.
Kos rawatan dental crown untuk gigi geraham saya sebanyak RM1,300. Pembayaran dibuat dua kali. |
Berkenaan kos dental crown, ia bergantung kepada jenis dental crown yang dipilih dan di klinik mana kita buat rawatan tersebut. Jadinya sebelum nak buat dental crown boleh lakukan carian sendiri berkenaan kos ni ya. Tentunya lebih murah jika dapat buat di klinik pergigian kerajaan.
———————————————————-
Alhamdulillah, dengan adanya dental crown setakat ini berjayalah menyelamatkan sebatang gigi geraham saya. Tapi duitnya jelah yang tak dapat diselamatkan…huhu. Banyak berhabis untuk selamatkan gigi geraham sebab memang diperlukan untuk saya terus menikmati variasi makanan dan memperbaiki kualiti kehidupan.
Sehingga detik saya menulis entri ini, sudah hampir 3 minggu saya menggunakan gigi geraham tersebut. Syukur kerana ia berfungsi baik seperti mana kita mengunyah dengan gigi asli. Cuma saya tetap berjaga-jaga untuk tidak mengunyah makanan yang liat atau keras. Perlu diingat bahawa dental crown bukanlah jaminan gigi kita dah selamat selamanya, ia masih perlu dijaga baik. Semoga dental crown saya mampu bertahan selama mungkin.
Sesungguhnya nikmat Allah itu sangat berharga walaupun hanya pada sebatang gigi. Bukan saja hilang nikmat mengunyah makanan, tapi kunyahan yang tak sempurna juga boleh mengganggu sistem penghadaman kita.
Boleh tengok video ni untuk lebih mudah faham apa itu rawatan dental crown.
ALAMAK nak kena buat scaling lah. dah lama sungguh tak buat ni.
ReplyDeleteSaya baca entri ni, sambil menahan rasa ngilu. :)
ReplyDeleteMahalnya kos dia. Lagi mahal dari saya operate cabut gigi geraham bongsu dulu, RM900.
Seriau la pulak....
ReplyDeleteYa demi kualiti untuk mengunyah makanan. Selamat menjaga dengan tapi.
ReplyDeletesaya pun dok simpan duit untuk buat croen ni, tapi pastu dugaan berjalan kuat pulak. haih
ReplyDeleteAlhamdulillah dh boleh kunyah dgn selesa
ReplyDeletesemoga ok semuanya..
ReplyDelete