Selama ni kalau buat cekodok pisang, saya mesti tambahkan bahan penaik. Tapi tetap juga hasilnya tak sekata - hari ni buat boleh la dianggap naik, hari lain buat eh leper je. Pendek kata, memang tak pandai buat cekodok yang menepati citarasa sendiri. Bab bulat, memang jauh sekali sebab saya tak berani nak ‘jemput’ guna tangan untuk letak dalam minyak panas 🤭
Sehinggalah baru-baru ni saya tonton video masakan Che Nom, beliau tunjukkan cara membuat cekodok pisang yang rangup di luar, lembut di dalam dan bulat cantik tanpa menggunakan bahan penaik. Saya pun rasa teruja nak mencuba. Cuba sekali, wah…Alhamdulillah menjadi!
Terus buat sekali lagi - dalam seminggu dah dua kali buat cekodok pisang. Punyalah seronok buat bila dah tahu cara 😁
Hasil tunjuk ajar Che Nom, akhirnya dah umur gini baru tahu cara buat cekodok yang sedap! Memang sedap sebab cekodok ni rangup di luar tapi lembut di dalamnya. Cuma nak buat bulat cantik jelah tak berjaya sebab saya ‘jemput’ guna sudu sup tu 😅
Lepas ni rajinlah saya buat cekodok pisang yang sememangnya antara makanan kegemaran kami suami isteri. Puas hati kalau dapat buat sendiri - lebih rasa pisang.
Bahan nak buat cekodok pisang ni memanglah ringkas - pisang, tepung gandum, garam, gula. Tapi cara yang digunakan akan menentukan bagaimana hasil cekodok pisang kita. Ada empat cara/teknik penting yang Che Nom tunjukkan dalam video beliau :
- Kepekatan adunan - tak boleh cair, tak boleh pekat sangat.
- Rehatkan adunan - sekurang-kurangnya selama 30 minit.
- ‘Jemput’ atau bulatkan guna tangan.
- Sentiasa ‘kacau’ cekodok yang sedang digoreng.
Macam mana nak tengok adunan cekodok sesuai atau tak dan lain-lain cara/teknik tu, bolehlah terus tonton video YouTube Che Nom di https://youtu.be/eCgpz5dbMz4
Alhamdulillah, sekarang saya dah boleh buat cekodok pisang tanpa rasa kecewa. Apa pun, bab masakan ni terpulanglah kepada citarasa masing-masing - nak letak bahan apa dan nak guna cara macam mana. Tak ada salah atau betul kerana cita rasa manusia berbeza.
Lama juga saya tak buat cekodok pisang. Teringat orang dulu-dulu, buat cekodok tanpa letak bahan penaik. Sedap!
ReplyDeleteOh patutlah che nom kata ni cara mak che nom.
DeleteCantik kejadiannya!
ReplyDeleteNampaknya PH kena belajar dgn Che Nom juga ni. Cekodok asyik leper je :D
Hehe...tak cantik pulak bila tengok leper. Dan tak rangup luarnya.
DeleteHaah kadang-kadang dapat sedap kadang-kadang kurang.
ReplyDeleteAgaknya boleh gunakan untuk jemput- jemput.
Saya pun terfikir jugak, kita cuba guna cara/teknik tu. Teringin jugak nak makan jemput2 rangup di luar, lembut di dalam.
Deleteheheheh aduh kak gelak dana baca tang takut jemput dengan tangan atas api tu, kita jemput dengan tangan masukkan dekat je dengan minyak, masukkan dari tepi insyallah tak terpercik.... dana jarang sangat boh serbuk penaik kadang boh kadang tak tapi biasa boh soda bikarbonat... itu pun jadikan cekodok cantik kak...
ReplyDeleteKehkeh...tulah sisi penakut akak - takut minyak panas.
Deletesedap makan time b/fast @ minuma petang..tapi leeya memang kalau buat cekodok tak letak bahan penaik
ReplyDeleteLebih ringkas bila buat tanpa perlu bahan penaik.
DeleteSebelum ni akak letak sebab konon nak bagi cantik tak leper cekodok. Tapi walaupun dapat cantik, tetap tak dapat rangup di luar tu.
Blh try nanti
ReplyDeleteFeberett ramai cekodok
Kena try cik nur, mudah je rupanya.
Deletetanpa serbuk penaik pun sedap juga...saya pernah cuba
ReplyDeletesedapnya...suka jg cekodok yg besar, yg gebu dalamnya, rasa mcm kek pisang..
ReplyDeleteTengok warna pun tau sedap!
ReplyDeleteSaya pun buat masak cokodok atau cucur, scoop guna sudu. Tak pandai guna tangan.
ReplyDeleteKalau tanpa bahan penaik, saya punya pun leper juga. Hehe.. tu saya guna tepung naik sendiri. :)
Samalah tak pandai. Cekodok memanjang benyek
ReplyDeleteOh, tq kak share tips dr che nom.. suka jugak tgk video masak che nom tp x penah jumpa video buat cekodok.. sy pn buat x konsisten... kdg² yg awal² je kembang baking powder tp makin lama makin kempis... hihihi
ReplyDeleteSedapnya
ReplyDelete