Tuesday 14 June 2022

Kotak Eksklusif Yang Ditunggu Sudah Tiba!

Alhamdulillah beberapa hari lalu, bungkusan berisi kotak eksklusif Kombo Merdeka 65 Tahun Karya Sasaterawan Negara A. Samad Said telah selamat saya terima. Pembeliannya saya buat pada pertengahan bulan lepas.

kotak eksklusif Kombo Merdeka 65 Tahun Karya Sasaterawan Negara A. Samad Said
Begini rupa bahagian depan kotak eksklusif. Sebuah kotak yang cantik dan kukuh.

kotak eksklusif Kombo Merdeka 65 Tahun Karya Sasaterawan Negara A. Samad Said
Bahagian belakang kotak eksklusif.

kotak eksklusif Kombo Merdeka 65 Tahun Karya Sasaterawan Negara A. Samad Said
Isi dalam kotak. Disusun kemas dan buku dalam keadaan baik.

kotak eksklusif Kombo Merdeka 65 Tahun Karya Sasaterawan Negara A. Samad Said
Apa ada dalam kotak eksklusif ni? Sebuah novel 3 dalam 1 (Salina, Langit Petang dan Hujan Pagi), sehelai t-shirt eksklusif, beg Nuha Books, sijil pemilikan, kad aluan dan kad terima kasih. T-shirt tu memang saya nak bagi encik suami pakai, jadi masa membeli set kombo ni saya terus pilih saiz bersesuaian.

kotak eksklusif Kombo Merdeka 65 Tahun Karya Sasaterawan Negara A. Samad Said
Novel 3 dalam 1 setebal 460 halaman.

kotak eksklusif Kombo Merdeka 65 Tahun Karya Sasaterawan Negara A. Samad Said
Pertama kali saya membeli buku dapat sijil pemilikan begini.

Alhamdulillah, saya sangat berpuashati dengan buku yang diterima. Tak sabar nak membaca, tapi buku ni kena masuk senarai buku yang menunggu untuk dibaca. Hehe. Sekarang saya sedang menghadam sebuah naskhah oleh Hamka.

Ada yang pernah membaca ketiga-tiga judul tersebut? Saya langsung tak pernah, sebab tu agak teruja membeli naskhah hasil karya Sasterawan Negara kita ni. Tambahan pulak ia didatangkan dalam bentuk set kombo istimewa begini.

Kalau berminat nak dapatkan set kombo di atas, sekarang (semasa saya menulis entri ini) harganya masih kekal RM110. Lebih menarik, kita boleh dapat diskaun tambahan sebanyak 5% dengan memasukkan kod promo : LOVEBOOKCAFE. Nak beli di mana? Klik je DI SINI ya. 





10 comments:

  1. Ekslusif betul.
    Aduh penantian satu penyeksaan.
    Selamat membaca.

    ReplyDelete
  2. wah... dh sampai dh... eksklusif sgt... kena simpan dlm display rack ni.. sayanggg

    ReplyDelete
  3. wahhhh cantiknya kotak eksklusif tu memang betul-betul eksklusif betul,isi nya pun sangat menarik, novel salina dulu dana pernah baca lama dulu yang lain tak pernah baca. Banyak betul koleksi buku akak ya

    ReplyDelete
  4. Selamat membaca...tak pernah baca buku2 tu..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dah sampai ye... Mesti tak sabar nak baca ye Puan :)
    Bagus packaging-nya, boleh & senang nak dijadikan hadiahkan...

    ReplyDelete
  6. slmt membaca Uji
    menarik kotaknya
    penulis tersohor , rasanya dulu Novel Salina tu penah baca
    he ee zaman masa minat novel2

    ReplyDelete
  7. wah buku SALINA ni berwajah baru...
    kita ada yang mula2 version dulu... tp lupa mana plak simpan.. buku arwah abah , byk buku2 lama dah x simpan sangat sbb byk dah reput

    ReplyDelete
  8. pernah baca Langit Petang tapi tak habis. Salina pernah baca, tapi dah lama sangat. selamat membaca kak Ujie

    ReplyDelete
  9. Menarik kotak eksklusif Ujie beli ni. Saya pernah baca buku Langit Petang. Ntah ke mana hilang bukunya.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****