AHAD | 05.06.2022
Dah agak lama saya berhajat nak beriadah di kawasan rekreasi Empangan Mengkuang ni, akhirnya sampai jua ke sini. Perjalanan dari rumah saya mengambil masa sekitar 30 minit dengan jarak 23 km. Bila semakin menghampiri kawasan empangan ni, kita perlu melalui jalan yang berliku-liku dan agak sempit.
Tu diaa…bukan main ramai pengunjung! Masa ni sekitar pukul 8 pagi, cuaca mendung dan hujan gerimis yang halus. Selepas meletakkan kereta di ruangan parkir (sebelah kanan dalam gambar), kami pun menyertai pengunjung lain untuk ke bahagian atas di mana terletaknya Empangan Mengkuang. Laluan untuk ke bahagian atas ni perlu mendaki dan agak jauh jugak.
Sampai di atas, ada semacam dataran. Kemudian ada pilihan laluan ke kanan dan ke kiri. Terpulanglah kita nak mulakan arah mana satu dulu.
Pemandangan dari atas - luas kawasan parkir yang disediakan. Tandas ada berhampiran pintu masuk ke kawasan ini, berhadapan dengan pos kawalan polis bantuan.
Di bahagian atas ni, kita boleh menikmati pemandangan Empangan Mengkuang yang menenangkan. Ada tembok keselamatan, tak boleh turun ke kawasan berbatu tu tau. Malah sebenarnya ada papan tanda melarang pengunjung naik/duduk di atas tembok. Tapi ramai je yang duduk atas tembok untuk berfoto, bahaya kalau terjatuh.
Saya dan encik suami sekadar melakukan aktiviti morning walk. Kami mulakan laluan ke kiri, kemudian kembali ke tengah (kawasan semacam dataran tadi) dan selepas tu ke laluan kanan pulak. Memang kebanyakkan pengunjung cuma berjalan kaki sambil berbual dan menikmati pemandangan. Ada juga yang berjoging, tapi tak begitu ramai. Masa kami di sini, angin bertiup agak kencang. Jadinya terasa nyaman je, tambahan pulak masa ni masih mendung.
Nun di hujung sana, ada pagar menandakan pengakhiran laluan rekreasi. Pagar begini ada di kedua-dua hujung laluan - kanan dan kiri.
Waktu operasi dan peraturan di sini.
Alhamdulillah selesai aktiviti morning walk kami yang pertama di Empangan Mengkuang. Jarak keseluruhan dari titik mula (gambar pertama) sehingga tiba semula di titik yang sama adalah sejauh 6.45 km. Saya rekodkan guna Samsung Galaxy Watch. Fuh, pecah rekod sendiri untuk tahun 2022 ni! Dapatlah hampir 10 ribu langkah untuk pagi ini. Alhamdulillah! Gitulah kan…orang tak biasa buat morning walk, joging memang jauh sekali. Sekali dapat jalan sejauh ini pun dah rasa cukup seronok 🤭
Insya Allah ada kesempatan bolehlah datang lagi ke sini. Tapi kena datang masa cuaca mendung la nampaknya, sebab kat empangan ni langsung takde pokok peneduh. Kalau masa panas terik, memang kena bakar jelah kat atas tu. Katanya dulu lebih seronok beriadah di sini, sebab ada pokok dan gazebo. Tapi semua tu dah berubah sejak empangan ni diperbesarkan dan lanskap pun turut berubah.
—————————————————————-
Dalam perjalanan balik ke rumah, kami singgah makan di Restoran Fauzan. Pertama kali kami makan di sini. Ingatkan menu sarapan sebab baru pukul 10 pagi. Tapi rupanya kat sini jual nasi campur. Makanya teruslah kami brunch (breakfast + lunch). Semuanya panas-panas, berselera sungguh kami makan. Lepas tu konon tak mau minum manis, eh kalah pulak bila nampak mango coconut shake 😅
.
lamaanya tak pi mengkuang dam
ReplyDeleteDah kena pergi la gitu..hehe
DeleteLawanya Mengkuang dam...walaupun saya org penang..tak pernah lagi sampai hehehe
ReplyDeleteSaya dah 2 tahun duduk Penang pun baru sekali ni laa sampai..hehe
DeleteSeronok jalan-jalan keluar peluh kemudian makan.
ReplyDeleteKan... 😁
Deletecantik sungguh pemandangan nya kak, hijau tenang je patutla seawal pukul 8 pagi dah penuh pengunjung... penat jenjalan dah jumpa menu lunch layan jelah kak ye
ReplyDeletePenuh pengujung macam ada pesta kat atas tu 😄
DeleteTahniah, Ujie! Jauh juga tu, boleh pecah rekod sendiri. Kipidap!
ReplyDeleteLepas riadah memang syok makan. ^_^
Terima kasih Nur.
DeletePecah rekod sendiri jelah mampu, nak pecah rekod Nur memang jauh sekali 😄
bestnya..tenang ja nak morning walk.. :)
ReplyDeleteYa, jadi terapi jugak.
Deletecuaca mendung atau hujan rintik-rintik memang selesa dan walk macam ni. jangan tiba-tiba lebat memang adi maraton. hehe. semoga kekal sihat dan aktif
ReplyDeleteKihkih...orang duk bawak payung. Kami yakin je cukup pakai topi. Kot tiba-tiba lebat, kita main hujanlah 😁
Deletehaha, manusiakan.. makin dilarang, benda tu la nak dibuatnya..
ReplyDeleteItulah...sedang elok pulak manjat tembok kat sebelahnya ada notis larangan 😅
DeleteInilah tempat yg sepupu suami bgtau hari tu. Menarik!
ReplyDeleteKalau PH pun kalah dgn mango shake tu :D
luasnya tempat ni kak... mmg sesuai dan best utk beriadah
ReplyDeleteramai pengunjung
ReplyDeleteseronok kan riadah mcm ni
Menarik!
ReplyDeleteluas kawasannya...6km..jauh juga tu berjalan..
ReplyDelete