Sunday, 5 June 2022

Pulut Ayam Thai dan Apam Lambung

Selepas beriadah di Taman Sakura, adik ipar ajak ke Pasar Tani untuk membeli juadah sarapan pagi kami. 

Walaupun tak banyak gerai di buka, tapi banyak juga pilihan makanan yang dijual. Rambang mata jugaklah nak membuat pilihan.

Pulut Ayam Thai
Adik ipar syorkan Pulut Ayam Thai di gerai ni, sedap katanya. Boleh pilih nak bahagian ayam yang mana satu. Lepas tu penjual akan bungkus ayam bersama pulut dan taburan bawang goreng. Disertakan juga sos cili Thai dalam bungkusan plastik aiskrim Malaysia.

Apam Lambung
Ni pula Apam Lambung. Pertama kali saya tau kewujudan makanan yang dipanggil Apam Lambung ni. Unik rupa bentuknya. Boleh pilih nak yang asli - makan dengan kelapa parut, atau nak letak sos coklat/strawberi/karamel. Kami beli yang asli. Rasanya? Sedap dan lembut. Ada rasa macam makan kuih Akok, banyak guna telur. Harganya cuma RM3 sekeping untuk yang asli (makan dengan kelapa parut).

Seronok jugak dapat ke Pasar Tani di tempat orang ni. Bolehlah kita mencuba variasi makanan tempatan. Sejak menetap di utara ni barulah saya kenal Apam Lenggang dan kali ni kenal Apam Lambung pulak.





9 comments:

  1. Saya baru tahu tentang apam lambung. :)
    Nampak sedap, pulut ayam thai.
    Dah lama saya tak ke pasar tani di sini. Sebab sini, ramai orang, malas nak bersesak.

    ReplyDelete
  2. uncle pun baru tau apam lambung!

    ReplyDelete
  3. Semua pertama kali tahu pasal kuih-miih yang ada di pasar tani Perlis.

    ReplyDelete
  4. sedapnya
    Apam.lain negeri., firstime dwngar nama.apam ni

    ReplyDelete
  5. Menarik rupa apam lambung tu kak... sekeping besar gitu...

    ReplyDelete
  6. Dua-dua pun nampak sedap. lamanya tak CM pasar tani

    ReplyDelete
  7. makan kuih kampung ni memg kena perisa asli..bila dah tambah cheeselah, choc la dah tak sedap dan yg penting tak kembalikan memori masa kecik

    ReplyDelete
  8. pertama kali tengok kuih apam lambong..menarik...pulut ayam pernah makan masa gi rumah adik di Langkawi..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****