Tuesday, 31 May 2022

Dua Tahun Berlalu…

Tarikh 30 Mei 2020, merupakan tarikh saya dan encik suami berpindah ke Pulau Pinang atas urusan kerja encik suami. Ikut perancangan, kami cuma berpindah secara sementara untuk dua tahun je. Semalam sudah pun cukup tempoh dua tahun.

Takdir Allah, kami masih direzekikan untuk terus menetap di PP untuk tahun-tahun mendatang. Alhamdulllah atas segalanya, Allah Maha Tahu apa yang terbaik. Walaupun terselit juga rasa sedih sebab masih belum dapat kembali menetap di rumah sendiri di NS.


Gambar pada hari pertama masuk ke rumah sewa. Rumah bersaiz 775 kaki persegi dilengkapi dengan sofa, langsir, meja makan dan kabinet dapur.

Insya Allah untuk tempoh dua tahun berikutnya kami masih menyewa di rumah yang sama. Malas pulak nak berpindah keluar. Kontrak perjanjian sewaan yang baru dah pun disiapkan. Ada kenaikan sewa rumah. 

Bila nak kena duduk lama (bukan lagi ‘berpindah sementara’), nampaknya ada barang keperluan yang akan bertambah. Tapi tetap juga semuanya kena beli saiz kecil dan mudah alih, sesuai dengan saiz rumah dan keperluan berpindah pada masa akan datang. 




16 comments:

  1. Masa ini dapatlah cuba pergi tempat-tempat baru di utara semenanjung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah…memang belum habis lagi jelajah utara.

      Delete
  2. seronok agaknya bermastautin kat tempat orang kan,,ahh rindu Penang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok jugak, sebab tempat dan suasana baru. Cuma rasa agak terasing sebab tak kenal orang.

      Delete
  3. Di mana bumi dipijak
    Di situ langit dijunjung

    ReplyDelete
  4. masa ni pkp kan... ertinya akak berpindah ms pkp ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya mim, akak pindah masa PKP, perlu surat kebenaran polis.

      Delete
  5. adik leeya dah dekat 7 tahun di PP..dapat kerja sana dan tak dapat pindah lagi..n9 pulak kampung leeya dan suami.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ni pun kalau nak pindah NS balik, memang encik suami kena cari kerja lainlah jawabnya 😅

      Delete
  6. Takpe kak nikmati duduk di PP, jalan lawat sana sini... nak ke PP skrg kalau hujung minggu asik jem je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak tempat belum jalan2. Yaa..kita nikmati je hidup ni kat mana pun.

      Delete
  7. Kita hanya mampu merancang tetapi Dia sebaik-baik perancang. In syaa Allah ada hikmat tersembunyi. Moga setiap hari terus gembira dalam menghadapi dua tahun mendatang.

    ReplyDelete
  8. comel rumahnya, pemandangan superb

    ReplyDelete
  9. bila duduk lama, mmg rasa nak beli mcm2 barang & perkakas rumah...takpe, bila kena pindah, boleh jual balik atau bagi kat orang atau bawa ke rumah baru...

    lama duduk Penang, mesti dah terer cakap utara..hihi..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****