Thursday, 2 June 2022

Warung Mak Andiaq, Kangar

Semasa ke rumah adik ipar di Perlis, mereka bawa kami makan malam di Warung Mak Andiaq. Sebuah kedai makan yang cantik dan menarik dekorasinya.

Warung Mak Andiaq, Kangar, Perlis
Nak tengok pilihan menu, imbas kod QR yang tersedia di atas meja. Pelayan kedai akan datang untuk mengambil pesanan kita.

Warung Mak Andiaq, Kangar, Perlis
Tak begitu lama menunggu, satu demi satu pesanan kami tiba.

Warung Mak Andiaq, Kangar, Perlis
Nasi Daging Bakaq Leleh Special (daging lebih) pilihan encik suami. Saya tumpang merasa. Sedap rasa perapan dagingnya, makan pulak dengan sos dan sambal kerisik tu memang bertambah sedap. Cuma dagingnya ada bahagian yang tak cukup lembut untuk kunyahan gigi saya. 

Warung Mak Andiaq, Kangar, Perlis
Yang ni saya punya - Bihun Sup Thai. Memang sedap dan memuaskan selera saya. Isi ayamnya pun banyak.

Warung Mak Andiaq, Kangar, Perlis
Seronok sesekali dapat bersantai makan begini bersama ahli keluarga yang lain. Makan pulak ditempat yang cantik dekorasinya dan tak begitu sesak dengan pengunjung.

Kalau ada ke Kangar, Perlis bolehlah cuba makan di Warung Mak Andiaq ni. Kedai makan yang menarik dan rasa hidangan yang memuaskan selera. Juga banyak pilihan menu untuk dicuba.

—————————————————————
WARUNG MAK ANDIAQ
Kampung Guar Syed Alwi,
Kangar,
Perlis.

Waktu operasi :
Setiap hari
10 pagi - 11.30 malam


8 comments:

  1. Menu pun macam jarang jumpa.
    Entah bila dapat pergi Kangar.

    ReplyDelete
  2. sedapnya mi goreng tu...yg lain pun enak2..resto cantik..

    ReplyDelete
  3. SEDAP NI MAKANAN RESEPI PERLIS

    ReplyDelete
  4. Main scan-scan je sekarang.... canggih!

    ReplyDelete
  5. Sedap tengok bihun sup thai.
    Dulu masa kecik, saya sekolah di sek keb seri perlis, Kangar. Tadika pulak tadika mada CI, belakang kilang mardi, tak silap. Lama dah tak ke Perlis. :)

    ReplyDelete
  6. memang cantik kedainya.daging bakar tu menggoda lah

    ReplyDelete
  7. Kat warung mak andiaq ni memang selalu ramai . Makanan pun sedap .. Eh nnti bila2 turun perlis lgi ..rojer laa ..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai orang Perlis...itulah akak ni kalau ke mana2 susah nak berjanji. Ikut kerja encik suami.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****