Thursday, 9 June 2022

Puding Roti Menggunakan Air Fryer

Gara-gara ternampak video YouTube Che Nom buat Puding Roti Sos Kastard, saya pun jadi teringin nak membuatnya. Kalau diikutkan saya bukanlah peminat Puding Roti dan saya pun gagal mengingat sama ada pernah buat atau tidak. Memandangkan memang ada sebungkus roti yang dah pun tamat tempoh tersimpan dalam peti sejuk, bertambah semangatlah saya nak membuat Puding Roti Sos Kastard ni. Bahan-bahan yang tak ada di rumah, kita pergi belilah - tepung kastard, susu cair dan serbuk kulit kayu manis. Che Nom kata dengan tambahan serbuk kulit kayu manis, akan lebih naik aroma puding roti kita.

Ini sebelum dibakar. Satu bekas memuatkan potongan dua keping roti.
Disebabkan kat rumah cuma ada dua pilihan alat untuk membakar - air fryer atau pressure cooker, maka saya memilih untuk bakar guna air fryer. Lebih mudah digunakan. Saya bakar puding roti menggunakan baking pan bersaiz 4.5 inci, muatlah dua bekas gini sekali membakar. Saya alaskan dengan baking paper supaya tak melekat dan memang saya kena letak baking paper, kalau tak habis meleleh keluar adunan puding sebab baking pan ni jenis removable bottom. Ni pun ada yang meleleh keluar jugak sebab saya silap potong baking paper tu terkecik sikit. Kalau guna aluminium foil pan lebih mudah, tak payah kita letak baking paper tapi aluminium foil kurang mesra alam.

Selepas dibakar. Aromanya memang menggoda selera.
Saya guna Philips Air Fryer, bakar pada suhu 140℃ selama 10 minit dan kemudian naikkan suhu kepada 160℃ selama 10 minit. Tujuan saya bakar pada dua suhu berbeza adalah untuk mengelakkan bahagian atas puding roti cepat garing tetapi bahagian dalam/bawah belum cukup masak. Apa-apa pun, bab suhu dan masa ni bergantung kepada saiz masakan kita, bekas yang kita gunakan dan jenis air fryer kita. Kalau dah siap masa memasak tapi kita rasa tak cukup masak, kita tambah jelah masa dan ubah suhu. 

Menurut Che Nom, puding roti ni dimakan panas lebih sedap. Memang betul! Bahagian kulit roti berwarna gelap tu garing, roti pulak lembut siap boleh goyang-goyang dan serbuk kulit kayu manis tadi memang menambah aroma dan rasa pada puding roti ni. Sos kastard pun sesedap rasa.

Bagi tujuan fotografi, cantik siram kuah begini. Tapi menurut saya, puding roti panas-panas ni lebih sedap letak sos kastard pada bahagian yang kita nak makan segera je supaya bahagian lain yang rangup tu tak hilang rasa rangupnya. Makan gitu je tanpa sos kastard pun sedap jugak tau. Tambahan lagi bila tergigit kismis dan kuaci. Kalau nak lagi sedap, kita tambah pulak chocolate chip.

————————————————————————-

PUDING ROTI dan SOS KASTARD

Bahan untuk puding roti :
8 keping roti
4 sb mentega
1/4 cawan kismis
2 cawan susu full cream
1/2 cawan gula
1 sk esen vanila
1/4 sk serbuk kulit kayu manis
Secubit garam
3 biji telur
Gula perang secukupnya

Bahan untuk sos kastard :
1 tin susu cair
2 sb tepung kastard
1 cawan air
4 sb gula
Secubit garam


Ni gambar Che Nom buat puding roti.
Boleh tengok cara membuat Puding Roti dan Sos Kastard oleh Che Nom, klik link 👉 https://youtu.be/otQosTtgifw





14 comments:

  1. yelah ek..tak teringat pulak nak buat puding roti dalam AF..
    tq la awak ingatkan kita semula kesukaan kita ni.

    ReplyDelete
  2. Sehari dua ni asyik nampak kawan-kawan share puding roti je... Tapi itulah, kerajinan tak ade nak membuatnya :)

    ReplyDelete
  3. Menggoda betul. Tetiba terliur.

    ReplyDelete
  4. Nak cuba buat jugaklah, bahan-bahannya ada kat rumah cuma nak kena beli susu cair dengan serbuk kayu manis.

    ReplyDelete
  5. menggoda sungguh bila dah siap letak kuah tu kak, terus rasa nak cuba jugak lah nanti2 hehehhe... pantang nampak resepi mesti nak cuba

    ReplyDelete
  6. terliurnya tengok. boleh buat kat rumah adik nanti sebab dia ada air fryer. thanks share

    ReplyDelete
  7. Sedappnya mkn sejuk2 tu kan
    ciknur suka😍

    ReplyDelete
  8. sekarang ni memang mudah sikit bila ada ar fryer kan kak ujie?apa2 pun nampak sedap puding roti bakar tu.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat memudahkan hidup akak, senang nak buat ayam/ikan bakar. Tak payah terbalikkan macam guna kuali biasa.

      Delete
  9. menjadi..nanti boleh buat guna AF

    ReplyDelete
  10. sedapnya..dgn sos custard meleleh...

    ReplyDelete
  11. Sedap ni! Buat minum petang. Saya dah bertahun tak buat puding roti.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****