Sunday, 6 July 2025

Rain Lily Scarlet O’hara

Saya mula menanam pokok rain lily benih Thailand hybrid pada 22 Mei 2025 lalu. Entrinya DI SINI. Alhamdulillah lebih kurang sebulan selepas ditanam, semua enam biji benih bawang (bulb) rain lily berjaya hidup - keluar daun.

Rain lily Scarlet O’hara a.k.a. Zephyranthes
Pagi tadi (hari Ahad, 6 Julai 2025), salah satu pokok telah pun berbunga!

Rain lily Scarlet O’hara a.k.a. Zephyranthes
Rain lily id - Scarlet O’hara a.k.a. Zephyranthes.

Kalau tengok depan mata - nampak warna bunga ni merah oren dan bahagian tengahnya warna kuning. Memang cantik dan ceria warnanya.

Alhamdulillah…setelah enam minggu ditanam, pokok rain lily mengeluarkan bunganya yang pertama! Seronok sungguh bila pokok bunga yang ditanam berhasil keluarkan bunga. Tak sabar rasanya nak tengok bunga rain lily warna kuning dan oren pula berkembang.







28 comments:

  1. Cantik bunganya, seindah namanya.

    ReplyDelete
  2. Cantik bunganya dwitone. Juga cantik gambar tangkapan Kak Ujie. Warna dia sangat menyerlah dan ceria. Tak lama sangat nak menunggu dia tumbuh dan berbunga. Mesti tak sabar nak menunggu bunga lain muncul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Fiza. Iya, terkejut jugak sebenarnya...ingat kot lambat lagi nak keluar bunga.

      Delete
  3. Ammi tanam benih bunga matahari pemberian Nur. Hmmmm satu hapa pun tak keluar. Panas betul tangan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada silap teknik kot Ammi. Kurang siraman atau tanah kurang sesuai.

      Delete
  4. Cantikkk nyaa... Benih dia macam bawang? So kalau dah tanam ada lagi ke benihnya yg tumbuh lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, benihnya macam bawang dan akan membiak tumbuh bawang lain.

      Delete
  5. cantik warnanya, koleksi ni saya tak ada lagi ....saya ada rainlily warna pink & putih

    ReplyDelete
  6. Cantik kak, suka kan bila bunga yang kita tanam dah berbunga.

    ReplyDelete
  7. selalunya tanaman kita kalau menjadi ni, kita la orang yang paling bahagia.. cantikk bunga tu.. boleh jadi lagi besar atau sebesar tu je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1st time nampak, nak terjerit sebab seronok sangat ๐Ÿ˜„
      Memang besar gitu je bunganya dan tak tahan lama pun. Sehari dua je cantik.

      Delete
  8. Wah tahniah!
    Kejap je berbunga ye... Lawa pulak tu. Pasti hati pun berbunga² kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PH ๐Ÿ˜Š
      Itulah, ingatkan lambat lagi.
      Hehe iya, hati gembira berbunga-bunga ๐Ÿฅฐ

      Delete
  9. Bunga ni memang cantik... tapi kamera mahal ni lagi buat dia jadi lagi cantik!

    ReplyDelete
  10. waahhhhhh rain lily sudah keluar!

    ReplyDelete
  11. Tambah berseri dengan kehadiran embun pagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan embun tu Wak, air saya lepas siram pokok ๐Ÿ˜„

      Delete
  12. Comelnya bunga dia. Ceria warna! Memang best bila pokok kita tanam mula berbunga. Alhamdulillah, tahniah atas usaha awak, Ujie. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  13. Cantik sekali bunga Lily ini Mbak.
    Fotonya jadi tambah cantik dengan embun pada daunnya.

    Salam,

    ReplyDelete
  14. Cantik bunganya, sesuai dengan nama dia yg nampak classy tu!

    ReplyDelete
  15. Cepat juga ia tumbuh. Semua benih hidup pula itu. Kira pokok senang hidup.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita ๐Ÿ˜Š

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****