Masjid Long Tan - sebuah masjid di Lojing yang terletak tidak begitu jauh dari sempadan negeri Pahang - Kelantan. Kalau kita datang dari arah Simpang Pulai atau Cameron Highlands (CH), masjid ni terletak di sebelah kiri jalan.
Semasa dalam perjalanan dari CH ke Gua Musang tempohari, saya dan encik suami berkesempatan singgah di masjid ini buat kali pertama. Lega rasa dapat singgah di sini setelah menempuh kesesakan jalan berjam lamanya. Dapatlah kami berehat seketika dengan menunaikan solat di Masjid Long Tan. Tak boleh berlama pun sebab masa ni dah pun melepasi pukul 4 petang, kami perlu segera sampai ke Gua Musang sebelum hari gelap.
KISAH DI SEBALIK NAMA MASJID LONG TAN
Long Tan merupakan putera Long Yunus, Yang Di-Pertuan Negeri Kelantan (1765 -1795). Nama lengkap baginda ialah Long Tan bin Long Yunus bin Long Sulaiman. Sewaktu Sultan Muhammad 1 memerintah Kelantan, baginda telah membahagikan kawasan pemerintahan dengan menyerahkan kawasan Galas, Ulu Kelantan kepada Long Tan dan melantiknya sebagai raja pemerintah di situ.
Memandangkan pusat pemerintahan Long Tan di Galas terletak dalam jajahan Gua Musang, maka nama baginda diabadikan di masjid ini sebagai tanda ingatan. Dengan pengabdian nama Masjid Long Tan, ini akan mengembalikan ingatan sejarah salasilah raja-raja pemerintahan di Kelantan terutamanya di Gua Musang. (Info ini saya tuliskan secara ringkas berdasarkan papan info yang ada di Masjid Long Tan)
Masjid Long Tan - pandangan dari bahagian sisi masjid. Di belakang bangunan masjid ini ada deretan beberapa buah rumah - tentunya rumah pegawai dan kakitangan masjid. Dan jika ke belakang atas lagi (laluan mendaki), di situlah terletaknya tapak perkhemahan.
Ruang dalam masjid dari sudut pandang ruang solat muslimah. Bersih, kemas, cantik dan memberi ketenangan.
Masjid Long Tan berada di tanah tinggi yang menawarkan pemandangan indah disekitarnya. Petang begini pun masih berkabus, boleh bayangkanlah suasana pagi di sini macam mana sejuknya dan penuh kabus.
Satu lagi keunikan Masjid Long Tan - adanya kemudahan tapak perkhemahan. Di kawasan atas itulah letaknya tapak perkhemahan. Selalunya saya cuma melihat gambar yang dikongsikan di grup Facebook Family Camping Malaysia, kali ini saya dapat melihat sendiri rupa tempat ini. Waktu petang begini pun terasa sejuk nyaman, entah bagaimana sejuk bekunya kalau bermalam di sini. Kalau malam nak ke tandas terasa agak jauh jugak (bangunan sebelah kanan dalam gambar). Bagusnya pengurusan di sini, kemudahan tandas untuk tapak perkhemahan adalah berasingan dari tandas kegunaan pengunjung masjid.
Mural di dinding bangunan tandas untuk tapak perkhemahan - tertera nama-nama gunung dan ketinggiannya. Banyak rupanya gunung-gunung pendakian di sekitar sini. Patutlah di sini jadi tempat berkumpul untuk para pendaki. Saya terbaca hantaran di Facebook berkenaan isu banyaknya sampah yang ditinggalkan begitu saja oleh para pendaki (kasut rosak, hiking stick patah dll.) dan kawasan parkir yang dipenuhi oleh kenderaan para pendaki sehingga menimbulkan masalah untuk jemaah solat Jumaat meletakkan kenderaan mereka. Harapnya pihak pengurusan aktiviti mendaki atau ketua pendakian dapatlah bertindak sewajarnya supaya tiada masalah berulang.
Di sekitar masjid juga disediakan deretan gazebo. Ramailah yang makan-makan atau duduk berehat bersama keluarga di gazebo. Pendek kata, semua kemudahan untuk para musafir tersedia di sini. Sambil melepas lelah, dapat pula menikmati pemandangan indah di tanah tinggi dan juga tanaman hiasan di sekitar masjid yang nampaknya dijaga rapi. Tapi tak bolehlah gantung hammock atau berkhemah di gazebo ni tau, ada notis larangan sebab rupanya dah ada yang buat begitu. Macam-macam hal kan.
Satu kekurangan di sini, tandasnya tak diselenggara dengan baik - antaranya, pam tandas rosak. Masuk je tandas perempuan, semerbak bau yang tak menyenangkan. Kalau tak boleh guna pam, memang kebarangkalian tandas berbau adalah tinggi.
Eh, dah macam review masjid pulak ya. Bukanlah begitu, saya sekadar berkongsi cerita. Apa pun, semua kemudahan awam haruslah saling mengambil tanggungjawab untuk menjaga - pihak penyedia dan pihak pengguna. Sangat bersyukur dengan adanya Masjid Long Tan ni kerana ia satu-satunya masjid yang ada di laluan CH - Gua Musang.
Belum pernah sampai ke Lojing, jadi perkongsian ini sgt menarik bagi saya :)
ReplyDeleteTerima kasih PH :)
DeleteTidak pernah dengar ada masjid dekat dengan tapak perkhemahan. Unik juga. Tempat sejuk.
ReplyDeleteDalaman masjid cantik.
Itulah tanggungjawab bersama untuk jaga kebersihan.
Mungkin yang pertama di Malaysia - masjid dengan tapak perkhemahan.
DeleteSy x pernah lg ke pantai timur melalui highway mcm ni.. dan CH pn x penah sampai lg... betul kata PH perkongsian mcm ni buat kita excited pulak ke sana... one fine day insya allah
ReplyDeleteInsyaAllah moga Mim sampai sini nanti. Akak pun baru2 ni je kenal jalan Lojing, itu pun sebab terpaksa lalu.
DeleteSaya pernah sampai masjid ni, dulu.
ReplyDeleteBetul, jalan terus ke kelantan tu, orang kata, jangan lalu malam-malam, kan.
Ha ah Nur...kawan2 yang biasa lalu pesan gitu la. Kami ni memang tak biasa lalu.
DeleteEh eh kita g cameron aritu tak pasan plak ada masjid tepi simpang pulai tu..
ReplyDeleteMasjid ni bukan di Simpang Pulai, tapi di Lojing.
DeleteKalau Ako dari Simpang Pulai, kat simpang tiga tu - belok kanan ke CH, terus lagi sampai la Lojing.
cantik dan tenang .. tandas masjid tu maybe boleh improve di masa hadapan
ReplyDeleteSangat berharap cepatlah dibaiki.
DeleteMasjid dah cantik, dalamnya cantik tapi tandas pulak spoil. Lemah betul kalau dana
ReplyDeleteItulah...tapi akak masuk jugak sebab terpaksa lepas berjam jem, sejuk pulak tu.
DeleteHarap satu hari uncle sampai ke sana
ReplyDeleteInsyaAllah aamin.
Deleteterima kasih berkongsi info. mesti lepas ni kak Ujie nak berkhemah di sini kan? hehe. alahai, kalau kemudahan tandas tak dijaga elok-elok sayanglah
ReplyDeleteSama-sama Sal.
DeleteAda keinginan jugak, tapi lebih suka tempat dengan pemandangan hutan dan ada aliran sungai.
seronok baca entry CH di sini, pelbagai routes - the road less travelled...
ReplyDeletetandas rosak, poor maintenance, mmg geli nak masuk...
Boleh bayang ketidakselesaan pengunjung dengan keadaan tandas yang Ujie ceritakan. Moga ada penambahbaikan.
ReplyDeleteyes yes. aida byk baca review di FCM. tu yg sekarang masih dlm dilemma utk berkhemah di sini hu hu hu hu... tandas penting. then, aida dtg dgn anak2 pompuan. ujie tau la, anak pompuan ni cerewet nyer lain macam. aduhai...
ReplyDeletekami baru singgah di masjid ni pada 3hb December 2022 yg lalu. Trip kami ke CH.. bas driver bwk singgah sini utk solat subuh.. sempat kami berjemaah sama2 dgn imam.. rezeki kami Allah permudahkan... utk kes tandas..rasanya dah diperbaiki dan bersih sekali... Ada ruang utk ambil air wuduk jugak di tepi laluan ke dlm masjid.. tempat air wuduk wanita cuma tmpt nya agak public sikit.. klu dibuka pintu.. nmpk jemaah wanita tgh amik wuduk..overall masjid ni sgt2 unik dgn suasana yg sejuk nyaman..lagi2 bila Imam mengalunkan ayat2 suci.. rasa menusuk dijiwa... haishh.. rindu pulak nk kesana lagi...
ReplyDeleteAlhamdulillah tandas dah diperbaiki. Terima kasih atas makluman cik :)
DeleteSetuju bab tempat wudhuk wanita, saya lupa tulis dalam entri. Kedudukannya di tempat laluan umum, harap pihak masjid akan buat penghadang di depan pintu untuk melindungi privasi dan aurat muslimah.