Friday 24 June 2022

Warong Muse di Muse Ecopark, Gua Musang

Sewaktu dalam perjalanan menuju ke hotel penginapan di Bandar Utama Gua Musang, kami melalui satu kawasan yang agak meriah dengan orang ramai di sebelah kiri jalan. Nampak macam ada kedai makan. Selepas daftar masuk hotel, kami berpatah balik untuk ke kedai makan tadi. Tak jauh pun, jaraknya sekitar 2 km.

Warong Muse di Muse Ecopark, Gua Musang
Saya sangkakan orang ramai memenuhi kedai makan, rupa-rupanya sebahagian daripada mereka sedang menyaksikan pengunjung melakukan aktiviti lasak via ferrata dan zipline di bukit batu kapur ni. Bukit ni terletak berhadapan dengan kedai makan. Selepas itu barulah saya faham bahawa tempat ini namanya Muse Ecopark. Selain menawarkan aktiviti lasak, di sini juga ada kedai makan, kedai kopi dan kedai runcit.

Warong Muse di Muse Ecopark, Gua Musang
Inilah kedai makannya - Warong Muse. Gambar ni gelap sikit, sebab saya ambil gambar masa nak balik selepas selesai makan. Kami pilih untuk makan di bahagian luar kedai, bahagian belakang di bawah rimbunan pokok buluh.

Warong Muse di Muse Ecopark, Gua Musang
Sudut pandang dari meja makan kami. Memang terasa santai dapat duduk makan di sini. Indah sungguh anugerah alam di Gua Musang ni - banyak bukit batu kapur.

Warong Muse di Muse Ecopark, Gua Musang
Juga satu lagi sudut pandang dari meja makan kami. Pemandangan senja nan indah! SubhanAllah. Nampak kubah cantik nun di sana? Itulah Masjid Razaleigh yang terkenal kerana seni binanya menyerupai model Masjidil Haram. Landasan keretapi tu pulak adalah Stesen Keretapi Gua Musang yang baru. 

Warong Muse di Muse Ecopark, Gua Musang
Alhamdulillah…tak begitu lama menunggu, makanan yang kami pesan pun sampai - set sup daging dan nasi lemak. Baru nak makan, pelayan kedai datang semula nak ambil nasi lemak sebab tadi saya pesan nak ‘telur mata’. Aduhai…saya pun terlupa apa saya pesan tadi. Sebab masa ni memang lapar, bayangkanlah makanan berat terakhir yang kami makan adalah semasa sarapan pagi di CH. Mujur memang makan agak banyak pagi tadi. Petang baru terasa lapar, jadinya dalam perjalanan tadi kami makan biskut Chocolate Chip yang dibekal. Bolehlah buat hilang rasa lapar.

Warong Muse di Muse Ecopark, Gua Musang
Nasi lemak sudah ditambah telur mata.

Warong Muse di Muse Ecopark, Gua Musang
Pesan juga roti titab. Ni saya makan seorang, encik suami tak makan telur separuh masak. Encik suami menambah nasi lemak biasa, sebab set sup dagingnya tadi cuma ada sup daging dan potongan roti. Nampak tak tahap lapar tu? Berhidang-hidang kami makan. Lepas tu kekenyangan pulak, terlebih makan. Haha…

Alhamdulillah…semuanya memenuhi citarasa kami. Kos makan-makan kami ni RM26.50. Makanan sedap, layanan pantas & mesra, kedai bersih dan pemandangan sekeliling yang mendamaikan. Sangat berpuashati makan di Warong Muse ni.

Disebabkan itu, dalam tempoh kurang 24 jam keberadaan kami di Gua Musang sudah tiga kali kami makan di sini. Waktu operasi bermula seawal pukul 7 pagi, mudahlah kami bersarapan sebelum bergerak ke Chegar Perah. Dan waktu petangnya sekali lagi kami makan di sini sebelum meneruskan perjalanan balik ke PP. Siap bungkus sup kambing sebab sedap! Sup dijual pada waktu petang. Masa kami ke sini, pukul 4 petang baru ada sup.

Bagi sesiapa yang ada ke Gua Musang atau melalui jalan Gua Musang ke Kota Bharu, bolehlah singgah dan mencuba hidangan di Warong Muse yang terletak di Muse Ecopark ni. Kat sini ada juga Keda Muse (kedai runcit) dan KB Brewster Muse. Oh ya, sebutan ‘muse’ tu ikut loghat Kelantan tau. ‘Muse’ tu merujuk kepada Gua Musang (Guo Muse). Dah singgah sini, bolehlah solat di sebuah masjid unik - Masjid Buluh. InsyaAllah nanti saya ceritakan berkenaan masjid yang begitu menarik pada pandangan saya ni.

—————————————————————————

WARONG MUSE
Muse Ecopark, Gua Musang,
Kelantan.
(Google Maps : Muse Ecopark)




19 comments:

  1. Seronoknya. Rasa hendak pergi juga ke sana dan cuba makanan di Warong Muse. Pertama kali tahu ada Warong Muse. Nampak lama tidak singgah Guna Mustang.
    Hehe bagus pelayan ingat pesanan kita. Nasib baik tidak termakan lagi nasi lemak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik saya ajak nasi lemak tu bergambar dulu sebelum di makan 😄

      Delete
  2. Terasa-rasa saya pun turut sama melihat indahnya pemandangan di sana. Dan apalagi apabila melihat hidangan nasi lemak yang sungguh sedap tu, seolah-olah saya mencicipi semulut heheheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang di LD pun boleh sampai dan merasa makanan di Kelantan ya 😀

      Delete
  3. Cantik gambar yang Uji amik. Hidangan pun nampak sedap belaka.
    Saya dah lama tak lalu Gua Musang ni. Masa dok KL, ye, lalu bila balik Kelantan. Sekarang, lalu ikut jalan Gerik-Jeli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nur, kebetulan datang sini senja...cahaya senja jadikan gambar lebih cantik.

      Delete
  4. Subhanallah, indahnya view dari gambaran ujie ni. cantik angle yg diambil. terpikat!
    lama da tak ke kota bharu. sejak covid19 melanda dunia. if not dulu kala, 1 kali dalm 2 bulan tau naik ke pantai timur. lalu la gua musang area ni.
    tq for this ohsem review. pasti aida kan singgah tau. pantang tgk tempat2 cantik gini. mesti nak stop dan ootd dgn anak2 ha ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...lepas ni bolehlah Aida singgah sini. Gambar berlatarkan bukit batu kapur tu pun cantik.

      Delete
  5. Replies
    1. Alhamdulillah, makanannya sesuai citarasa.

      Delete
  6. tak rajin lagi sampai sini..biasanya makan kat rnr gua musang ja..next time boleh la cuba kalau ke gua musang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah Leeya cuba sambil tu boleh tengok pemandangan berbeza kat sini.

      Delete
  7. menarik kwsn ni..ada bukit batu kapur..masjid cantik..kena buat road tour ke Gua Musang..selalu ikut rombongan je ke Kelantan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya yang suka tengok alam, memang rasa cantik Gua Musang ni. Haa..buat road trip sendiri senang nak singgah mana-mana.

      Delete
  8. Wah! Dah makin canggih gua musang!

    ReplyDelete
  9. subhanallah... cantik sgt view... gambar pun cantik

    ReplyDelete
  10. Cantik sungguh pemandangan di sini..

    ReplyDelete
  11. pertama kali dengar roti titab....ingin juga rasa nak mencuba

    ReplyDelete
  12. menariknya. boleh suggest abang Ipar saya yang selalu lalu laluan ni balik ke kampung dia. anak-anak saudara mesti suka. banyak tempat best di gua musang rupanya sekarang

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****