HALO BULAN
Jumaat, 20 November 2026
Buat pertama kalinya saya berpeluang memotret foto fenomena halo bulan - lingkaran gelung di sekeliling bulan. Ia bukanlah fenomena ajaib atau jarang berlaku, cuma mungkin ketika ia terjadi kita tak perasan kerana tak memandang langit.
Apa itu fenomena halo?
Secara ringkasnya, ia merupakan fenomena optik yang kelihatan seakan gelung cincin yang terbentuk di sekeliling matahari atau bulan. Fenomena ini juga dikenali sebagai halo 22 darjah (22-π₯π¦π¨π³π¦π¦ π©π’ππ°) disebabkan saiz sudut (π’π―π¨πΆππ’π³ π΄πͺπ»π¦) gegelung yang terbentuk adalah sekitar 22 darjah.
Kebanyakan Halo terjadi disebabkan kewujudan kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian antara 5 hingga 10 km di lapisan troposfera atas. Bentuk dan orientasi kristal-kristal ini menentukan bentuk halo yang terjadi. Kekerapan kejadian ini berlaku bergantung kepada kehadiran kristal ais dalam atmosfera. [Sumber info : mysa.gov.my]
Ketika fenomena ini terjadi, saya tiada di rumah - sedang dalam perjalanan balik ke rumah dari suatu tempat. Jiran mesej suruh tengok langit di kawasan rumah kami, sebab kami sama-sama suka mencerap bulan di langit π. Sebelum tiba di rumah, saya singgah makan di kedai yang terletak kira-kira 4.5 km jaraknya dengan rumah.
Apa lagi, sampai je kedai makan saya segera mencerap langit π
Masya Allah indah sungguh langit malam dengan cahaya bulan dan lingkaran di sekelilingnya π
Sangat indah dan jelas dipandang mata, tetapi jadi agak kabur bila dirakam dengan lensa kamera telefon. Rasa tak puas memandang ke langit, tapi lenguh pulak tengkuk mendongak π
Ini pula hasil foto di langit rumah saya. Selepas satu jam saya merakam foto pertama, fenomena halo bulan sudah tidak begitu jelas pada pandangan mata dan juga lensa kamera. Nampak seperti ada pergerakan kabus atau awan nipis menutupi bulan dan lingkaran di sekelilingnya.
BULAN PURNAMA
Selasa, 24 November 2026
Kehadiran bulan purnama kali ini menjadi sesuatu yang istimewa kerana ia merupakan momen terakhir saya menyaksikannya dari langit rumah Perlis. Jika sebelum ini saya selalu mencerap langit bertemankan Jojo si anak bulu, kali ini saya bertemankan Mimi yang sentiasa mengekori langkah saya.
Bulan purnama bersinar terang pada waktu Maghrib ketika langit masih cerah. Saiznya nampak besar pada kedudukan ini.
Bulan penuh 15 Jamadilakhir 1448 H.
Mencerap langit malam - memerhati bulan, taburan bintang dan planet menjadi satu bentuk terapi buat diri saya. Rasa tenang dan bahagia.
Memerhati apa ada di langit dan fenomena yang berlaku membuatkan kita merasa kerdil terhadap suatu kuasa yang Maha Hebat iaitu Allah SWT.





No comments:
Post a Comment
*****
Komen kalian, bicara antara kita π
Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****