Tuesday 22 November 2011

Telur Ayam Bulat?

Telur ayam berbentuk bulat...korang pernah jumpa? Sebenarnya gambar ni diambil semasa balik kampung mertua Raya Haji lalu, tapi baru nak dibuat entri.

(rujuk pada gambar) Telur yang kanan tu adalah telur ayam kampung saiz dan bentuk biasa, bujur. Telur yang kiri tu pula adalah telur ayam kampung saiz jauh lebih kecil dan bentuk bulat. Info penting, mertua saya hanya bela ayam kampung saja ya..tiada ayam serama atau ayam katik.


Pandangan dari atas.

Pandangan dari sisi.

Penemuan ini merupakan yang pertama buat mak mertua saya setelah sekian lama membela ayam kampung. Pertama kali juga buat saya! Tapi bukan perkara luar biasa buat suami saya yang pernah bertahun bekerja di ladang ayam baka. Mertua saya kata tu telur ayam jantan. Tapi dia tak pasti. Betul ke??

Fakta Sebenar
Telur bulat tu bukan telur ayam jantan. Menurut suami saya, tu memang telur ayam betina. Cuma telur tu tak menjadi macam telur yang biasa. Di dalamnya cuma ada putih telur, tanpa bahagian kuning telur. Kalau di ladang ayam, telur ni akan dibuang sebab dikira telur reject.

Carian di Google banyak mengaitkan telur bulat dengan perkara pelik dan ada juga dikaitkan dengan kepercayaan karut. Hakikatnya ia cuma kejadian 'telur cacat', Maha Suci Allah yang menjadikan kepelbagaian dalam kehidupan kita. Jangan mudah terpedaya dan menjadikan kita kian jauh dari Allah.


26 comments:

  1. tekur ayam kampung bukan warna putih ke??mak akak pun bela ayam kampung.tapi telurnya warna putih..

    ReplyDelete
  2. deno tak pernah jumpa telur yang bulat... sesuatu yang baru bagi deno :)

    ReplyDelete
  3. diana:
    telur ayam kg kat rumah mertua saya tu campur2..ada yg agak putih & ada yg agak coklat. ntah kenapa..

    deno:
    samalah..jakun jap.

    ReplyDelete
  4. 1st time tengok telur bulat...biasa bujurkan..

    ReplyDelete
  5. owh..yer ker???xpernah plak tengok rupa telor ayam jantan..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. w0o0...patut pun xpenah nampak...dikira telur reject la nih..:)

    ReplyDelete
  7. kalau ade benda pelik mesti dikaitkan kepercayaan karut kan kak..wanie pun tak pernah nampak lagi ni..kirenye telur ni xkan menetas la ye..huhu

    ReplyDelete
  8. uv:
    yup...telur reject.

    wanie:
    betul..ia takkan menetas.

    ReplyDelete
  9. telur rejek pun masih leh makan kan...

    ReplyDelete
  10. eita:
    boleh, takde problem. cuma kalau tak pernah/tak biasa..rasa was2.

    ReplyDelete
  11. cute jer.bulat n kecik cumel :)

    ReplyDelete
  12. salam ujie.
    Tak pernah lagi saya jumpa telur ayam yg bulat ni.

    Baru saya tahu, ia dikategorikan sebagai telur cacat.

    ReplyDelete
  13. tanpa kuning?

    baik untok orang diet!

    ReplyDelete
  14. ingatkan bola pingpong,,hehehe,,nice sharing kak,, :) first time tengok

    ReplyDelete
  15. gedek:
    a'ah la..tapi telur tu comel, isi pun mesti sikit sgt.

    yen:
    mmg mcm saiz bola ping pong pun.

    ReplyDelete
  16. Memang selalu jumpa telur ni kat kampung..mmg tak ada kuning ni..hehe

    ReplyDelete
  17. elih:
    ada jugak yg dah biasa jumpa telur gini ya..

    ReplyDelete
  18. kat rumah mertua saya pun ada gak ayam kg..telurnya meme comei2..tp lum pernah lg sy jumpa yg bulat mcm tu..

    wah blog ujie dh bertukar wajah yer..dr biru ke hijau..nice

    ReplyDelete
  19. exora:
    sbnrnya ayam yg ada problem, cth: stress, sakit akan hasilkan telur tak sempurna gini.

    bosan tengok rupa blog..tu yg tukar. ni pun blm final..nak adjust sikit.

    ReplyDelete
  20. cOmey je bulat gitu..buat koleksi lah kak..haha

    ReplyDelete
  21. tak pernah tgk pun..

    sis boleh pos kat sy?hehee

    ReplyDelete
  22. ctk:
    koleksi?? kalau boleh naik harga nak jugak simpan. haha..

    ws:
    seriously? nanti blm sampai dah pecah la pulak.

    ReplyDelete
  23. Subhanallah..
    Indahnya ciptaan tuhan kan?

    ReplyDelete
  24. Pertengahan Januari lalu, Kim Broughton menemukan salah-satu ayam betinanya -yang namanya kini diganti "Ping Pong"- telah bertelur di kebun miliknya di Latchingdon, Essex, Inggris.
    Sebuah telur ayam berbentuk bulat "sempurna" telah terjual £480 atau sekitar Rp10 juta di situs lelang internet eBay.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****