Wednesday, 19 May 2021

Orang-orang Biasa (Edisi Malaysia)


Orang-orang Biasa (Edisi Malaysia)
Judul : ORANG-ORANG BIASA (edisi Malaysia)
Penulis : Andrea Hirata
Penerbit : Jejak Tarbiah
Tahun terbit : 2020
Jumlah muka surat : 298
Harga : RM28

Andrea Hirata merupakan penulis novel pertama dari Indonesia yang saya baca hasil karyanya. Bermula dengan novel Laskar Pelangi, saya terus tertarik dengan novel-novel tulisan beliau. Semuanya dalam bahasa asal - Indonesia.

Berbeza dengan naskhah Orang-orang Biasa (OOB) yang saya miliki ini, ia merupakan edisi terjemahan untuk pembaca di Malaysia.

Pada awalnya saya agak ragu-ragu tentang keseronokan membaca novel terjemahan begini. Tapi ternyata buku dengan kulit depan memaparkan manusia berwajah monyet ini masih seronok untuk dinikmati disebabkan ia masih mengekalkan gaya bahasa Indonesia. 


SINOPSIS
Novel ini mengisahkan kehidupan di Belantik, sebuah daerah yang aman tanpa jenayah berat. Namun kemudiannya dikejutkan dengan satu jenayah rompakan bersenjata di sebuah bank. Anehnya, para perompak tidak mengambil wang!

Tambah menarik, pihak polis gagal mengesan bahawa rompakan bank tersebut dilakukan oleh kumpulan 10 orang yang semasa di sekolah mereka merupakan murid-murid bangku paling belakang - Handai, Tohirin, Honorun, Sobri, Rusip, Salud, Nihe, Dinah, Junilah dan Debut Awaludin.

Apakah tujuan mereka merompak bank? Dan bagaimana para penghuni bangku belakang mampu merancang sebegitu licik untuk merompak bank? Nak tahu semua ni kenalah baca novel Orang-orang Biasa ni. 

Orang-orang Biasa (Edisi Malaysia)

Andrea Hirata bijak mengangkat isu pendidikan dan kritikan sosial lainnya menerusi gaya penceritaan yang menarik serta lucu. Ya, membaca Orang-orang Biasa membuat saya kerap tersenyum atau ketawa sendiri. Apa yang berlaku di Belantik sebenarnya mewakili apa yang berlaku disekitar kehidupan kita (walaupun tidak sama sepenuhnya kerana latar cerita ini di negara Indonesia).


7 ISI MENARIK DALAM NOVEL ORANG-ORANG BIASA :
1. Tentang belajar untuk menerima apa yang ditakdirkan untuk kita. Seperti kata-kata Inspektor Abdul Rojali, “Dalam hidup ini kita tidak selalu mengerjakan apa yang kita cintai, namun kita dapat belajar untuk mencintai apa yang kita kerjakan.”.

2. ‘Berjualan buku di negeri yang penduduknya tidak suka membaca adalah tindakan heroik’, saya tertarik dengan petikan ayat ini kerana sememangnya menyampaikan buku kepada masyarakat tidaklah begitu mudah. Ianya satu perjuangan.

3. Cita-cita akan membuatkan kita lebih bersemangat dan gigih berusaha untuk mencapai impian. Seperti watak Aini, seorang murid yang tidak pintar dan gagal naik kelas tetapi berusaha keras untuk berjaya setelah mempunyai cita-cita. Cita-cita Aini adalah mahu menjadi doktor pakar untuk mengubati penyakit ayahnya.

4. Menolak budaya ‘kabel’ atau orang dalam. Dalam novel ini, anak Inspektor Abdul Rojali telah gagal dalam ujian kemasukan ke sekolah jururawat. Lalu pengetua sekolah memberi keistimewaan untuk anaknya diterima masuk disebabkan pengetua mengenali Inspektor, tetapi tawaran tersebut ditolak oleh Inspektor.

5. Ketidakadilan hak mendapat pendidikan bagi orang miskin, walaupun layak tetapi tidak mampu untuk meneruskan pendidikan. Tiada bantuan dari kerajaan. Memetik kata-kata Debut Awaludin “Tengoklah jurusan tertentu hanya dapat dimasuki oleh orang-orang kaya! Tengoklah langkanya anak-anak orang miskin jadi doktor! Mendaftar ke fakulti itu saja mereka tak berani! Padahal, kecerdasan mereka telah diuji! Ilmu hendaklah hanya tunduk kepada kecerdasan, bukan kepada kekayaan! Para pemimpin, birokrat, ahli politik, sibuk dengan periuk belanga mereka sendiri!”. 

6. Menolak budaya korupsi. Sungguh pun Inspektor memerlukan wang untuk memenuhi keperluan hidup, tetapi Inspektor bertegas menolak wang rasuah yang cuba disogokkan kepadanya.

7. ‘Menjadi pemimpin dan menjadi pintar adalah hal berbeza’, petikan ayat ini membuatkan saya terfikir situasi politik di negara kita. Ada pemimpin yang melakukan sesuatu atau berkata sesuatu yang sepertinya tak berfikir terlebih dahulu. Benarlah, menjadi pemimpin dan menjadi pintar adalah hal berbeza.


Orang-orang Biasa, naskhah yang cukup santai dalam menyampaikan banyak hal untuk kita fikirkan. Saya sangat menyarankan naskhah ini dibaca oleh para pelajar, pendidik dan pemimpin.


“Bermimpilah, kerana Tuhan akan memeluk mimpi-mimpi itu.
Tanpa mimpi, orang seperti kita akan mati...” - Andrea Hirata






.

23 comments:

  1. Menarik merompak bank tapi tidak ambil wang jadi ambil apa sebenarnya? Hendak tunjukkan kelemahan sistem keselamatan bank agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sebab mengapa mereka tak ambil wang di bank tersebut...hehe

      Delete
  2. menarik kak, nak kene cari nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang menarik...kalau belum pernah baca novel Andrea Hirata, sesuai cuba baca yang ni sebab dah diterjemah untuk bacaan orang Malaysia.

      Delete
  3. Kisahnya menarik dimana sebuah tempat tanpa pernah ada jenayah berat. Pengajaran pulak boleh kita belajar dan aplikasi kan. Cover buku dan tulisan tajuk bab tu saya suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun tertarik dengan cover buku ni - manusia berwajah monyet, huruf S yang ditulis seperti simbol duit.

      Delete
  4. Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah saya kongsikan di sini supaya sama-sama dapat manfaat.

      Delete
  5. Saya pun suka baca novel hasil karya dari negara jiran, Indonesia. Buat masa ini saya hanya ada koleksi Pramoedya Ananta Toer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penulis terkenal tu, cuma saya belum pernah baca karya beliau. InsyaAllah suatu hari nanti..

      Delete
  6. unce suka cover stail grafik macam ni...

    ReplyDelete
  7. sekarang jugak saya check IG tu, saya minta nak guna kod kupon akak jugak ye. thanks for sharing kak

    ReplyDelete
  8. Saya tertanya kalau tak nak Wang kenapa merompak di bank hm

    ReplyDelete
  9. menarik karya sebegini..cerita rakyat marhaen..yg mampu mencipta yg luarbiasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana setiap manusia ada kelebihan tersendiri.

      Delete
  10. yeay ade letak link sekali..baru nnk tye kat mana beli..menarik nih

    ReplyDelete
  11. macam cerita money heist ja

    ReplyDelete
  12. Menarik ringkasan dr kak ujie ulas..tertarik utk tahu kisah lebih lanjut!

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****