Tuesday 18 October 2011

Ada KWSP? Sila Baca...

Korang ada simpanan KWSP? Kerja sendiri pun boleh ada simpanan KWSP tau! Apapun info ni tetap penting jika ibu bapa atau pasangan korang ada simpanan KWSP. Sekarang ni KWSP sekali lagi buat kempen penamaan waris bagi pencarum KWSP. Sebab masih ramai pencarum yang belum buat penamaan waris mereka.

Kenapa perlu buat penamaan waris?
Supaya mudah waris kita buat tuntutan wang KWSP setelah kita meninggal.
Jika tak buat penamaan waris, ahli keluarga kita terpaksa melalui prosedur yang sukar dan memakan masa, sebelum dapat menuntut wang simpanan KWSP tadi. Waris perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir dan Sijil Probet / Perintah Pembahagian sebelum boleh buat tuntutan di KWSP.

Bagaimana nak buat penamaan waris?
Pergi ke cawangan KWSP terdekat dan isi Borang KWSP 4.
KLIK SINI jika nak print sendiri. Tapi borang ni percuma je pun.

Siapa boleh menjadi penama simpanan kita?
Siapa-siapa saja boleh jadi penama. Tapi letaklah ahli keluarga yang boleh dipercayai untuk uruskan wang kita tu. 

PERINGATAN..bagi pencarum Muslim, penama hanyalah sebagai wasi (pentadbir) wang tu saja. Tugas wasi cuma membuat tuntutan wang, lepas tu perlu membahagikan wang tadi mengikut hukum faraid atau mengikut persepakatan waris/ahli keluarga lain.

Bagi bukan Muslim, perlu diingat bahawa penamaan ini mengatasi wasiat bertulis. Begitu penting penamaan waris KWSP berbanding wasiat yang dah tertulis!

Bolehkah nak ubah penama?
Boleh, setiap kali isi borang baru maka penamaan yang terdahulu terbatal.
Memang perlu ubah penama, terutamanya jika kita dah berubah status. Dah kahwin letaklah nama pasangan pulak. Dan kalau penama semua meninggal, juga kita perlu buat penamaan yang baru.

*********************************
Selain KWSP, simpanan Tabung Haji juga perlu dibuat penamaan. Pengalaman semasa menguruskan harta peninggalan arwah bapa saya beberapa tahun lalu menyedarkan saya betapa pentingnya penamaan waris. Mujur bapa saya bertindak bijak dengan membuat penamaan, jadi memang mudah untuk membuat tuntutan di Tabung Haji (bapa saya takde KWSP, kerja sendiri). Kalau tak, memang perlu kepada Surat Kuasa Mentadbir dan Sijil Probet yang memakan masa untuk kita mendapatkannya.


16 comments:

  1. ye..sgt perlu penama..sbb susah klu takda penama.

    ReplyDelete
  2. Bagus info ni. Kalau prosesnya sukar kenapa kat paper masih ada cerita wang KWSP mudah dikeluarkan oleh orang lain?
    Bulan 4 dulu Aku ada buat entri pasal Kena Kencing Lagi bacalah yea :)

    ReplyDelete
  3. empayarutama: org tu menipu..mudah le.

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas info nih. nak tkr nma pewaris lah...

    ReplyDelete
  5. roha: kalau perlu tukar..elok cpt sblm segalanya dah terlambat.

    jiji: saya pun ada yg baru tau..tu share kat sini.

    ReplyDelete
  6. ambik skim pencen so, kwsp dah draw aout hehehe :)

    ReplyDelete
  7. tak tau la pasal kwsp ni kak,,,dah dapat belajar dah ;)

    ReplyDelete
  8. hehehe..bagus..da macam bukak laman web KWSP da cara peneranganya..hehe..jelas dan teratur..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. hehehe..bagus..da macam bukak laman web KWSP da cara peneranganya..hehe..jelas dan teratur..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. thanx 4 sharing.... tgh pk nak letak nama sapa ek? hurm...

    ReplyDelete
  11. penama tu penting...jgn bg pd org yg xbertanggungjawab..huhu

    ReplyDelete
  12. hyz: kalau mmg sebatang kara..nak letak nama saya pun boleh..hehe..

    ctk: a'ah..kalau letak penama tak bertanggungjwb..abis pulak duit tu dia makan sorang.

    ReplyDelete
  13. salam Ujie.

    info yg amat berguna. Sediakan payung sebelum hujan jadi,lakukan penamaan pewaris sebelum terlewat.

    Tapi saya ambik skim pencen sbb lebih sesuai utk saya sbgai guru.

    ReplyDelete
  14. bila nak buat penama buat sy ni??hehehee

    thnk info^^

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****