Pernah tak korang mengalami gejala berikut secara serentak:
- sakit kepala
- sakit leher
- sakit bahu
Baru-baru ni saya mengalaminya selama beberapa hari. Sakit kepala dan sakit leher serta bahu sebelah kanan sahaja. Bila pergi jumpa doktor, dia pun buka buku dan terangkan mengenai ASTIGMATISME. Tak perlulah saya sertakan gambar, sebab saya pun tak pandai nak terangkan.
Menurut doktor tu, urat saraf mata ada berkaitan secara bersilang dengan urat di bahagian leher dan bahu. Sebab tu bila mata kiri saya yang mengalami tekanan, leher dan bahu kanan yang terasa sakit.
Apa itu Astigmatisme?
Astigmatisme menyebabkan penglihatan yang kabur sama ada bagi objek dekat atau jauh. Astigmatisme biasanya disebabkan oleh permukaan kornea yang tidak sekata. Semua sinar cahaya dari suatu objek tidak bertemu pada satu titik dalam mata, sebaliknya sesetengah sinar cahaya terfokus pada retina dan yang lain terfokus di hadapan atau di belakang retina.
Apa punca berlaku Astigmatisme?
Ia berlaku disebabkan tekanan berlebihan pada kornea, biasanya terjadi bila kerap menggunakan mata untuk melihat objek dekat dalam jangkamasa yang lama.
Tanda-tanda Astigmatisme
Sakit kepala, sakit mata, kabur bila melihat benda pada jarak dekat/jauh dan kadang-kala sakit pada bahagian leher dan bahu.
Cara Merawat
Paling biasa, pakai saja cermin mata.
Sebenarnya sebelum ni saya memang pakai cermin mata, tetapi secara 'Part-Time'...pakai sewaktu keluar malam atau bila rasa perlu je. Atas nasihat doktor, sekarang saya perlu pakai secara 'Full-Time'. Memang sungguh tak selesa rasanya! Inilah akibat mengadap skrin lama sangat..lepas ni kena rajin buat senaman mata. Korang suka berblog kan...kena ambil tahu pasal ni tau!
*****************************************
Mencelah sikit..nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Woofer Storm dan Diana Rashid yang sudi membuat 'promosi percuma' untuk blog saya ni dalam entri kalian tadi. Malu tapi suka!
Pernah! Pernah! Pernah! :D
ReplyDeleteSaya bukan pemakai spec sebelum ni. So, bila alami symptoms tu, memang bajet mata dah rabun lah.
Bila pergi je jumpa Doctor, ingatkan myopia je, sekali astig lagi banyak. Huhuh.
Berhati-hati ye kalau bawak kereta malam-malam. Rabun silau orang panggil.
Aku pakai spek kecil (lens) andai tiada ia, aku seakan kabuuurrrrrr...
ReplyDeletepernah juga terjadi..tapi lily tak pakai spek..maybe kurang tido & selalu mengadap skrinkan..
ReplyDeleteWah kena ambil perhatian ni. Saya pun hanya pakai spec bila keluar rumah dan pejabat...
ReplyDeleteSaya pakai spek jugak tapi untuk silau..He he he...
ReplyDeleteDulu, saya pengguna spek tegar..hehe.. Skg sy jg spt Red Tea.. pengguna setia lens..hihi ^_^V
ReplyDeleteyana lan: a'ah..doktor ada sebut gak- rabun silau.
ReplyDeletetea: rasa mcm nk pakai contact lens..tapi mcm takut nak masukkan kat mata.
lily: lps ni kalau jadi lg awak pegilah jumpa doktor. takut makin teruk rosak mata..maklumla asik tengok skrin.
dlj: haa..mmg berisiko la tu.
ReplyDeleteaku enot: kira ok drpd saya..rabun jauh & rabun silau.
myez: mesti dah rimas pakai spec kan..^_^
kalau berani & berduit..buat pembedahan laser.
hehehehe..macam ct la kan...sekarang ct full time pkai cermin mata :D
ReplyDelete*teringin nk pkai lens tp xpandai..hOhO..
Aku pakai rayban buat tekel amoi hahahah
ReplyDeletectk: sama la..teringin tapi tak berani.
ReplyDeleteempayarutama: mesti awak ni perasan hensem bila pakai rayban kan..^___^
Salam Ujie...,
ReplyDeletekalau dah sampai masanya kena "full time" pakai kacamata..., pakai jer..., saya dah berpuluh tahun pakai kacamata full time...huhuhuhu.
hehe..ok laa tu..saya pun da full time pakai cermin mata da..rasanya dah 4 tahun kot..but thanks 4 da info..memang berguna..thumbs up!!!
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
huhuhu,,
ReplyDeletesama lah kita,,,
full time huhuhu,,
nampak nerd gitu,,heheheh :)
tapi takpelah kak,,sebagai ikhtiar kan,,
lau tidak lagi teruk nanti,, ;)
azmnor: yelah..ni blm biasa asik lupa je nak pakai.
ReplyDeleteazlan: sebenarnya entri ni mmg nak share psl urat mata bersilang tu..sbb baru tau.
bkn nak canang saya kena pakai spec full time pun.
yen: awak muda remaja mmg look nerd..kalau akak nampak semakin tua! takle..matang! °_°
salam kenal
ReplyDeletesinggah sini terus follow
kalu sudi, jom follow saya plak
maceh
^_^
dulu sebelum wanie pakai cermin mata memang wanie selalu pening..skang pakai cermin mata dah ok la tapi sakit bahu tu macam ade je..ingat sebab selalu duduk depan lappy..huhu
ReplyDeleteoptometris pesan suruh pakai cermin mata full time tapi wanie pakai part time je..huhu
wanie: nampaknya wanie kena pakai terus..baru tak sakit bahu lg. akak sejak pakai terus ni..alhamdulillah takde sakit kepala, leher & bahu.
ReplyDeletesaya pun x suka pakai spek mata...wpun mata dh x brp tajam memandang benda2 yg jauh..huhu
ReplyDeletethanx kongsi ilmu...
errr alamak..i ni mcm blogger tegar gak nih..errrr tanak la kene pakai spec..mcm agak x selesa je..uwawawa
ReplyDeleteluv,
cik ana
exora:
ReplyDeletetak suka..tapi apa boleh buat..
anamizu:
hmm..mmg tak selesa pon! dari komen2 kat atas nampaknya ramai blogger yg kena penyakit ni..
sy memang pakai spek mata sis..heheee
ReplyDeleteowhhh letih mata menghadap pc apatah lagi bial tgk nombor2 setiap hari.semakin kecilllllll je kite tgk nombor2 tu hahahaha.officemate tu lagilah pakai UBS nombor kecil yang amat macam kuman.
ReplyDeleteakhirnya dia dah pakai glasses hhuhu.marilah semua amalkan inner shine,makan vitamin bilberry dan sentiasa rehatkan mata dgn lihat pokok atau rumput atau daun janji green color ngeee...
aleasara:
ReplyDeletetq..wah..siap bg tips. bagus!
saya pun kalau terlalu lama sgt mengadap screen...mata makin kabur. sakit kepala pun kerap.
ReplyDeleteuihh,.kene berjage2 ni,.CN pon agak lameee duk ngadap laptop,huhu,.
ReplyDeletetanda2 yg sama mcm LM juga,...tapi tak pernah check.maybe LM pun kena full time bermata 4 kot?huhu
ReplyDeleteniza:
ReplyDeletedah kena gi jumpa optometrist tu! buat spec..
CN:
tips..jgn tenung lama2 skrin.
LM:
tu kena gi check mata kot power dah tambah. tapi mmg better pakai full time.