Tuesday, 11 October 2011

Maksiat SMS

Untuk renungan mereka yang sedang dan ingin bercinta, membuai rasa...

"Kami jarang berjumpa. Cuma kerap SMS, kadang-kadang ada la telefon."
Berapa kerap? berpuluh SMS sehari bukan?..

"Kami takde cakap yang tak elok. Bual-bual biasa je..tanya makan, dah solat ke.."
Perbualan memang biasa, gelodak rasa & nafsu siapa yang tahu?..Ingatlah sesungguhnya syaitan itu licik dalam menipu daya manusia!

"Ala..cuma SMS. Bukan jumpa berdua-duaan pun! Kat mana salahnya?"
Apa-apa perbuatan yang mengarah zina adalah salah.
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)"
(maksud Surah al-Isra', ayat 32)

"Macamla dia tak pernah remaja..tak pernah bercinta!"
Saya pernah remaja, juga pernah bercinta. Rasa cinta tidak berdosa, tetapi cara bercinta memungkinkan hadirnya dosa. Kesilapan bukan untuk diulang, tetapi disesali dan dijadikan sempadan!

"Dah tu, jumpa tak boleh..SMS pun tak boleh. Macamana nak bercinta?"
Boleh jumpa, dengan kehadiran orang ketiga. Boleh SMS pada perkara yang perlu dan sekadarnya saja. Bercintalah habis-habisan setelah ada ikatan yang sah. Bersabarlah menanti detik itu!

"Lelaki dan perempuan yang baik bukanlah yang memakai kosmetik Islam pada SMS berbau Islam atau pakaian berwarna Islam, tetapi pada kekuatan menghalang diri dari saling mengotorkan pasangan dengan maksiat."
(petikan artikel Sepinggan Dosa Berulam Pahala oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil)


p/s: Sebagai manusia, saya juga tak terlepas daripada melakukan kesilapan. Mohonlah keampunan dari-Nya, perbetulkanlah kesilapan semalam. Semoga hari ini dan seterusnya, kita melangkah penuh waspada.


15 comments:

  1. yaa , Tia sendiri tak terlepas dari buat silap ..

    ReplyDelete
  2. betul..disamping tu leh menjimatkan cdt..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  3. azlan: yelah..simpan duit utk belanja kawin.

    diana: betullah kak..pandai je setan tu main peranan.

    ReplyDelete
  4. alamak..
    Tq yer 4 reminder..
    hehehe

    ReplyDelete
  5. Membaca entry ni saya teringat dgn artikel bertajuk cinta anta-anti yg ditulis oleh Ustaz Masree Malik. Cinta yg disemarakkan oleh lagu-lagu nasyid tika itu. ia juga persis sepinggan dosa berulam pahala

    ReplyDelete
  6. shameel: betul..ada satu kumpulan nasyid tu dah sedar & mohon jgn mainkan lagi lagu2 nasyid mereka yg bertemakan cinta sblm kawin.

    ReplyDelete
  7. Sms ni perlu batasan juga..sbb tu adik or anak2 buah kita selalu nak minta top up utk sms dgn entah siapa..bahaya jugak ni, thanks utk peringatan..:)

    ReplyDelete
  8. kadang2 kita rs sms tu biasa jer...
    tp sbnrnya mendatangkan dosa atau menghampiri zina..maksud saya antr lelaki n pompuan laa.

    ReplyDelete
  9. betul tu,,,nak nak lagi skrang ni ada mobile sosial web pulak kan,,,,cari kawan dari fon je,,macam fb,,,

    ReplyDelete
  10. salam ujie..,

    sms ni sebenar lebih pembaziran masa dan wang ringgit....pembaziran itu adalah perbuatan syaitan...

    ReplyDelete
  11. terbaik entry ni..

    betul3,cuma orang tak lepas dari melakukan kesilpan,pokoknya bagaimana kita bisa memperbaiki kesilpan yang lalu^^

    ReplyDelete
  12. bagus entry ni utk peringatan diri sendiri dan kwn2 termasuk cik tom..sbb kdg2 terlepas pndg jgk menda ni..rasanya remeh tp menda yg remeh ni la yg blh mengundang pd menda yg xelok..thanks ujie..

    ReplyDelete
  13. ciktom: nampak remeh tapi besar impaknya dlm menjaga hubungan dgn Allah. masa remaja dulu saya pun tak perasan benda gini.

    ReplyDelete
  14. ct akan menghalangnya ..huhuhu

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****