Tuesday, 25 October 2011

Kita Merasa Sedih...



Kita merasa sedih kerana tidak punya wajah menawan,
Ada orang sedang bersedih kerana wajahnya cacat!

Kita merasa sedih kerana tidak mampu membeli kasut berjenama,
Ada orang sedang bersedih kerana telah kehilangan kaki!

Kita merasa sedih kerana tiada pelajaran tinggi,
Ada orang sedang bersedih kerana tidak mampu bersekolah!

Kita merasa sedih kerana tidak berjawatan tinggi,
Ada orang sedang bersedih kerana tidak mendapat pekerjaan!

Kita merasa sedih kerana tinggal di rumah kecil,
Ada orang sedang bersedih kerana tiada tempat untuk berteduh!

Kita merasa sedih kerana masih tidak bertemu jodoh,
Ada orang sedang bersedih kerana jodohnya tidak seperti yang diharapkan!

Kita merasa sedih kerana tiada zuriat,
Ada orang sedang bersedih kerana langsung tidak pernah berkahwin!

Kita merasa sedih kerana ayah ibu telah pergi buat selamanya,
Ada orang sedang bersedih kerana tidak pernah mengenal siapa ayah ibunya!


Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan ingatlah tatkala Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku) maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”
(Surah Ibrahim:Ayat 7)

Berhentilah bersedih, bersyukurlah dan nikmati hidupmu apa adanya.
Berusahalah menggapai impian, namun pada akhirnya Allah jua penentu segala!


17 comments:

  1. alhamdulillah bagus entri ni...slg ingat-mengingati sesama kita.manusia mudah lupa akan nikmat yg Allah berikan dan mudah melatah bila ujian dtg menimpa :)

    ReplyDelete
  2. Andai kita sedih, ingatlah ada yang lebih sedih untuk kita....

    ReplyDelete
  3. aleasara: betul..sebenarnya dah tau, tapi selalu lupa.

    tea: kalau kita selalu fikir gitu, akan kurang rasa sedih kita kan.

    ReplyDelete
  4. huhuhu,,
    tersentuh baca entry ini..
    TQ.. :)

    ReplyDelete
  5. suka entry ni ujie..thank^^

    mknanya kita selalu tak tahu erti kepuasan hidup..nak sesuatu benda walhal ada benda kat kita yang berharga,,ermmmm

    selamat malm^^

    ReplyDelete
  6. Sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita miliki..

    ReplyDelete
  7. woofer storm: betul la tu.
    kita mmg digalakkan usaha lebih, tapi jgn sedih/kesal dgn apa yg dah ada.

    ReplyDelete
  8. bersyukur laa..masih ade lg org yg kurang daripada kita :)

    ReplyDelete
  9. sebagai peringatan utk diri sendiri..bersyukurlah dengan ape yg ade..thanks :)

    ReplyDelete
  10. TErima seadanya, syukur lah dgn apa yg kita dpt..diluar sana lg ramai yg tak ada apa-apa..bersyukur lah! :)

    ReplyDelete
  11. nice entri..kesimpulannya jadilah hamba Allah yg bersyukur

    ReplyDelete
  12. Sabar itu memang lebih senang daripada bersyukur. kita memang boleh sabar tapi belum tentu kita bersyukur dengan apa yang kita ada..kan?

    Saya pernah terjumpa satu quote ni ;

    look at the brighter aspects of your life before looking at the dark side and you will surely be happy :)

    ReplyDelete
  13. yayan: yelah..mmg tulah rahsia utk hidup gembira. kekurangan yg ada utk di atasi bkn dikesali.

    ReplyDelete
  14. manusia sentiasa ada perasaan xmenghargai apa yg sudah sedia ada tmasuk ciktom..thnk utk entry ni..

    ReplyDelete
  15. ciktom: entri ni pun utk peringatan saya sendiri. kdg2 suka mengeluh..

    ReplyDelete
  16. Salam ujie..,

    setiap apa yg kita ada adalah ujian buat kita dan setiap yg kita tiada pun adalah ujian....bersyukor atas seadanya...allahualam.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****