Friday, 14 October 2011

Duhai Lelaki, Tahukah Kamu?


Saya sering membaca entri-entri blogger lelaki betapa mereka 'terganggu' dengan perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat. Saya akui, memang ramai perempuan begitu. Dan saya turut rasa malu dengan penampilan mereka. Tapi saya juga turut merasa kasihan, kerana tiada yang menegur dan membimbing mereka.

DUHAI LELAKI, TAHUKAH KAMU?
Membimbing perempuan untuk menutup aurat adalah sebahagian daripada tugas anda!

Firman Allah, yang bermaksud;
 "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka.
(Surah an-Nisa': Ayat 34)

SUAMI bertanggungjawab terhadap aurat isterinya.
BAPA bertanggungjawab terhadap aurat anak perempuannya.
ABANG/ADIK LELAKI bertanggungjawab terhadap aurat kakak/adik perempuannya.
Jika anda LELAKI, jom jalankan tanggungjawab anda!
Didiklah secara baik, berlemah-lembut dan tanpa putus asa.

Ingatlah, anak isteri adalah amanah daripada Allah.
Langkah anda ke syurga boleh terhenti kerana dosa mereka!

Untuk si isteri, janganlah hantar suamimu ke neraka.
Untuk si anak, janganlah hantar bapamu ke neraka.
Hanya kerana kita tidak menutup aurat.
Perempuan, tutuplah auratmu!

Jika semua LELAKI menjalankan tanggungjawab ini, saya yakin berkuranglah perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat. DUHAI LELAKI, BERTANGGUNGJAWABKAH ANDA???

p/s: Kepada lelaki yang belum berkahwin tu, boleh je tegur dan bimbing bakal isteri. Tapi kalau  si dia tak mau dibimbing...korang kenalah fikir berkali-kali ya.


22 comments:

  1. Salam Ujie..,

    memang benar besar sebenarnya tanggungjawab lelaki...mereka lah ahli ibadat yg punya pahala sebesar 3 gunung uhud muflis di mahkamah Allah azawajalla...Nauzubillahi minzaliq.

    lelaki dan perempuan sama-sama ada tanggungjawab dan tugas masing-masing utk mendapt keredhoan Allah..Allahualam.

    ReplyDelete
  2. azmnor: betul..sama2 main peranan. lelaki membimbing..prmpn kenalah ikut.

    ReplyDelete
  3. Trend perempuan pakai T shirt lengan pendek tapi pakai tudung semakin menjadi-jadi sekarang ni. Kalau ada kaitan dg kita bolehlah nak tegur tapi ini anak orang...

    ReplyDelete
  4. setuju sangt..
    orang lelaki kata tak suka pandang gitu tapi tetap di tenuung..
    apa salahnya menegur..kan??
    ni tak..
    tengok perempuan seksi depa ambik gambar upload kat blog buat entry ceramah..
    tak patut la...
    mengaib kan orang je..

    ReplyDelete
  5. mie: hmm..yg anak org tu mmg berat nak tegur. jadinya kita tegur family & sedara mara sendiri je lah.

    diana: mmg silap cara tu kak. dah le buka aib prmpn tu, dpt saham dosa jugak sbb tayang gmbr gitu.

    ReplyDelete
  6. kadang2 ppuan ni dah di tegur pun jangan pakai camni.. x elok.. berdosa. tapi dorg ni jenis keras kepala. xmau dengar cakap org. kubur masing2 katakan..

    ReplyDelete
  7. shuhaida: yelah..biasa gitu, utk ajak org buat benda baik ni mmg tak boleh putus asa. kubur mmg msg2, tapi dah jadi t/jwb sesama muslim utk saling tegur menegur ke arah kebaikan & mencegah yg mungkar. ^_^

    ReplyDelete
  8. salam..
    nice entri.lelaki yg baik buat wanita yg baik.sbb tu wanita yg tak bertudung jd muslimah sejati bila berkahwin dgn lelaki beriman yg berjaya membimbing mereka.

    ReplyDelete
  9. suka entry ni..tq

    kadang2 manusia lagi suka berkata dari melakukanya..serius tak ramai laki berani berkata begitu rupa,nanti kita kata baik,perempuan tu silap tafsir..ada makan lempang jawapnya.

    ermmmmmmm

    ReplyDelete
  10. LM: setuju..itulah tugas suami-membimbing.

    woofer storm: tegur-menegur mmg bkn tugas yg mudah..saya akui. jadinya kita mulakan dgn family sendiri je dulu..tak mkn lempang kot..heheh.

    ReplyDelete
  11. kena tegur baik2.
    ada adik sy sorg tu dulu x pakai tudung. Ayah tanya dia nape x nak pakai tudung? dia cakap lepas dia kawin nnt la dia pakai tudung. Tak sayang kat ayah ke? Nnt ayah kena masuk neraka sebab anak dia yg sorg ni xnak pakai tudung?

    So, sekarang dia dah pakai tudung.

    ReplyDelete
  12. shuhaida: thanks..cerita yg baik!

    ReplyDelete
  13. perempuan bila kena tegur depan org baru insaf ckit..huhu

    ReplyDelete
  14. tak tegur bukan sebab takut kat bini, tapi bini tak takut kat suami...kena 5 kali sabar

    ReplyDelete
  15. pesanan yang ringkas dan cukup menarik...terima kasih kerna mengingatkan kami selaku orang lelaki yang baik...

    ReplyDelete
  16. mohd shubhi: bini tak takut suami ya?? hahah..

    ReplyDelete
  17. betul tu kak ujie. kita semua ni kenalah saling tegur mana yg tak betul supaya semuanya pun selamat dunia akhirat. insyaalah :)

    ReplyDelete
  18. reen: semoga budaya tegur menegur subur dlm masyarakat kita..bkn budaya kutuk mengata je.

    ReplyDelete
  19. huhu... tetiba teringat yang zaman sekarang macam2 fesyen tudung ada.. dari yg ikut syariat hingga tak..hurmmm... wallahualam..

    Thanks a lot sis ^-^

    ReplyDelete
  20. cik una:
    bila bertudung sekadar ikut fesyen..mmg jadi problem.

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...