Tuesday 21 February 2023

Bika Ambon - Makanan Khas Medan, Indonesia

Bersambung catatan perjalanan di Medan, Indonesia…

Bika Ambon merupakan antara makanan khas Medan yang harus kita cuba jika berkunjung ke Medan. Terdapat banyak pilihan jenama/pembuat kuih istimewa Medan ini, tetapi yang terkenal adalah Bika Ambon Zulaikha.

Kalau ikut perancangan awal, kami nak pergi sendiri ke kedai Bika Ambon Zulaikha untuk membeli Bika Ambon dan dapatlah melihat/membeli sendiri pelbagai pilihan kuih lain yang ada dijual di sana. Tetapi kami tukar fikiran, kami beli saja melalui GrabFood.

Bika Ambon dihantar terus ke depan pintu hotel. Mudah juga begini kan.

Bika Ambon - Makanan Khas Medan, Indonesia
Bika Ambon Zulaikha saiz besar dengan perisa Original. Saya pilih perisa asli disebabkan ini kali pertama mencuba makan Bika Ambon. Pilihan perisa lain - pandan dan keju. Kalau ada jual perisa campuran dalam satu pek pun menarik juga. Boleh mencuba pelbagai rasa. Nak ambil pek kecil tak ada pula pilihan tersebut di GrabFood, kalau ada bolehlah ambil pek kecil dua perisa.

Bika Ambon - Makanan Khas Medan, Indonesia
Di bahagian sisi kotak tertera pelbagai maklumat produk dan juga pesanan. Selain maklumat produk (nama & alamat pengusaha dan bahan-bahan digunakan), dipesan juga cara melembutkan Bika Ambon  yang mengeras dengan kaedah mengukus/memanggang. Juga ada pesanan agar membeli terus daripada mereka untuk mendapatkan mutu produk yang terbaik. Kuih ini tiada bahan pengawet, jadinya ia tak boleh bertahan lama.

Kotak Bika Ambon yang kami terima tadinya berbungkus plastik, dikemaskan lagi dengan balutan pelekat. Sesuailah untuk kita bawa naik kapal terbang. Walaupun sudah berbungkus rapi begitu, tetap tak dapat menyembunyikan bau harum kuih ini. Bagai memanggil untuk dibuka kotaknya dan dicuba makan segera 😃

Bika Ambon - Makanan Khas Medan, Indonesia
Beginilah rupa kuih Bika Ambon. Sedap sungguh baunya, mungkin juga kerana ia baru dibuat. Dengan menggunakan sudu yang ada di bilik hotel, saya ‘potong’ kuih Bika Ambon supaya dapat kami nikmati.

Bika Ambon - Makanan Khas Medan, Indonesia
Beginilah tekstur kuih Bika Ambon, seakan tekstur Kek Gula Hangus. Ia kenyal tetapi lembut. Rasanya juga tidak terlalu manis. Banyak juga saya makan, apa lagi sambil menatap titisan hujan menerusi jendela bilik hotel. Memang layan…cuma tak ada kopi je 😁

Bika Ambon Zulaikha
Foto tekstur kuih Bika Ambon yang lebih jelas. Foto diambil sewaktu di rumah, kuih dah pun disimpan dalam peti sejuk. Saya biarkan seketika potongan kuih yang nak dimakan di luar peti sejuk, kemudian saya panaskan menggunakan microwave. Rasanya masih kenyal dan lembut seperti baru dibeli, cuma aroma harum sudah berkurangan.

Menurut info di sisi kotak, kuih Bika Ambon dihasilkan daripada bahan-bahan berikut - tepung tapioka (tepung ubi), gula pasir, telur, santan, nira, daun limau purut dan daun pandan. Patutlah sedap baunya, ada limau purut dan daun pandan. Saya buat carian resepi Bika Ambon, nampak leceh juga proses nak menghasilkannya.

Bika Ambon Zulaikha yang saya beli ni harganya Rp. 93,501 termasuk caj pembelian melalui GrabFood. Kalau nak beli di lapangan terbang pun ada, harganya lebih tinggi sesuai dengan lokasinya. Selain Bika Ambon, Medan juga terkenal dengan kuih Bolu Meranti dan beberapa nama kuih lain. Semuanya boleh didapati di kedai oleh-oleh yang terdapat banyak di dalam lapangan terbang.







23 comments:

  1. Bagus masyarakat sana memasarkan produk mereka terutama dr segi packaging, pembelian yg dipermudahkan thru online dsbnya. Seingat sy Bandung terkenal dgn brownies kan... Maknanya setiap destinasi pelancongan tu ada specialty masing-masing agaknya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti tentang Bandung, belum pernah ke sana. Setuju pasal cara pemasaran tu, nampak la kesungguhan mereka.

      Delete
  2. Oooo.. ini macam sarang semut ni....

    ReplyDelete
  3. Pernah sekali makan bika ambon sewaktu berkunjung ke Padang. Nampak di kaunter sewaktu makan, dalam kotak kecil. Terus beli sekali dengan kek lapis legit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah nak beli pelbagai jenis, kalau ada pek kecil. Boleh rasa itu sikit, ini sikit.

      Delete
  4. Begitu rupanya Bika Ambon.
    Ada bahan limau purut mestilah wangi dan menyedapkan Bika.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, lepas baca bahan barulah tau kenapa baunya sedap sungguh.

      Delete
  5. Hari tu ke seberang tak sempat nak beli apa-apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ke Pekanbaru tu saya pun tak tau apa makanan khas sana yang sedap dan sesuai jadi oleh-oleh.

      Delete
  6. sekali pandang macam kek sarang semut kan Ujie, tapi bila kata buat dari tepung ubi dah boleh bayang rasa dia..menarik gak ni :)

    ReplyDelete
  7. Tekstur kek bika ambon ni macam kek sarang semut ye kak Ujie.

    ReplyDelete
  8. harganya dalam RM27+ kira ok jugak la ye kak sebab nampak besar, rupa dia sebijik texturenya macam kek sarang semua cuma warna lain. Kalau kat sini ada jual teringin juga nk rasa kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kira murah untuk kita dengan saiz besar gitu. Nampak ada jugak orang bawak ke sini jual balik.

      Delete
  9. penah makan
    masa arwah paktua dari Medan dtg malaysia mesti dia bw sbgai buah tangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin pak mentua ciknur datang dan bawa buah tangan sana 👍

      Delete
  10. wahh bila ambon dh bertukar packaging dan owner pun dh pergi haji. hehehe. kalau dulu suka beli yg campur mcm2 flavour sbb nk rasa semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, tak ada pulak pilihan gitu. Boleh rasa macam2 kan..

      Delete
  11. Kemarin ngobrol dengan kak Anies di wa, ternyata dia suka juga dengan buka Ambon nih. Nak saya bawakan kalo Juni /Juli nanti ke KL. Saya sendiri tak suka bika Ambon kak ujie 🤣. Bukan karena rasa tak enak, tapi saya tak bisa liat lubang2 di kuenya itu, geli sangat 😅😅. Makanya tak terlalu suka kue ini. Pernahkah makan sesekali, tapi Krn melihat tekstur lubang2nya, jadi tak mau sering 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh..begitu, memang ada sejenis fobia pada benda lubang2.

      Maaf ya Fanny kalau foto lubang2 di atas jadi mengganggu Fanny 😅

      Delete
  12. nampak sedap, warna pun menarik..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****